You are on page 1of 13

Amalan berjimat cermat dan menabung

Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan
sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin
meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika
berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah
yang sewajarnya perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan
masyarakat.
Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia
mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah
mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan
masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung
sebelum
hujan.
Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil
lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan
perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan
keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan
seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang
selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih
gemilang.
Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian
Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk
kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang
yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap
tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang
bahagia
mempunyai
masa
depan
yang
terjamin.
Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan
bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut
keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan
kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami
masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasaberjimat sebelum
terlambat,
beringat
sebelum
terkena.
Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak
dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan
masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok,
namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar
amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan
pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jelaskan punca-punca dan langkah
mengatasinya.
Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan
golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah
ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?
Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa era
globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggung jawab mereka
mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan
keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa
mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.
Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan
drastik. Kelakuan yang tidak senonah yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba
pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang
telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin
pelajar
yang
terus
merosot
itu.
Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering
menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan
sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab
mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut
merosot
dengan
drastiknya.
Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut
menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan
masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini
menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan
dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini
menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah
menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.
Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca
masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan masa
mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjerumus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang
mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.
Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa
mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi
mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang
berhemah tinggi. Ringkasnya, ibu bapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita
disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja terutama daripada pihak ahli
politik. Begitu juga dengan pihak media massa yang hanya tahu menyiarkan sahaja berita sensasi
tentang topik ini berulang kali . Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini.
Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan.Pada
pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan
kepentingannya.
Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran
bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin
hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak
kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada
kepentingannya.
Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan
perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan
terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum
yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu,
hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.
Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak
setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula
semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui
majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan
majlis
sebegini.
Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran
semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah
pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal
tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan
semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan
usaha
memupuk
semangat
mulia
ini.
Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah
memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh
masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar
dalam
masyarakat
kita.
Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam
masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik.
Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum

berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan
konsep
perpaduan
nasional.
Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang
dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh
masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.


Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak
positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah
individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh
menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era
moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai
segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang
dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil
makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun
makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan
berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang
tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi
ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga
mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat
membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang
ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang
seimbang.
Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh
seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan,
berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu.
Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah
manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar bersukan
biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang
bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan
seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan
mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi,
berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian.
Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya
mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum

makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat
makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan
mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk
gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga
perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan
gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan
mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan
membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa bersih.
Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk,
lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti
pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar.
Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit
serta
membentuk
kehidupan
yang
sihat.
Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang
lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna
kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah
mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan keperluan
psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan komunikasi
yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya
dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek
psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi
menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang
itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa
tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan
satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang menghadapi tekanan hidup,
mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-taulan di
sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada
perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar
jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang
mampu
dicapainya
kelak.
Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang
dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua
aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih
memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah
kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada
mengubatinya.

Latihan :- Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan


LANGKAH 1: MEMBACA SOALAN YANG DIBERIKAN
Carta di bawah menunjukkan sebahagian punca aktiviti lumba haram dalam kalangan remaja di
Negara ini. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca penglibatan remaja dalam lumba
haram. Panjang huraian handaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

SIKAP DIRI REMAJA

PENGARUH
RAKAN SEBAYA

PENGARUH
MEDIA MASSA

LANGKAH 2: LANGKAH 2:
MENGENAL PASTI TEMA, TUGASAN DAN KUMPULAN SASARAN
Carta di bawah menunjukkan sebahagian punca aktiviti lumba haram dalam kalangan remaja di
Negara ini. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca penglibatan remaja dalam lumba
haram. Panjang huraian handaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
TAJUK: punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram
TEMA: Lumba haram
KUMPULAN SASARAN: Para remaja
TUGASAN: punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram

LANGKAH 3: MENYENARAIKAN ISI KARANGAN BERDASARKAN BAHAN


1.

Sikap diri remaja

Ingin mencuba
Tidak bertanggungjawab
Melanggar peraturan jalan raya
Ingin berseronok-seronok / suka membuang masa

RANGSANGAN

2.

Pengaruh rakan sebaya

3.

Tasub kepada rakan


Meniru apa saja yang rakan lakukan
Lemah jati diri

Pengaruh media massa

Menyiarkan filem-filem lumba haram


Menonton aksi hero (hanya lakonan sahaja)
Meniru aksi dalam filem
Terdidik dengan memuja kehebatan hero

LANGKAH 4: MANULIS RANGKA KARANGAN DENGAN LENGKAP


PENDAHULUAN
1.
2.
3
4.

Tema: Lumba haram


Kumpulan Sasaran: Para remaja
Bahasa Indah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Tugasan: Punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram

ISI-ISI JAWAPAN
1.
2.
3.

Sikap diri remaja


Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh media massa

PENUTUP
1.

Ayat Pandangan:

Tuntasnya, terdapat pelbagai punca penglibatan remaja dalam lumba haram.


2.

