You are on page 1of 10

SOALAN 3

Merujuk kepada penyataan masalah yang telah diberikan, pada pendapat saya,
terdapat beberapa faktor yang perlu difikirkan oleh Sam sebelum membuat
keputusan untuk berhenti daripada menghadiri kelas piano. 9 tahun menghadiri
kelas piano bukannya tempoh masa yang singkat. Jadi adalah amat rugi jika beliau
mengambil keputusan untuk berhenti sepenunya dari menyertai kelas piano
tersebut.

Namun, keadaan Sam agak berbelah bahagi kerana pada tahap usia beliau dengan
jiwa remaja yang agak memberontak memperuntukan beliau untuk lebih kepada
aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dengan rakan-rakan yang lain. Beliau
merasakan pergerakan beliau tidak sama dengan rakan-rakan sebayanya yang lain
yang lebih berpeluang untuk menikmati aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan.

Pada pendapat saya, saya bersetuju dengan pendapat ibu Sam yang tidak
membenarkan Sam berhenti daripada belajar piano. Masalah yang dihadapi oleh
Sam boleh diatasi dengan memikirkan beberapa kaedah atau cara yang sesuai bagi
menyelesaikan masalah tersebut tanpa perlu berhenti daripada belajar piano.

Kaedah yang pertama ialah Sam perlu berbincang dengan ibu bapa beliau akan
kehendak dan pilihan yang beliau perlukan. Mengadakan perbincangan dengan ibu
bapa dengan menyatakan kehendak dan keperluan sendiri akan memberikan
kesedaran kepada ibu bapa akan keperluan yang diperlukan olehnya. Perbincangan
yang dimaksudkan haruslah mempunyai sebab dan akibat jika sesuatu Tindakan
berhenti itu diambil. Selain itu juga, susunan jadual kelas juga boleh disusun oleh ibu
bapa mahupun guru kelas piano itu sendiri.

Selain itu, Sam dan ibu bapanya juga perlu berbincangan dengan guru kelas piano
yang terlibat bagi melihat sejauh mana keberkesanan jadual waku kelas piano yang
dihadiri oleh Sam. Jika perlu, penjadualan semula kelas piano yang dihadiri oleh
Sam perlu diperbaharui. Contohnya kelas piano Sam diadakan sebanyak tiga atau
empat kali sahaja seminggu atau memendekkan sesi latihan kepada 1 hingga 2 jam
sehaja setiap hari bagi membolehkan Sam menyertai aktiviti-aktivti yang beliau
sukai.
Proses-proses pemikiran yang diambil bagi membantu Sam untuk membuat
keputusan adalah secara menyeluruh dengan memikirkan kesan dan akibat atas
tindakan yang bakal terjadi sekiranya keputusan yang dipilih adalah tidak tepat.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, Sam perlu memikirkan secara mendalam
akan keputusan yang ingin dibuat. Adakah kehendak kepada keseronokan itu dapat
membantu beliau untuk pergi lebih jauh ataupun sebaliknya untuk mengejar cita-cita
beliau untuk bermain piano yang telah dilalui oleh beliau sejak kecil. Atas dasar
pertimbangan semua faktor, memikirkan alternatif, kemungkinan dan pilihan yang
ada berpandukan foku dan tujuan kepada keputusan yang diambil, sekali lagi saya
ingin tegaskan bahawa saya bersetuju dengan pendapat ibu Sam yang tidak
membenarkan Sam berhenti untuk bermain piano.
SOALAN 4

Kreatif merujuk kepada kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan


sesuatu idea baru dan asli. Dalam konteks pembelajaran, kreatif berupaya untuk
membantu kita untuk lebih memahami akan sesuatu yang kita pelajari di samping
memberikan keseronokan dalam sesuatu perkara yang kita laksanakan. Elemen
kreatif adalah bergantung kepada tahap kesediaan dan persiapan seseorang
bergantung kepada kaedah dan cara yang tersendiri.

Saya juga tidak ketinggalan untuk memasukkan beberapa elemen kreatif dalam
usaha untuk memudahkan kefahaman saya dalam kursus yang saya sertai selain
mewujudkan suasana kreatif dalam pembelajaran dan persekitaran di rumah serta
tempat kerja. Sebagai contoh, penggunaan akronim yang saya gunakan dalam
pembelajaran kursus yang saya sertai untuk memudahkan saya mengingati
beberapa fakta yang penting dalam kursus tersebut. Sebagai contoh, strategi
pelaksanaan pembelaran abad ke 21 “PTHPEM” (Parking Lot, Traffic Light, Hand
Signal, Papan, Exit Ticket, Mini Whiteboard) saya akronimkan dengan “Pakai Topi
Hitam Pusing Elak Musang”. Akronim ini akan membantu saya untuk lebih
mengingati beberapa langkah dalam pembelajaran abad ke 21.

