You are on page 1of 28

MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

MAJLIS PERSARAAN TUAN HJ MOKHTAR B. MOHD ISA, GURU BESAR SEK. KEB. BUKIT BALAI

15 JANUARI 2014 – 10.00 PAGI

DISEDIAKAN OLEH :
PN. ANIS SUHAIDALISA BT AHMAD

PENGACARA MAJLIS :
EN. MOHD FAIZAL BIN ABAS
PN. ANIS SUHAIDALISA BT AHMAD
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

BI PERISTIWA SKRIP CATATAN


L
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

PENGUMUMAN Diumumkan ketibaan yang diraikan Tuan Haji Mokhtar Bin Mohd Isa diiringi
1 dif-dif kehormat masuk ke dewan. ANIS

2 LAGU
NEGARAKU Nyanyian Lagu Negaraku.
Hadirin sekalian dimohon bersedia bagi menyanyikan lagu Negaraku.

3 SALUTATION Bismillahirahmanir rahim, Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera, Salam 1


Malaysia.
ANIS

1. Yang diraikan Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Ia, Guru Besar Sek. Keb. Bukit
Balai.
2. Yang Berhormat Datuk Shamsul Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong.

3. Yang Berusaha, Encik Razli bin Ahmad, wakil Datuk Haji Shahrani, Exco
Kerajaan Negeri Perak, merangkap Ketua UMNO Bahagian Lenggong.

4. Yang Hormat, Tuan Haji Ghulam Muzammil bin PK Mohammed, Penolong


MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Pengarah Unit Sekolah Rendah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

5. Yang Hormat, Pegawai Daerah Pendidikan Hulu Perak; Encik Osman bin
Mohamed Bahari bersama rombongan (JIka ada)

6. Yang Hormat Yang Dipertua Majlis Guru Besar Negeri Perak; Tuan Haji
Arshad bin Mohamad.

7. Yang Hormat Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Hulu Perak; Tuan
Haji Khizri bin Abdullah Zawawi.

8. Yang Hormat, Ketua Polis Balai. S. I Tuan Jaafar bin Rejab

9. Yang Berusaha Datuk Umar bin Haji Ismail.

10. Yang Berusaha Datuk Haji Talha bin Haji Ismail.

11. .
12. Pengetua-pengetua dan guru besar-guru besar.

13. Wakil-wakil Pengetua-pengetua dan guru besar-guru besar.


MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

14. Ketua-Ketua Jabatan

15. Ketua-Ketua-Kampung
16. Yang Dipertua PiBG SK BUKIT BALAI; Encik Hassan bin Saadan dan
ahli- ahli jawatankuasa

17. Guru-guru Penolong Kanan

18. Guru-guru

19. Warga kerja SK Bukit Balai

20. Murid-murid yang dikasihi, seterusnya

21. Hadirin dan Hadirat yang dmuliakan ALLAH sekalian.

Selamat datang ke majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan yang
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

dIraikan Tuan Haji Mokhtar Bin Mohd Isa, Guru Besar SK Bukit Balai.

4 KATA-KATA Pagi yang indah penuh ceria, hari yang berbahagia penuh bermakna kita
ALUAN bawakan kepada anda majlis “Kasih Disemai Bakti Dituai” sempena persaraan
ANIS
Tuan Haji Mohktar Bin Mohd Isa, Guru Besar SK Bukit

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Para hadirin yang dihormati sekalian,

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNYA dapat kita
bersama-sama berkumpul pada pagi yang penuh ceria ini bagi menjayakan
majlis persaraan Tuan Hj Mokhtar bin Mohd Isa, Guru Besar SK Bukit Balai.
Semoga majlis ini bertambah meriah, penuh gemilang dan membawa makna
kepada kita semua.
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

5 BACAAN DOA Tangan ditadah restu dipinta


Pada yang Esa pohon segala FAIZAL

Inayah dan taufiq hajat termetra


Agar majlis diberkati jua

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al-fadhil Ust. Mohd
Anwar bin Ahmad untuk membacakan doa. Dengan segala hormatnya
dipersilakan…
[Doa]
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-ustaz atas bacaan doa itu tadi.