Ayat Cadangan:

Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah berusaha untuk mengelak diri daripada terlibat dalam
kegiatan lumba haram ini.
3.

Bahasa Indah:

Perkara ini sangat bertepatan dengan peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak
berguna lagi.
4.

Ayat Harapan

Oleh itu, lumba haram sifar hendaklah menjadi satu agenda negara sebelum menjelangnya tahun
2020 nanti.
LANGKAH 5: MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN
Ayat Tema
Belakangan ini, isu lumba haram semakin heboh diperkatakan oleh masyarakat dalam media massa
di seluruh pelosok negara.
Ayat Kumpulan Sasaran:
Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk megatasi
masalah dengan segera.
Bahasa Indah:
Perkara ini sangat bersesuaian dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya.
Ayat Tugasan:
Persoalannya, apakah punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram?
LANGKAH 6: MENULIS PERENGGAN ISI KARANGAN
Isi 1: Sikap diri remaja
Ayat Topik
Pada pandangan saya, antara punca penglibatan remaja dalam lumba haram ialah sikap diri remaja.
Ayat Huraian
Hal ini demikian kerana, para remaja mempunyai perasaan ingin mencuba dan suka berseronokseronok yang sangat tinggi walaupu aktiviti itu berbahaya.

Ayat Simpul
Tegasnya, sikap diri remaja itu telah menyebabkab berlakunya lumba haram di negara ini.
Isi 2: Pengaruh rakan sebaya
Ayat Topik
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca pengibatan remaja dalam
lumba haram di seluruh negara.
Ayat Huraian
Hal ini dikatakan demikian kerana, remaja kini terlalu taksub kepada rakan dan lemah jati diri
sehingga mereka berani melakukan aktiviti itu.
Ayat Simpul
Jelaslah bahawa, penglibatan remaja dalam lumba haram adalah disebabkan oleh pengaruh rakan
sebaya.
Isi 3: Pengaruh Media Massa
Ayat Topik
Di samping itu, punca lain penglibatan remaja dalam lumba haram di seluruh negara ialah pengaruh
media massa.
Ayat Huraian
Hal ini demikian kerana, ramai remaja telah meniru aksi hero dalam filem mat rempit yang mereka
tonton di kaca televisyen seperti filem Bohsia dan KL Menjerit.
Ayat Simpul
Saya optimis, pengaruh media massa telah menyebabkan penglibatan remaja dalam lumba haram
semakin meningkat.
LANGKAH 7: MENULIS PERENGGAN PENUTUP
Ayat Pandangan:

Tuntasnya, terdapat pelbagai punca penglibatan remaja dalam lumba haram.


Ayat Cadangan:
Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah berusaha untuk mengelak diri daripada terlibat dalam
kegiatan lumba haram ini.
Bahasa Indah:
Perkara ini sangat bertepatan dengan peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak
berguna lagi.
Ayat Harapan
Oleh itu, para remaja hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dalam lumba haram agar .
CONTOH KARANGAN LENGKAP
Belakangan ini, isu lumba haram semakin heboh diperkatakan oleh masyarakat dalam media
massa di seluruh pelosok negara.Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah menunjukkan
keiltizaman yang tinggi untuk megatasi masalah dengan segera. Hal ini sangat bersesuaian
dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Persoalannya,
apakah punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram?
Pada pandangan saya, antara punca penglibatan remaja dalam lumba haram ialah sikap diri
remaja. Hal ini demikian kerana, para remaja mempunyai perasaan ingin mencuba dan suka
berseronok-seronok yang sangat tinggi walaupu aktiviti itu berbahaya. Tegasnya, sikap diri remaja itu
telah menyebabkab berlakunya lumba haram di negara ini.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca pengibatan remaja
dalam lumba haram di seluruh negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, remaja kini terlalu
taksub kepada rakan dan lemah jati diri sehingga mereka berani melakukan aktiviti itu. Jelaslah
bahawa, penglibatan remaja dalam lumba haram adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya.
Di samping itu, punca lain penglibatan remaja dalam lumba haram di seluruh negara ialah
pengaruh media massa. Hal ini demikian kerana, ramai remaja telah meniru aksi hero dalam filem
mat rempit yang mereka tonton di kaca televisyen seperti filem Bohsia dan KL Menjerit..Saya
optimis, pengaruh media massa telah menyebabkan penglibatan remaja dalam lumba haram
semakin meningkat.
Tuntasnya, terdapat pelbagai punca penglibatan remaja dalam lumba haram. Sehubungan
dengan itu, para remaja mestilah berusaha untuk mengelak diri daripada terlibat dalam kegiatan
lumba haram ini.Perkara ini sangat bertepatan dengan peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal

kemudian tidak berguna lagi. Oleh itu, lumba haram sifar hendaklah menjadi satu agenda negara
sebelum menjelangnya tahun 2020 nanti.

