You are on page 1of 3

BISMILLAHHIRAHMANIRAHIM…..syukur kehadrat Allah S.W.

T dengan izinNYA dapat Kita Bersama-


sama berhimpun dalam majlis yang indah ini.

“ Pagi-pagi mencari lokan,

Lokan dimasak si anak dara.

Selamat Datang Tuan Dan Puan,

Ke Mesyuarat PERAKAN kali ke-5”

Assalamualaikum w.b.t salam sejahtera, salam kegemilangan, dan salam 1 Malaysia. Selamat
Datang ke Mesyuarat Agung PERAKAN Malaysia Cawangan Kota Tinggi Kali Ke 5

1) Yang Berhormat,

Ustaz Abdul Rahman bin Yunus

👉ADUN Pasir Tumboh, Kubang Kerian, Kelantan

👉Merangkap Setiausaha, Kelab Penyokong kerajaan negeri Kelantan - BBC

2) Yang Berhormat,

Rozi bin Muhamad

👉ADUN Tendong, Pasir Mas, Kelantan

👉Merangkap Pengurus Kelab Bolasepak Kelantan United - KUFC

3) Yang Dihormati,

Ustaz Abdul Fatah bin Zakaria

👉AJK Induk PERAKAN Malaysia - Biro IPT

4) Yang Dihormati,

En.Mohd Razali bin Muhamad

👉AJK Induk PERAKAN Malaysia - Biro Ekonomi

5) Yang Dihormati,

Ustaz Muhamad Fathi bin Abdu Ghani

👉Pengerusi Cawangan,

PERAKAN Kota Tinggi

6) Yang Dihormati,

Barisan AJK dan semua ahli PERAKAN Cawangan Kota Tinggi seterusnya Tuan-tuan dan puan-puan
yang di rahmati ALLAH sekalian.
Pihak majlis merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima Kasih Kepada
YB…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
kerana sudi melapangkan masa untuk bersama-sama kita dan merasmikan mesyuarat agung Bakerp
pada hari ini.

Terima Kasih juga diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua ahli-ahli PERAKAN yang dapat
bersama pada mesyuarat agung pada hari ini.

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan Al-Fadzil
………………………………………………………………………………untuk memimpin bacaan Doa.

Di Persilakan……

Pihak Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadzil


…………………………………………………………………………………………………………………Diatas Bacaan Doa Itu tadi.

“ Bentuk Intan Menggunakan acuan,

Takut acuan Terbelah Dua.

Untuk menyampaikan Ucapan Aluan,

Di Jemput Tuan Yang DiPertua”

Majlis mempersilakan Tuan Haji Muhammad Haji Harun Yang Dipertua Bakerp bagi
menyampaikan ucapan aluan. Dengan segala Hormatnya majlis mempersilakan….

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Haji Muhammad Hj Harun diatas ucapan beliau tadi.
Diharapkan segala nasihat yang disampaikan tadi menjadi azimat berguna bagi kita ahli-ahli Bakerp
untuk memajukan lagi kelab kita ini di masa hadapan.

“ Pergi menimba Telaga di Hulu,

Tidakkan ikan melarat ke muara.

Kini tibalah masa ditunggu,

Ucapan Perasmian mesyuarat kita”

Dengan ini, majlis menjemput Puan Hajjah Norma Hj Mohd Darus, Pengarah Perpustakaan
Awam Negeri Perlis selaku Penasihat Bakerp bagi menyampaikan ucapan seterusnya Merasmikan
Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Sukan & Rekreasi Perpustakaan Awam Negeri Perlis kali ke-9
tahun 2011. Dengan segala hormatnya saya mempersilakan……

Majlis merakamkan setinggi-tinggi Penghargaan dan terima kasih diatas ucapan perasmian oleh
Puan Pengarah itu tadi. Semoga ucapan tadi menjadi Panduan kepada kita semua untuk bekerja
lebih kuat demi masa depan kelab dan jabatan kita.

Sebagai Cenderamata kenangan daripada Bakerp, Dipersilakan Tuan Haji Muhammad untuk
menyampaikan cenderamata kepada puan pengarah.

Terima Kasih diucapkan kepada Puan pengarah dan Tuan Haji Muhammad diatas Kesudian
menyampaikan hadiah itu tadi.

Maka berakhirlah sudah majlis Perasmian Mesyuarat agung Bakerp kita kali ini, selepas ini kita
akan ke sesi seterusnya iaitu mesyuarat agung bakerp kali ke -9 tahun 2011. Sebelum itu semua staff
di minta ke bahagian depan, tempat parking e-pustaka untuk sesi bergambar. Selepas itu naik
semula ke dewan untuk mula bermesyuarat.

Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi

Kalau ada umur yang panjang Satgi kita jumpa lagi.

Sekian terima Kasih..assalamualaikum w.b.t

Assalamualaikum, salam sejahtera . diminta semua ahli jawatankuasa berada di meja hadapan.

Untuk memulakan mesyuarat kita memerlukan seorang pengerusi mesyuarat, jadi saya buka untuk
cadangan. Dalam mesyuarat jawatankuasa ada mencadangkan En Dahlan Ismail, tapi terpulang pada
tuan-tuan untuk mencadangkan orang lain.

Terima Kasih daun keladi,

Tahun depan jumpa lagi…….wasalam.

You might also like