You are on page 1of 2

HARI KANTIN SEKOLAH

Khamis, 14 April 2011 - SK Serkam Darat telah berjaya menganjurkan Program Hari Kantin dengan jayanya. Program tersebut yang dirasmikan oleh Guru Besar, Puan Normi binti Jantan diadakan dengan penuh meriah. Sejak lebih 3 minggu yang lalu, pelbagai persiapan telah diatur. Guru-guru mengikut Kelab/Persatuan mencabut undi untuk menjual barangan. Promosi Hari Kantin juga turut disebarkan setiap hari melalui Program Radio Sekolah. Ternyata promosi awal telah berjaya menarik minat murid dan membuatkan murid tidak sabar-sabar menanti kedatangan Hari Kantin. Seawal hari Selasa lagi, khemah-khemah yang bakal digunakan untuk Hari Kantin sudah dipasang dengan kerjasama Askar Wataniah. Sehari sebelum Hari Kantin, guru-guru sudah sibuk melakukan persiapan gerai. Pada hari tersebut, seawal jam 7.00 pagi lagi, guru-guru dan murid-murid sudah bersedia dengan barang jualan. Terdapat pelbagai makanan dan minuman dijual dengan harga yang berpatutan. Selain daripada itu, terdapat juga gerai jualan lagu dan pertandingan meneka bilangan gula-gula. Gerai-gerai pameran juga disediakan dengan kerjasama daripada Majlis Keselamatan Jalan Raya, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan PruBSN Takaful selain daripada Jabatan Kesihatan Daerah Jasin. Khidmat pemeriksaan kesihatan dan Pap Smear untuk kaum wanita juga disediakan pada hari tersebut. Terdapat banyak hadiah disediakan untuk cabutan bertuah dan pertandingan Gerai Terbaik. Murid-murid juga berasa sangat seronok kerana permainan Belon Istana dan Paintball juga disediakan dengan harga yang sangat berpatutan. Ternyata Hari Kantin SKSD 2011 ini berlangsung dalam suasana yang sangat menyeronokkan.

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin. Hari Kantin ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan wang untuk memperbaiki kemudahan-kemudahan sekolah.

Hari Kantin ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Ramai ibu bapa turut bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan Hari Kantin ini. Mereka telah membekalkan bahan makanan atau barang jualan secara percuma kepada pihak sekolah.

Murid-murid setiap kelas bertanggungjawab menyediakan makanan atau minuman untuk dijual. Selain makanan dan minuman, alat-alat tulis juga dijual pada hari tersebut.

Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu bapa dan bekas-bekas murid sekolah ini. Suasana pada hari itu sungguh meriah. Pengunjung tawar-menawar dengan murid-murid selaku penjual. Laungan murid-murid untuk melariskan makanan mereka menyebabkan suasana di kawasan sekolah bertambah riuh-rendah.

Hari Kantin ini berakhir pada pukul 1.00 petang sebagaimana yang dijadualkan. Murid-murid berasa gembira kerana Hari Kantin ini dapat berjalan dengan lancar dan telah berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM5000 untuk sekolah.

You might also like