6 UCAPAN Jasamu dikenang


WAKIL MURID Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
FAIZAL
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
dilakukan oleh Yang Diraikan Tuan Haji Mokhtar Bin Mohd Isa, Guru Besar SK
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Bukit Balai.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis dimulakan dengan ucapan wakil murid Adik Izz Azizul Hakim bin Azizi.
Dipersilakan.

(UCAPAN IZZ AZIZUL)

7 PERSEMBAHAN Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,


MURID Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
FAIZAL
saksikan persembahan daripada MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS DAN
NYANYIAN DENGAN IRINGAN KEYBOARD OLEH KUMPULAN
ANGELS. Mereka akan mempersbahkan nyanyian yang bertajuk “GURUKU
TERSAYANG DAN PROUD OF YOU”

(PERSEMBAHAN)
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Itulah sebentar tadi persembahan-persembahan nyanyian yang cukup istimewa.


Untuk makluman hadirin, persembahan-persembahan itu dipimpin oleh ENCIK
MOHD RUZAINY BIN RUSLAN DAN PUAN ROSLINA BT KHAMSIN.

8 UCAPAN GPK 1 Hadirin dan Hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis diteruskan dengan ucapan Yang berusaha En. Mohd Yasin bin Mohd FAIZAL
Fadzir, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Bukit Balai bagi mewakili warga
kerja SK Bukit Balai. Dipersilakan.

(UCAPAN GPK)
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En. Mohd Yasin bin Mohd
Fadzir atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
9 UCAPAN YDP Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang dihormati ENCIK
PIBG HASSAN BIN SAADAN Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK
ANIS
Bukit Balai bagi mewakili warga kerja SK Bukit Balai. Dipersilakan.
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

(UCAPAN YDP PIBG)

Terima kasih diucapkan kepada Yang dihormati ENCIK HASSAN BIN


SAADAN Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Balai atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

11 UCAPAN PPD Hadirin sekalian,

 KENALKAN ANIS
WAKIL JIKA Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput ENCIK OSMAN
TUAN PPD BIN MOHAMED BAHARI TUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
TIADA HULU PERAK untuk menyampaikan. Dipersilakan.

(UCAPAN PPD)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi.

12 UCAPAN JPN Hadirin dan Hadirat yang dimuliakan sekalian,


MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Majlis pada petang ini diteruskan dengan ucapan daripada PENOLONG


PENGARAH UNIT SEKOLAH RENDAH, JABATAN PENDIDIKAN ANIS
NEGERI PERAK TUAN HAJI GHULAM MUZAMMIL BIN PK
MOHAMMED. Majlis mempersilakan.

(UCAPAN JPN)

Terima kasih diucapkan kepada TUAN HAJI GHULAM MUZAMMIL BIN


PK MOHAMMED atas ucapan yang disampaikan itu tadi.

13 PERSEMBAHAN Berkayuh mudik ke Tanjung Deli,


Sampannya sarat jambangan melur, FAIZAL

Istirahat kita sekali lagi,


Bakat dipamer hati terhibur.

Hadirin dan Hadirat Sekalian,


Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kami tampilkan dua
persembahan daripada GABUNGAN MURID-MURID TAHUN 5 DAN 6
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

YANG DIBERI NAMA KUMPULAN SWARA DAN KUMPULAN


NASYID SK BUKIT BALAI KUMPULAN AL-MUKMINUN sebagai
kenangan di halwa telinga untuk kita khususnya untuk yang diraikan. Sama-
sama kita saksikan persembahan daripada mereka. Dipersilakan para peserta
mengambil tempat.

(PERSEMBAHAN)

Sekalung penghargaan atas persembahan istimewa itu tadi. Untuk makluman


hadirin, persembahan pertama itu tadi dipimpin oleh PUAN NORHAYATI
BINTI MOHD NOR DAN yang kedua oleh ENCIK AHMAD RUZAINY BIN
RUSLAN.