Kemalangan jalan raya


Kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun. Huraikan peranan
kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan.
Analisis soalan:
Isu: Kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun
Tugasan: peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan
Tema: Kemalangan jalan raya Kata kunci soalan: Peranan kerajaan
Isi:
1. Kerajaan mengadakan Kempen Pemanduan Secara Berhemah
2. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang secara lebih ketat
3. Kerajaan menyelenggarakan sistem jalan raya (Pastikan semua isi dimulakan dengan kata kunci
soalan)

Panduan Menulis
Pendahuluan: Pastikan pendahuluan mengandungi 3 perkara dalam 3 ayat iaitu
a. Tema
b. Isu
c. Tugasan
Mutakhir, isu yang berkaitan dengan kemalangan jalan raya dalam kalangan masyarakat saban
waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita.

(Tema) Apa yang pasti, kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun.
(Isu) Persoalannya, apakah peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan?

(Tugasan) Panduan Menulis Isi: Pastikan perenggan isi mengandungi 4 jenis ayat iaitu
a. Ayat topik (AT) : menerangkan isi
b. Ayat huraian (AH) : menghuraikan isi
c. Ayat contoh (AC) : menyatakan contoh berkaitan isi
d. Ayat penegas(AP) : menegaskan isi

(AT) Pada pendapat saya peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan adalah
dengan mengadakan Kempen Pemanduan Secara Berhemah. (AH) Hal ini dikatakan demikian
kerana kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dapat menyedarkan masyarakat supaya sentiasa
berhati-hati di jalan raya. (AC) Sebagai contoh, kerajaan mengadakan kempen melalui surat khabar,
papan tanda, media massa dan sebagainya. (AP) Tegasnya, kempen yang diadakan ini membantu
mengurangkan kadar kemalangan.
(AT) Selain itu, penguatkuasaan undang-undang lebih ketat juga dikenal pasti sebagai
peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan. (AH) Hal ini bermaksud, penguatkuasaan
undang-undang mampu memberi peringatan kepada pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan
jalan raya bagi mengelakkan tindakan undang-undang. (AC) Misalnya, pihak polis dan JPJ boleh
mengenakan kompaun yang tinggi, menyita kenderaan dan menggantung lesen memandu. (AP)
Jelaslah, salah satu peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan adalah dengan
mengetatkan penguatkuasaan undangundang.
(AT) Peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan yang berikutnya adalah
dengan menyelenggarakan sistem jalan raya. (AH) Dalam konteks ini, kerajaan mestilah sentiasa
memantau dan membaiki kerosakan jalan raya kerana jalan raya yang tidak sempurna boleh
membahayakan keselamatan pengguna. (AC) Sebagai tamsilan, pihak Jabatan Kerja Raya mestilah
menampal jalan yang berlubang, mengecat semula garisan yang telah pudar serta menyediakan
lebih banyak papan tanda amaran. (AP) Saya optimis, jalan raya yang diselenggarakan dengan baik
dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan.
3 Panduan Menulis Kesimpulan: Pastikan perenggan kesimpulan mengandungi
a. Saranan
b. Harapan + Ungkapan

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memastikan keselamatan di jalan raya
agar kadar kemalangan dapat dikurangkan ke tahap yang minimum bak kata pujangga pandu cermat
jiwa selamat.

Karangan Lengkap:
Mutakhir, isu yang berkaitan dengan kemalangan jalan raya dalam kalangan masyarakat
saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana di negara kita. Apa yang pasti, kemalangan
jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun. Persoalannya, apakah peranan
kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan?
Pada pendapat saya peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan adalah
dengan mengadakan Kempen Pemanduan Secara Berhemah. Hal ini dikatakan demikian kerana
kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan dapat menyedarkan masyarakat supaya sentiasa
berhati-hati di jalan raya. Sebagai contoh, kerajaan mengadakan kempen melalui surat khabar,
papan tanda, media massa dan sebagainya. Tegasnya, kempen yang diadakan ini membantu
mengurangkan kadar kemalangan.
Selain itu, penguatkuasaan undang-undang lebih ketat juga dikenal pasti sebagai peranan
kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan. Hal ini bermaksud, penguatkuasaan undangundang mampu memberi peringatan kepada pemandu agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya
bagi mengelakkan tindakan undang-undang. Misalnya, pihak polis dan JPJ boleh mengenakan
kompaun yang tinggi, menyita kenderaan dan menggantung lesen memandu. Jelaslah, salah satu
peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan adalah dengan mengetatkan
penguatkuasaan undangundang.
Peranan kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan yang berikutnya adalah dengan
menyelenggarakan sistem jalan raya. Dalam konteks ini, kerajaan mestilah sentiasa memantau dan
membaiki kerosakan jalan raya kerana jalan raya yang tidak sempurna boleh membahayakan
keselamatan pengguna. Sebagai tamsilan, pihak Jabatan Kerja Raya mestilah menampal jalan yang
berlubang, mengecat semula garisan yang telah pudar serta menyediakan lebih banyak papan tanda
amaran. Saya optimis, jalan raya yang diselenggarakan dengan baik dapat membantu
mengurangkan kadar kemalangan.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk memastikan keselamatan di jalan raya
agar kadar kemalangan dapat dikurangkan ke tahap yang minimum bak kata pujangga pandu cermat
jiwa selamat.

You might also like