You are on page 1of 9

CUE ANN CATATAN

Apabila Hadirin yang dimuliakan,


ketibaan
Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
tetamu
sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.

Terima kasih atas kerjasama semua.

Ketibaan VVIP Mengumumkan ketibaan


(sekiranya
Yang Berbahagia Tuan Pengurus Ladang Bera Selatan 04. TUAN ABU BAKAR BIN ABD
ada)
KARIM, Pengurus ladang Bera Selatan 06, TUAN AZMAN BIN HASHIM

Dengan diiringi Pengerusi Tabika Kemas 4,6,7,Pegawai/Wakil Kemas Daerah Bera dan
Ibubapa sekalian

…………………………………………………………………………………………………………………

Bagi meneruskan Majlis….Nyanyian Koir Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu
Kemas & Tabika Kita akan dinyanyikan oleh Kanak-kanak Tabika 4/6/7.

OLEH ITU- Mohon kerjasama TETAMU JEMPUTAN serta hadirin Ibubapa untuk berdiri dan Bersama-
sama menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Kemas & Tabika Kita
Bagi meneruskan majlis….Dipersilakan Adik Muhammad Afiq Izzuddin bin

Amiruddin untuk MENGETUAI bacaan Ikrar Kanak-kanak Tabika …..dipersilakan

Hadirin yang dimuliakan,

Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa di baca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati,

Bagi menambah keberkatan majlis, marilah kita bersama-sama menadah tangan


mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Haji Khairuddin bin

Shamsuddin, Imam Masjid Bera Selatan 4/6/7. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

………………………………………………………………………………………………………………
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Haji Khairuddin bin Samsuddin di atas
bacaan doa sebentar tadi.
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Protokol Majlis Bismillahirrahmnirrahim..

Alhamdulillahirabilalamin.Wassalamtowasalamualaashrafilambiawalmursalin.
Waalaalihiwasobihiajmain. Robishrali soderi wayarssirli amri wahlul uqdatan millisani
yafqohuqauli.

Assalamualaikum w.b.t . Salam semua keluarga Malaysia,

1.Yang Berbahagia,Tuan ABU BAKAR BIN ABD KARIM, Pengurus Ladang Bera Selatan
04

2.Yang Berbahagia, Tuan AZMAN BIN HASHIM, Pengurus Ladang Bera Selatan 06.

3.Yang Berbahagia, ………………………………., Pengawai KEMAS Daerah Bera.

4. Yang Berusaha, En.Hartanto bin Yuswahadi, Pengerusi Tabika Kemas Bera Selatan 4/6/7.

5. Yang Berusaha, Puan Ruhaya binti Yaacob, Penyelia Bahagian Pendidikan Awal Kanak-
Kanak KEMAS daerah Bera.
6. Yang Dihormati
- Timbalan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Tabika KEMAS Bera Selatan 4/6/7
- Para ibu bapa
Dan seterusnya

7. Yang Dikasihi kanak-kanak Tabika KEMAS yang diraikan.

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.

Selamat datang ke Majlis


Pihak majlis mengambil ruang seawal waktu untuk merakamkan sekalung terima kasih di
atas keprihatinan dan kesudian Yang Berbahagia Tuan-tuan Pengurus ladang bera
selatan 4/6 dan para jemputan serta Ibubapa ke Majlis pada petang ini.

Ucapan Aluan Tidak molek, jika ada alu tiada lesungnya,


Tidak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Oleh
Tidak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Pengerusi
Tabika
Hadirin yang dihormati, bagi meneruskan majlis pada petang ini dijemput Yang Berusaha,

En. Hartanto bin Yuswahadi, Pengerusi Tabika Kemas Bera selatan 4/6/7, bagi
menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
…………………………………………………………………………………………………………………

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, En. Hartanto bin
Yuswahadi, Pengerusi Bera Selatan 4/6/7 diatas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Ucapan & Hadirin yang dimuliakan,


Perasmian
oleh
Kalau Tuan pikat kenari,
-Pengurus Jangan patahkan batang jerami,
Ladang Bera Kepada Tuan sembah diberi,
Selatan 04 Mohon rasmikan majlis kami.

Bertonggak adat, “yang datang disambut, yang pergi diringi”, maka majlis
dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan ABU BAKAR BIN ABD KARIM,
Pengurus Ladang Bera Selatan 04 untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Majlis Hari Apresiasi Kanak-Kanak Tabika Kemas Bera selatan 4/6/7 bagi tahun 2021. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.
…………………………………(acara perasmian, tepuk tangan)…………………………………..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tuan ABU BAKAR BIN
ABD KARIM, Pengurus ladang Bera Selatan 04 diatas ucapan serta perasmian Majlis Hari
Apresiasi Kanak-Kanak Tabika Kemas Bera selatan 4/6/7 bagi tahun 2021 sebentar tadi.

- Penyampai Terbang tinggi si burung helang,


an Sijil &
Berkicau kenari sambil berterbangan,
Cenderaha
ti Kanak- Insan cemerlang negara terbilang,
Kanak Sijil diberi tanda kecemerlangan.
Tabika,
- AJK Tabika
- Wakil Kini tibalah masa dan saat yang dinanti-nantikan acara penyampaian sijil bagi kanak-

Kemas kanak Tabika Kemas Bera Selatan 4/6/7 bagi tahun 2021.

- Perasmi
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan EN HARTANTO BIN YUSWAHADI, Pengerusi
Tabika Kemas Bera Selatan 4/6/7, mengiringi Yang Berbahagia, Tuan ABU BAKAR BIN ABD
KARIM, Pengurus Ladang Bera Selatan 04 untuk Menyampaikan Sijil Bagi Kanak-Kanak
Tabika Kemas tahun 2021. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

…………………………………………………………………………………………………………………
1.Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil kanak-kanak Tabika Kemas
dijemput…………………… (17 orang kanak-kanak)

2.Bagi penghargaan kepada AJK TABIKA KEMAS tahun 2020 – 2021 di jemput…. (16 orang
AJK TABIKA)

……………………………………..……………………………………………………………………………

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan En Hartanto bin Juswahadi, untuk


menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia, Tuan ABU BAKAR BIN ABD KARIM,
Pengurus Ladang Bera Selatan 04.

…………………………………………………………………………………………………………………

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tuan
Abu Bakar bin Abd Karim, Pengurus Ladang Bera Selatan 04, diatas kesudian
menyempurnakan upacara penyampaian sijil kepada kanak-kanak Tabika Kemas
sebentar tadi.

Penutup Hadirin sekalian, dengan berakhirnya penyampaian sijil dan Cenderahati itu tadi, maka
berakhirlah Majlis Hari Apresiasi Kanak-kanak Tabika Kemas Bera Selatan 4/6/7 bagi tahun
2021.
Gugur menguning buah kuini,
Menghijau pohon subur di baja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja.

Sebarang kelemahan harap dimaafi,


Segala kerjasama sangat dihargai,
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,

Majlis ingin mengambil kesempatan merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Tuan Abu Bakar bin Abd Karim,pengurus Ladang Bera Selatan 04,
➢ Tuan Azman bin Hashim ,Pengurus Ladang Bera Selatan 06
➢ Pejabat Ladang Bera Selatan 07
➢ Pengerusi dan AJK Tabika
➢ Ibubapa
serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan
majlis pada petang ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya
daripada kelemahan kami sendiri. Semoga kita berjumpa lagi. Sekian wabillahi taufik
walhidayah..Assalamualaikum..

You might also like