You are on page 1of 6

MAJLIS PERSARAAN BAKTI DISANJUNG BUDI DIJUNJUNG

SEMPENA PERSARAAN CIKGU ALIHAN BIN SIS, CIKGU NG POY HWA DAN CIKGU
SANTHI A/P ARI KRISHNAN
TARIKH : 30 NOV 2023 (KHAMIS)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SEPADU

ATURCARA TEKS
1. KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Cikgu Alihan Bin Sis, Cikgu Ng Poy
YANG Hwa dan Cikgu Santhi A/P Ari Krishnan diiringi oleh Cikgu Shafee Bin Abdul
DIRAIKAN Hamid, Pengetua SMK Paduka Tuan serta para pentadbir SMK Paduka Tuan ke
Dewan SEPADU.

2. PERSEMBAHAN ****TETAMU DUDUK


SILAT
PERSEMBAHAN SILAT

Demikian tadi persembahan pembukaan majlis pada pagi ini daripada pasukan
seni silat SMK Paduka Tuan yang diketuai oleh saudara
…………………………………………………………… Pihak majlis
merakamkan ucapan terima kasih.

3. UCAPAN BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ALUAN
PENGERUSI Hari Yang Indah Penuh Ceria
MAJLIS Hari Khamis Yang berbahagia, Penuh Bermakna,
Kami bawakan kepada semua ““MAJLIS BAKTI DISANJUNG BUDI
DIJUNJUNG”
Sempena Persaraan Cikgu Alihan Bin Sis, Cikgu Ng Poy Hwa dan Cikgu
Santhi A/P Ari Krishnan

KUNING EMAS MASAKNYA PADI,


MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURI,
TERIMA KASIH DAUN KELADI,
KERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI.

DUDUK BERSIMPUH DENGAR LUAHAN,


DUDUK BERTEDUH DI BAWAH TITI,
SONGKET TENUNAN TEMA PILIHAN,
MOGA TEGUH JALINAN DI HATI.

IKAN MERAH IKAN KERISI,


MASAK BERSAMA DAUN SELASIH,
DEWAN SEPADU MENJADI SAKSI,
MAJLIS BAKTI DISANJUNG BUDI DIJUNJUNG GURU-GURU YANG
DIKASIH.

BUAH PULASAN DI DALAM PUAN,


SISIP KUINI DIBAWA KE PEKAN,
ATAS ALASAN PERSARAAN TUAN DAN PUAN,
MAJLIS INI KAMI ADAKAN.
PASTINYA MERIAH MAJLIS HARI INI
BERSAMA INSAN YANG PERNAH MENABUR BUDI
SEMEMANGNYA”JASAMU DIKENANG BUDIMU TAK TERBILANG,
SEMANGATMU DIJULANG”….

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA…

Yang berusaha…
Cikgu Shafee Bin Abdul Hamid
Pengetua SMK Paduka Tuan

Yang Kita raikan pada pagi ini…


Cikgu Alihan Bin Sis serta keluarga
Cikgu Ng Poy Hwa serta keluarga
Cikgu Santhi A/P Ari Krishnanserta keluarga.

Yang dihormati…
Para pentadbir SMK Paduka Tuan,
Rakan-rakan guru, pembantu pengurusan murid, para pelajar, hadirin hadirat
yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan keizinan Nya,


dapat kita berkumpul pada hari ini, hari yang cukup bermakna, bagi
mengabadikan kenangan bersama insan yang banyak menabur jasa dan budi di
SMK Paduka Tuan.

Terlebih dahulu, pihak majlis mengalu-alukan kehadiran warga SEPADU atas


kebersamaan menjayakan Majlis BAKTI DISANJUNG BUDI DIJUNJUNG
sempena persaraan 3 orang guru yang disayangi semua, Cikgu Alihan Bin Sis,
Cikgu Ng Poy Hwa dan Cikgu Santhi A/P Ari Krishnan

4. BACAAN DOA MENADAH TANGAN TANDA KERENDAHAN,


LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN,
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN,
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN.

Hadirin yang dimuliakan,

Dengan itu, pihak majlis mempersilakan


……………………………………………. Untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan..