14 JEMPUT GB Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


NAIK Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan YANG DIRAIKAN FAIZAL
TUAN HAJI MOKHTAR BIN MOHD ISA naik ke atas pelamin yang
terindah. Dipersilakan.
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

15 TAYANGAN Tinggi sungguh pohon kuini,


VIDEO Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
FAIZAL
Basahlah kami meratap pilu.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Majlis diteruskan dengan tayangan video Yang Diraikan Tuan Haji Mokhtar bin
Mohd Isa.

16 UCAPAN GB Hadirin sekalian,

Kain berlipat dala istana, ANIS


MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Pakaian puteri raja kayangan,

Sepatah nasihat kami terima,

Secubit budi jadi kenangan.

Gunung Daik bercabang dua,


Pohon bidara di simpang empat;
Budi baik dikenang juga,
Selaut bicara pembakar semangat.

Kini tibalah waktu yang dinanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan
Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa. Majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput dan mempersilakan tuan untuk menyampaikan ucapan.

(UCAPAN GB)

Sudah teradat si anak lelaki

Mati berjuang, berundur jangan


MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Berani kami menjunjung adat

Bukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatan

Buat kenangan sepanjang hayat

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Diraikan Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa atas ucapan itu tadi.

17 PENYAMPAIAN Hujung lembayung senja nan merah


WATIKAH Beralun tualang indah bersemu, ANIS
Tetap tabah mencipta sejarah,

Insan sepertimu takkan ketemu.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan, Umpama


berkayuh telah sampai di muara, Umpama berjalan telah sampai ke destinasi.
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis diteruskan dengan acara, penyerahan watikah persaraan yang akan
disampaikan oleh PENOLONG PENGARAH UNIT SEKOLAH RENDAH,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK TUAN HAJI GHULAM
MUZAMMIL BIN PK MOHAMMED kepada Yang Diraikan Tuan Haji
Mokhtar bin Mohd Isa yang menerima watikah tersebut. Dipersilakan.

(SERAH WATIKAH)

Ucapan terima kasih dirakamkan kepada PENOLONG PENGARAH UNIT


SEKOLAH RENDAH, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK TUAN
HAJI GHULAM MUZAMMIL BIN PK MOHAMMED dan Yang Diraikan
Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa.

18 PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

CENDERAMAT
A Seterusnya sebagai tanda ingatan dan kenangan dari kami, majlis diteruskan FAIZAL
dengan penyampaian cenderamata. Dengan ini, majlis mempersilakan YANG +
BERUSAHA ENCIK HASSAN BIN SAADAN Yang Dipertua PIBG untuk ANIS
menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Diraikan Tuan Haji
Mokhtar bin Mohd Isa.

Seterusnya, dipersilakan Yang Berusaha Encik Mohd Yasin bin Mohd Fadzir
untuk menyampaikan cenderamata bagi pihak guru-guru SK Bukit Balai.
Terima kasih, tuan..

Seterusnya, dipersilakan ______________________________ untuk


menyampaiakan cenderamata bagi pihak kakitangan SK Bukit Balai.
Terima kasih, _____________.

Dipersilakan _______________________________ untuk menyampaikan


cenderamata kepada Yang Diraikan Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa.
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Terima kasih, _____________.

Seterusnya, dipersilakan __________________________________ bagi


mewakili murid tahun 1.
Adik _______________________________________ mewakili murid tahun 2.
Adik _______________________________________ mewakili murid tahun 3.
Adik _______________________________________ mewakili murid tahun 4.
Adik _______________________________________ mewakili murid tahun 5.
dan Adik _______________________________________ mewakili murid
tahun 6.
Terima kasih kepada para penyampai cenderamata itu tadi.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji
Mokhtar bin Mohd Isa atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Kicak kicau mendayu-dayu,


MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Tumbuh berangan di hujung desa,

Sebak di dada pilu di kalbu

Sejuta kenangan segunung jasa.

