You are on page 1of 2

Sekolah kamu telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah.

Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis laporan hari anugerah

tersebut.
LAPORAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) PANDAN, JOHOR BAHRU
Pada 15 Oktober 2014, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pandan telah
mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Majlis ini bermula
seawal pukul 8.30 pagi. Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis ini.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan
kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga
kokurikulum. Penganugerahan ini juga berharap dapat memberi motivasi
kepada murid-murid supaya terus cemerlang.
Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Kemudian,
diteruskan dengan ucapan Pengerusi PIBG, Encik Lim Ten Wei serta
ucapan Guru Besar iaitu Encik Choong Khai Fook. Tepat pada pukul 9.30
pagi, upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran
Daerah, Tuan Haji Ghazali. Dalam ucapan tersebut, beliau menasihatkan
murid-murid supaya rajin belajar.
Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan murid-murid.
Antara persembahan yang menarik termasuklah nyanyian solo, tarian
tradisional, drama dan sebagainya. Para tetamu terhibur dengan
persembahan tersebut.
Acara seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada murid-murid
yang cemerlang dalam bidang akademik sepanjang tahun 2014. Selain
itu, murid-murid yang cemerlang dalam bidang kokurikulum turut
diberikan anugerah. Majlis mencapai tahap kemuncak apabila juruacara
mengumumkan Anugerah Murid Terbaik. Lee Boon Hui dari kelas 6A telah
dianugerahi sebagai Murid Terbaik Tahun 2014. Dia tidak hanya cemerlang
dalam bidang akademik malah juga aktif dalam bidang sukan.
Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Pada pukul
12.00 tengah hari, majlis pun tamat. Para tetamu dihidangkan dengan
juadah sejurus selesai majlis itu. Diharapkan majlis seperti ini dapat menjadi
pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan
datang.
Disediakan oleh,
OKTOBER 2014
___Phua______

17

(PHUA ZHI XUAN)

Setiausaha,
Hari Anugerah Kecemerlangan,
S.J.K (C) Pandan.

You might also like