DOA

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada ……………………………..


atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

5. UCAPAN WAKIL Hadirin yang dihormati sekalian,


PELAJAR
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan ucapan daripada wakil pelajar. Untuk
itu, pihak majlis mempersilakan
……………………………………………………………………………………
…………………... Dipersilakan.
UCAPAN PELAJAR.

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


……………………………………………………… atas ucapan mewakili para
pelajar SEPADU sekalian.

6. UCAPAN WAKIL
GURU BUNGA DISEMAT BIRU NILA,
(PENGETUA)
MARI DIAMBIL DI TANJUNG BIDARA,
DENGAN HORMAT KAMI PERSILA,
TUAN TAMPIL MENGUNGKAP BICARA.

Hadirin sekalian,

Persada ucapan diteruskan lagi dengan mempersilakan Cikgu Shafee Bin Abdul
Hamid, Pengetua SMK Paduka Tuan untuk menyampaikan ucapan. Dengan
segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Shafee Bin Abdul
Hamid, pengetua SMK PADUKA TUAN atas ucapan sebentar tadi.

7. PERSEMBAHAN BURUNG SERINDIT DI PERDU PERIA,


1 (TARIAN TERBANG DI LANGIT MENUJU BARAT,
ZAPIN)
PERSEMBAHAN ZAPIN TELAH SEDIA,
BUAT TATAPAN HADIRIN HADIRAT.

Hadirin,
Untuk persembahan pertama pada pagi ini, pihak majlis dengan suka citanya
mempersilakan kumpulan zapin daripada anak-anak SEPADU yang sangat
berbakat untuk mempersembahkan sebuah tarian zapin yang bertajuk
………………………………… Dipersilakan.

TARIAN ZAPIN

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih.

8. BIODATA 1 SUDAH BIASA KITA DENGARI,


*** BELUM PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI,
PASTI
NAMUN TAK SAMA GURU YANG INI,
TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.

Seterusnya, izinkan saya untuk membacakan Biodata Insan yang diraikan,


Cikgu ………………………………………

(RUJUK LAMPIRAN BIODATA)

9. UCAPAN YANG DIPETIK PUAN BUAH CEMARA,


DIRAIKAN 1 JANGAN DIRENTAP PUCUKNYA MATI,
(CIKGU SUNGGUHPUN TUAN AKAN BERSARA,
ALIHAN) SUDIKANLAH SETITIP UCAPAN KAMI MENANTI.

Dengan itu, majlis berbesar hati mempersilakan Yang Diraikan,


……………………………. Untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


……………. …………………………………… atas ucapan itu tadi.

10. PERSEMBAHAN ANAK CINA MENGAIL IKAN,


2 (TARIAN MENGAIL IKAN DI DALAM TELAGA,
CINA) PERSEMBAHAN TARIAN CINA KAMI SEMBAHKAN,
SEBAGAI BINGKISAN HALWA TELINGA DAN MATA.

Hadirin sekalian,

Seterusnya, marilah kita sama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini dengan
persembahan tarian cina daripada anak-anak SEPADU. Dipersilakan.

TARIAN CINA

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

11. UCAPAN YANG BANYAK DURI PERKARA DURI,


DIRAIKAN 2 TIDAK SAMA DURI MENGKUANG,
(CIKGU NG POY BANYAK BUDI PERKARA BUDI,
HWA) TIDAK SAMA BUDIMU SEORANG.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan mempersilakan Yang diraikan,


……………………………………….. ke hadapan untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN DIRAIKAN

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


……………………………… atas ucapan itu tadi.

12. PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,


3 (TARIAN
INDIA) Tidak lengkap rasanya persembahan pada hari ini. Sebelum ini, kita telah lihat
dan dihidangkan dengan tarian zapin dan tarian kipas. Oleh itu, tanpa
melengahkan masa, pihak majlis mempersilakan anak-anak SEPADU yang
seterusnya untuk mempersembahkan tarian India. Dipersilakan.