Inovatif merujuk kepada pengaplikasian kreativiti. Penggunaan akronim seperti ini


selain menyeronokkan akan dapat membantu saya untuk mengingati beberapa
kaedah pembelajaran abad ke 21. Selain itu juga, penyediaan untuk melaksanakan
pembelajaran abad 21 seperti penggunaan warna-warna yang menarik perhatian,
bentuk-bentuk yang menarik akan dapat membantu kanak-kanak untuk lebih melihat
dan memberikan perhatian ketika dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan bahan-bahan bantu mengajar seperti video pembelajaran dalam
memberikan penerangan kepada murid berupaya untuk membantu menarik
perhatian murid yang mana kita sedia maklum kanak-kanak pada masa kini telah
terdedah dengan teknologi. Jadi, saya berpendapat kita haruslah menggunakan
media-media dan sumber-sumber terkini untuk membantu menarik minat dan
perhatian murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Menjadi kreatif memerlukan saya untuk lebih berfikir akan matlamat dan kesan
selain mencari pemudahcara untuk saya lebih memahami tentang apa yang saya
pelajari dan apa yang akan saya ajarkan kepada kanak-kanak. Selain itu juga, saya
juga dapat mengasah kemahiran berfikir pada aras yang lebih tinggi selain berupaya
untuk mengikuti perkembangan dalamteknologi serta Pendidikan kanak-kanak pada
masa kini. Kerativiti dan inovasi ini juga dapat membantu dalam proses membuat
keputusan serta banyak membantu dalam kerja-kerja dan amalan seharian yang
saya laksanakan. Selain dapat memberikan impak kepada pembelajaran anak-anak,
ia juga dapat membantu saya untuk lebih bersedia kelak.
SOALAN 6z yang melibatkan penglibatan aktif seseorang dalam projek-projek
berkaitan dengan isu-isu tertentu seperti politik, ekonomi dan lingkungan global.
Pendidikan Kewarganegaraan ini penting dalam meningkatkan teknologi informasi
dan komunikasi yang mana jarak bukan lagi masalah bagi penduduk dunia
berinteraksi antara satu sama lain tanpa perlu berjumpa secara bersemuka. Sejak
tahun 2005 sehingga tahun 2013 berlaku meningkatan yang sangat mendadak
dalam penggunaan internet di seluruh dunia yang mana pada tahun 2005
penggunaan internet hanya 16% manakala pada tahun 2013 kenaikan peratusan
penggunaan internet ialah pada kada 39%. Selain itu juga, peningkatan dalam
perhubungan dua hala juga telah berupaya membentuk satu persefahaman dan
persetujuan yang berjaya melonjakkan nilai eksport setiap negeri di dunia yang
semakin bertambah saban tahun.

Kesan GCE Terhadap Pencemaran Air

Pendidikan Kewarganeraan Global (GCE) ini memperuntukan tiga domain


pembelajaran iaitu kognitif, sosio-emosi dan tingkahlaku. Ketiga-tiga domain ini
memberikan daya pemikiran yang baharu dalam menyelesaikan masalah global.
Konsep kognitif merujuk kepada keupayaan memperoleh pengetahuan, pemahaman
dan pemikiran yang kritis tentang isu-isu terkini global, serantau dan kebangsaan
serta tempatan yang menghubungkan kesalinghubungan dan kesalingbergantungan
antara pelbagai negara dan penduduk manakala sosio-emosi pula merujuk kepada
rasa kepunyaan sesame manusia, selain berkongsi nilai dan tanggungjawab,
empati, solidariti dan menghormati perbezaan dan kepelbagaian. Domain ketiga iaitu
tingkahlaku pula merupakan tindakan yang berkesan dan tanggungjawab di
peringkat tempatan, kebangsaan dan global demi mencapai dunia yang aman dan
lestari. Dalam konteks pencemaran air, umum kita tahu dan sedia maklum,
memerlukan bukan sahaja bantuan daripada seluruh masyarakat secara amnya
bahkan juga memerlukan kerjasama yang jitu dalam kalangan individu di dalam
masyarakat keseluruhannya.