Kuning emas masaknya padi

Mawar merah dalam jambangan

Terima kasih daun keladi

Budi tuan jadi kenangan.

19 JEMPUT Seterusnya majlis dengan berbesar hati menjemput dan mempersilakan isteri
POTONG KEK tercinta bersama ahli keluarga tersayang untuk naik ke pentas utama bersama- FAIZAL
sama Yang Diraikan TUAN HAJI MOKHTAR BIN MOHD ISA bagi bersama-
sama memotong kek tanda kenang-kenangan.

20 PENUTUP MC Majlis seterusnya diserahkan kepada Encik Bajuri bin _____________ untuk
memimpin tahlil dan doa selamat ringkas. Dipersilakan.
ANIS
(TAHLIL)
Terima kasih diucapkan kepada Encik Bajuri bin _____________ atas pimpinan
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

tahlil dan doa ringkat itu tadi.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji
Mokhtar bin Mohd Isa kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh
bermakna ini. Kami juga mendoakan Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa akan
sentiasa sihat sejahtera dan gembira bersama keluarga tercinta. Kami bermohon
jutaan kemaafan di atas segala kekhilafan dan kekurangan jikamana kami
terlajak kata, terlanjur bicara, tersalah rasa.

Melambai pepohon laksana galah,

Dipupuk semilir bayu sembilu,

Mohon diampun silap dan salah,

Maaf dipinta bicara berlalu.

Seterusnya Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan menikmati jamuan yang


telah disediakan. Para ibu bapa dipersilakan ke kantin sekolah dan tetamu dan
VIP dipersilakan ke khemah jamuan yang disediakan. Selepas jamuan, hadirin
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

sekalian dijemput bersama-sama menyaksikan gimik persaraan TUAN HAJI


MOKHTAR BIN MOHD ISA seterusnya perarakan pulang TUAN HAJI
MOKHTAR BIN MOHD ISA.
Majlis pada hari ini menutup tirainya. Jutaan terima kasih kepada semua tetamu
atas kesudian menghadiri majlis ini. Sekalung penghargaan kepada semua pihak
pelaksana majlis.
Sekian….wabillah hi taufik wal hidayah wassalamualaikum……
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

GIMIK PERSARAAN

PARA HADIRIN SEKALIAN, TIBALAH MASA YANG DINANTI-NANTIKAN. DIPERSILAKAN PARA


TETAMU VIP UNTUK BERSAMA-SAMA YANG DIRAIKAN TUAN HAJI MOKHTAR BIN MOHD ISA
UNTUK MENYAKSIKAN SATU GIMIK YANG TELAH DISEDIAKAN.
DIPERSILAKAN YANG DIRAIKAN TUAN HAJI MOKHTAR BIN MOHD ISA
___________________________________________ DENGAN KIRAAN 1, 2, 3.
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

KETIBAAN TETAMU

HADIRIN DAN HADIRAT YANG RAHMATI SEKALIAN,

UNTUK TERAKHIR KALINYA, KITA AKAN MENYAKSIKAN YANG DIRAIKAN TUAN HAJI MOKHTAR
BIN MOHD ISA AKAN MENANDATANGANI BUKU PELAWAT DAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR
GURU-GURU. SEBAGAI TANDA BERAKHIRNYA TUGAS RASMI BELIAU DALAM DUNIA
PENDIDIKAN, TUAN HAJI MOKHTAR BIN MOHD ISA JUGA AKAN MENANDATANGANI RUANGAN
JUNJUNGAN KASIH CATATAN KENANGAN. DIPERSILAKAN.

