You are on page 1of 6

JAWATANKUASA PENASIHAT DAN PENYELARAS RUKUN TETANGGA

ZON BANDAR PUTRA

TEKS PENGACARA MAJLIS

UNTUK

Program Komuniti Perihatin dan Sihat Zon Bukit Permai

16 September 2020

BALLROOM TJMART

1
CUE ANN 1
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Safidah Binti Abu Samah Pengarah
Ketibaan
Perpaduan Negeri Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Johor.
Semua hadirin diminta berdiri.
1. LAGU BANGSA JOHOR
2. LAGU NEGARAKU

Demikian tadi persembahan tiupan seksofon daripada saudara Mohd Saofi B. Hj Abdul
dengan lagunya ................................................................

CUE ANN 2
Bismillah……………………..
Alu-
aluan Assalamualaikum WBT
emcee
Adat kita menyambut tetamu
Salam diukur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

1.Yang Berbahagia, Puan Safidah Binti Abu Samah Pengarah Perpaduan Negeri Jabatan
Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Johor
2. Yang Dihormati Encik Abdul Rahman bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Khas,
Penyelaras Dun Senai.
2. Yang Dihormati, Dr Faridah Bt Hj Ali, Pegawai Perubatan Kanan, Pejabat Kesihatan
Daerah Kulai
3. Yang Dihormati, Encik Baharam B. Maarof, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kulai.
3.Yang Berusaha, Encik Mohd Hairul Azni Bin Abd Hamid, Pegawai Perpaduan Daerah
Kulai
4.Yang Berusaha, Encik Mizan Bin Ibrahim, Pengerusi KRT Zon Bukit Permai
5.Yang Berusaha, Puan Faridah Bt Dawi Pengerusi Skuad Elit Jiran Wanita (SeJiwa) Zon
Bukit Permai
6.Ahli-Ahli Jawatankuasa Permuafakatan Kawasan Rukun Tetangga Zon Bukit Permai
7. Pengerusi-Pengerusi KRT Zon Bukit Permai
Tuan-tuan dan puan-puan

2
CUE ANN 3
Terima Kasih kepada Yang Berbahagia Pn Safidah Binti Abu Samah Pengarah Perpaduan
emcee
Negeri.
Terima Kasih kepada tetamu-tetamu jemputan
Terima kasih kepada hadirin budiman
Terima kasih kepada semua kerana memenuhi Ballroom TJ Mart untuk sama-sama
mewarnai Majlis Perasmian Program Komuniti Perihatin dan Sihat Zon Bukit Permai

CUE ANN 3
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian
Bacaan
Doa Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memula dan memuliakan majlis, majlis dengan hormatnya mempersilakan Ustaz
Rizal bin Ismail untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

CUE ANN 4
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Rizal B.
Ismail atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan
Adat Berbahasa menyampaikan pesan
alu-
aluan Adat Majlis menyampaikan ucapan

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Tanpa berlengah masa lagi majlis dengan segala hormatnya mempersilakan, Encik Mizan
Bin Ibrahim Pengerusi KRT Zon Bukit Permai untuk memberikan ucapan alu-aluan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan

CUE ANN 5
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Encik Mizan Bin Ibrahim Pengerusi KRT
Zon Bukit Permai atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi. Terima Kasih diucapkan.

Kalau dilipat sebesar kuku


Ucapan
Kedua Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa
3
Meneruskan agenda kita pada pagi yang mulia ini, nmajlis dengan penuh takzim
mempersilakan Yang Berbahagia Puan Safidah Binti Abu Samah Pengarah Perpaduan Negeri
Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Johor untuk menyampaikan uvcapan
perasmian seterusnya menyempurnakan acara simbolik perasmian.

Dengan penuh takzim dipersilakan

CUE ANN 6
Dengan ini dipersilakan ............................................................untuk mengiringi Yang Berbahagia
Puan Safidah Binti Abu Samah untuk majlis simbolik perasmian program kita pada hari ini.
Dipersilakan.
Ucapan
Perasmian Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Puan Safidah
Binti Abu Samah atas kesudiaan menyempurnakan Majlis Perasmian Program Komuniti
Perihatin dan Sihat Zon Bukit Permai 2020.

CUE ANN 6
Bagi memeriahkan majlis pada hari ini, marilah kita bersama-sama berhibur dengan
persembah
an persembahan tiupan seksofon sekali lagi oleh saudara Mohd Saofi B. Hj Abdul dengan
lagunya Malaysia Perihatin.

CUE ANN 7
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan Program Komuniti Perihatin
dan Sihat Zon Bukit Permai 2020.Untuk itu majlis mempersilakan Encik Mizan B.
Ibrahim Pengerusi KRT Zon Bukit Permai untuk mengiringi Yang Berbahagia Puan
Safidah Binti Abu Samah Pengarah Perpaduan Negeri Jabatan Perpaduan dan
Penyampai
an siji Integrasi Nasional Negeri Johor

Dipersilakan
1.Pengerusi KRT Jalan Cengal
2. Pengerusi KRT Jalan Jati
3. Pengerusi KRT Jalan Cemara
4. Pengerusi KRT Jalan Jati
5. Pengerusi KRT Taman Mas/Mewah
6. Pengerusi KRT Jalan Merbuk
7. Pengerusi KRT Taman Makmur
8. Pengerusi KRT Taman Anjaria
9. Pengerusi KRT Kg Pertanian Separa
10 Pengerusi KRT Jalan Ara
11. Pengerusi KRT Jalan Rajawali
4
12. Pengerusi KRT Jalan Tekukur

Seterusnya majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Masakan Menu Sihat


5.
4.
3.
2.
1.

Seterusnya penyampaian hadiah bagi pertandingan mereka pelitup muka.


5.
4.
3.
2.
1.

CUE ANN 9
Cenderamata Sebagai tanda penghargaan, sekalung budi seuntai kasih, majlis mempersilakan Yang
Dan berusaha En Mizan Bin Ibrahim untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang
Sumbangan Berbahagia Puan Safidah Binti Abu Samah Pengarah Perpaduan Negeri Jabatan
ikhlas
Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Johor.

Dipersilakan juga..................
Encik Abdul Rahman bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Khas, Penyelaras Dun Senai.
Dr Faridah Bt Hj Ali, Pegawai Perubatan Kanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kulai
Encik Baharam B. Maarof, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kulai.
Encik Mohd Hairul Azni Bin Abd Hamid, Pegawai Perpaduan Daerah Kulai

CUE ANN 10

Penutup Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Tiap pertemuan ada perpisahan


Itu adat lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi khidmat diperlukan

Dengan kata-kata itu tadi


Maka berakhirlah sudah majlis Program Komuniti Perihatin dan Sihat Zon Bukit
Permai 2020. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program
ini .

5
Selepas ini dipersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengarah dan tetamu jemputan untuk
menikmati sedikit juadah.

Akhir Kata, saya memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang
mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya daripada Alllah AWT dan yang buruk
itu datang dari saya sendiri.

Jangan lupa 15 lagi nombor bertuah menanti anda selepas ini.

Sekian terima kasih.

You might also like