TARIAN INDIA
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

13. UCAPAN YANG Dari muda hingga berusia


DIRAIKAN 3 Menjalankan tugas dengan setia
(CIKGU SANTHI) Menabur bakti mencurah jasa
Tak terbalas dek pelajar semua

Majlis dengan penuh bangga mempersilakan Pn Sarimah Bt Othman


meneruskan tirai persada ucapan, menyampaikan amanat , untaian kata
kalungan wacana, salam perpisahan buat kenang-kenangan insan yang bakal
ditinggalkan. Dipersilakan.

UCAPAN DIRAIKAN

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


……………………………… atas ucapan itu tadi.

KAIN SONGKET CANTIK KILAUAN,


DITENUN OLEH ORANG KEMAMAN,
TAK TERBALAS BUDIMU PUAN,
KAMI MERAKAM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.

BURUNG ARUAN DI DALAM HUTAN,


BINA SARANGNYA DI POHON CEMARA,
BERSARA TUAN, PUAN DARI PERKHIDMATAN,
IBARAT HILANGNYA SATU MUTIARA.

Pihak majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada semua yang diraikan pada hari ini iaitu Cikgu Alihan Bin
Sis, Cikgu Ng poy Hwa dan Cikgu Santhi A/P Ari Krishnan. Atas ucapan itu
tadi. Semoga semua amanat dan pesanan yang disampaikan dapat memberikan
inspirasi buat semua warga SEPADU.

14. PENYAMPAIAN TEMPURUNG KELAPA DI TANJUNG PURI,


CENDERAMATA BUAT HIASAN JADIKAN BARANGAN,
TIADA APA DAPAT DIBERI,
TERIMALAH BINGKISAN BUAT KENANGAN.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan. Untuk


itu, pihak majlis mempersilakan Yang diraikan, Cikgu Alihan, Pn. Ng Poy Hwa
dan Pn. Santhi berada di hadapan pentas untuk menerima cenderamata tersebut.

Penyampaian cenderamata dimulakan dengan:

(RUJUK SENARAI PEMBERI HADIAH)

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih.


15. PENUTUP. DITENGAH PEKAN POHON CEMARA,
BANYAK BUAH DIMAKAN KEDIDI,
KAMI UCAPKAN SELAMAT BERSARA,
KEPADA PUAN YANG BAIK BUDI.

DALAM PUAN BUAH KUINI,


AIRNYA ADA DALAM GELETA,
PERSARAAN TUAN, PUAN KAMI IRINGI,
DENGAN DOA DAN AIR MATA.

Tibalah waktunya untuk menyusun jemari


Membuang segala kerikil bersalut di hati
Maafkan kami andai ada salah silap tanpa disedari
Agar saat perpisahan ini indah
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan semua

Kepada Cikgu Alihan, Pn. Ng Poy Hwa dan Pn. Santhi yang akan pergi
meninggalkan SEPADU ini,
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu,
Selamat bersara menjadi guru,
Semua sentiasa diberkati dalam setiap langkahmu,
Walaupun pahit untuk ditelan, namun perpisahan ini terpaksa kami relakan,
Semoga memori di SEPADU terus terpahat di sanubari.

Hadirin sekalian,
Majlis kita telah sampai dipenghujungnya. Sebelum bersurai, pihak majlis
mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang diraikan Cikgu Alihan, Cikgu
Ng Poy Hwa dan Cikgu Santhi atas kesudian bersama kami dalam majlis ini.

Akhir kata, majlis mengucapkan terima kasih kepada semua guru, PPM dan
para pelajar sekalian atas kebersamaan memeriahkan Majlis “BAKTI
DISANJUNG BUDI DIJUNJUNG”.

Sempena majlis pada hari ini, kesemua yang diraikan dengan bermurah hati
ingin menyampaikan cenderamata kepada semua pelajar SEPADU. Oleh yang
demikian, sebelum pelajar balik ke kelas, sila hadir ke hadapan pentas untuk
menerima cenderamata daripada cikgu anda. Pastikan kamu ucapkan terima
kasih apabila menerima pemebrian daripada cikgu anda. Kita mulakan dengan
kelas…..

(BACA IKUT TINGKATAN DAN KELAS)

You might also like