GCE telah membawa perubahan yang agak besar dalam kesedaran kepada
masyarkat tentang pencemaran alam sekitar terutama merujuk kepada pencemaran
air. Pencemaran air merupakan isu global bukan hanya terjadi di negara kita bahkan
turut melibatkan seluruh dunia. Penggunaan media-media semasa membantu dalam
usaha memberikan kesedaran kepada global tentang isu pencemaran air. Selain itu
juga, pemikiran masyarakat global juga telah bertambah dengan ilmu-ilmu semasa
kesan kepada pencemaran air selain memberikan perasaan empati dan
tanggungjawab serta kebersamaan dalam usaha untuk menjaga dan melindungi
bumi daripada kemusnahan disebabkan oleh pendedahan kepada kepesatan
pembangunan pada masa kini.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, perkembangan yang pesat dan drastik tidak dapat


dinafikan akan memberikan impak yang positif dalam kalangan masyarakat namun
tidak kurang juga dengan impak negatifnya terutama bila kita melihat kepada
kemusnahan ekologi yang pastinya berlaku dalam usaha untuk memenuhi keperluan
pembangunan ciptaan manusia pada masa kini.

Aspek perundangan merupakan salah satu mekanisme yang penting bagi


menguruskan alam sekitar dengan lebh berkesan. Jamaluddin (1996-2002)
menyatakan bahawa di negara kita terdapat tidak akurang daripada 45 buah
perundangan yang berkaitan namun ia tidak begitu berkesan dalam menjaga kualiti
alam sekitar kerana sebahagian besar adalah berbentuk sektoral. Sebelum ini,
kaedah perundangan yang ada lebih kepada bersfat pemulihan, pengurusan alam
sekitar di Malaysia namun kini telah menjurus kea rah pencegahan. Di sinilah
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan polisi, strategi dan
program-prgram kesedaran dan latihan alam sekitar khususnya. Penyebaran
pengetahuan dan pemupukan kesedaran ini akan dapat membantu rakyat Malaysia
mengambil sikap kepenggunaan dan cara hidup yang lebih mesra aam.

Perkembangan dalam bidang pendidikan alam sekitar menampakkan impak yang


positif dan berpeluang untuk lebih terus maju. Pendokong Pendidikan alam sekitar
harus memastikan bahawa bidang ini akan terus kekal relevan selaras dengan
perkembangan dunia masa kini bagi membentuk masyarakat yang celik alam sekitar
yang boleh mengambil tindakan bersesuaian meskipun jenis masalah alam sekitar
yang dihadapi mungkin berbeza.
Rujukan

Ibrahim g. Badran 1995.


Knowledge, attitude and
practice the three pillars of
excellence and
wisdom: a place in the
medical profession. Eastern
Mediterranean Health Journal
1(1): 8-16.
Jabatan Alam Sekitar
Malaysia. 1997.
Environmental Quality Report
1997. Kuala lumpur:
Jabatan Alam Sekitar.
Jamaluddin, M.J. 1996. Impak
Pembangunan terhadap Alam
Sekitar. Bangi: Penerbit
universiti Kebangsaan
Malaysia.
Jamaluddin, M.J. 2001.
Pengurusan Alam Sekitar
di Malaysia. Bangi:
Universiti
Kebangsaan
Malaysia
Ibrahim g. Badran 1995.
Knowledge, attitude and
practice the three pillars of
excellence and
wisdom: a place in the
medical profession. Eastern
Mediterranean Health Journal
1(1): 8-16.
Jabatan Alam Sekitar
Malaysia. 1997.
Environmental Quality Report
1997. Kuala lumpur:
Jabatan Alam Sekitar.
Jamaluddin, M.J. 1996. Impak
Pembangunan terhadap Alam
Sekitar. Bangi: Penerbit
universiti Kebangsaan
Malaysia.
Jamaluddin, M.J. 2001.
Pengurusan Alam Sekitar
di Malaysia. Bangi:
Universiti
Kebangsaan
Malaysia
Ibrahim g. Badran 1995. Knowledge, attitude and practice the three pillars of
excellence and wisdom: a place in the medical profession. Eastern
Mediterranean Health Journal 1(1): 8-16.

Jabatan Alam Sekitar Malaysia. 1997. Environmental Quality Report 1997. Kuala
lumpur: Jabatan Alam Sekitar.

Jamaluddin, M.J. 1996. Impak Pembangunan terhadap Alam Sekitar. Bangi:


Penerbit : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamaluddin, M.J. 2001. Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia. Bangi:


Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like