(GB TANDATANGAN)

TERIMA KASIH ATAS TANDATANGAN YANG DIMETERAI SEBENTAR TADI. SETERUSNYA TUAN
HAJI MOKHTAR BIN MOHD ISA BERSAMA SEMUA TETAMU DIPERSILAKAN KE DEWAN UNTUK
ACARA SETERUSNYA. DIPERSILAKAN. TERIMA KASIH.
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

UCAPAN EN. MOHD YASIN BIN MOHD FADZIR

Saya mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada hadirin dan hadirat sekalian yang sudi bersama-
sama meraikan dan memeriahkan majlis persaraan tuan guru besar, Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa.
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Harum semerbak si bunga melur,


Jadi hiasan taman larangan,
Sejambak pantun mesra dihulur
Setulus ingatan mengimbau kenangan

Dari Tambunan bawa delima,


Masak sebiji di balik daun;
Jasamu tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa kerana dengan
limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti
pada hari ini.

Hadirin sekalian,

    Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Hari
ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan seorang Guru Besar yang amat kami sayangi dan
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

kasihi. Pada kami, Tuan Haji Mokhtar bukan sahaja sebagai seorang Guru Besar tetapi ibarat seorang bapa
dalam sebuah keluarga besar SK Bukit Balai.
Hadirin yang Dihormati,
     Memori ibarat memegang sesuatu yang disayangi dan sesuatu yang tak ingin kita lupakan. Itulah guru besar
kita, Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa, lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan
tanggungjawabnya. Beliau sentiasa bersedia memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Beliau juga seorang guru
yang boleh bekerjasama dan bertoleransi dengan staf-staf bawahan beliau. Kepimpinan yang ada padanya,
tidak dapat tidak, diterima oleh semua guru dan staf. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai
Guru Besar kita.
     Beliau bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus, malah mementingkan kebajikan
pelajar. Walaupun saya hanya sempat bersama beliau selama dua tahun, namun dua tahun itulah pengalaman
saya cukup berharga.
     Sikap beliau yang boleh dibawa berbincang, 'easy going' dan tidak lokek untuk memberikan bantuan apabila
diperlukan serta senantiasa berusaha mempermudahkan sesuatu urusan adalah kualiti peribadi yang perlu
dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutama warga SK Bukit Balai.
Sekalian maklum, visi dan misi Tuan Haji Mokhtar untuk menjadikan SK Bukit Balai sebagai salah sebuah
sekolah di peringkat cemerlang telah tercapai. Oleh itu, saya sebagai guru penolong kanan pentadbiran di SK
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Bukit Balai,bersama-sama warga pendidik di sini berjanji akan meneruskan usaha murni Tuan Haji Mokhtar
untuk mengekalkan SK Bukit Balai di Band 1.

Hadirin dan hadirat sekalian


     Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil guru SK Bukit Balai merakamkan setinggi-tinggi ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Mokhtar bin Mohd Isa yang tidak pernah mengenal erti jemu
mentadbir sekolah ini dan mengorbankan waktu demi kami warga pendidik SK Bukit Balai dan murid-murid di
sini. Kami berdoa semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada Tuan. Usaha-usaha murni beliau
dalam membentuk sahsiah diri yang mulia kepada semua amnya dan murid-murid khususnya tidak boleh
dipandang enteng.
     Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu,  yang patah akan tumbuh,
yang hilang akan berganti, namun yang hilang tidak akan sama dengan yang berganti. Walau bagaimanapun, 
yang hilang akan tetap akan diingati, kekal abadi tersemat di hati.
     Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim antara Tuan Haji Mokhtar dengan anak-anak didik dan
warga SK Bukit Balai  akan terus terjalin erat.  Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas
dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.
MAJLIS PERSARAAN TUAN GURU BESAR TUAN HAJI MOHKTAR BIN MOHD ISA

Bukit Langsat sungguh indah,


Periuk kera di pohon berangan;
Hajat kami tertunai sudah,
Apabila bersara dilupa jangan.

Salam kemaafan kami hulurkan, 


          Semoga kemesraan terus berpanjangan;
          Ilmu diberi harap halalkan,
          Semoga perjuangan kami mendapat keberkatan.

Sekian, terima kasih.


Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum wrt wbt.

You might also like