You are on page 1of 3

Kumplan A

Hari Kantin Sekolah Saya

Pada ______________________yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin.


Tujuan Hari Kantin diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi membeli komputer baharu
dan bahan bacaan perpustakaan. Aktiviti ini melibatkan semua guru dan murid-murid.

          Pada pukul 7.30 pagi, kami telah berhimpun di kantin. Guru Penolong Kanan,
_________________ memberikan taklimat ringkas kepada murid-murid. Kemudian, beliau
membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan tugas.

          Kumpulan A menghias gerai-gerai dengan belon dan reben dengan beraneka warna.
Gerai-gerai tersebut kelihatan cantik seperti istana. Kumpulan B menyusun barang-barang
jualan di setiap gerai dengan kemas. Kumpulan C pula membantu guru menyediakan kupon
untuk dijual kepada para pengunjung. Semua murid melaksanakan tugas yang diamanahkan
dengan bersungguh-sungguh bagai aur dengan tebing.

          Kira-kira pada pukul 9.00 pagi, pengunjung berpusu-pusu ke sekolah. Kami melayan
para pengunjung dengan mesra dan berbudi bahasa. Suasana di kantin sekolah meriah sekali.

          Pada pukul 1.00 petang,Hari Kantin telah berakhir. kami pun mengemas barang-barang
dan membersihkan kawasan kantin. Hari Kantin mendapat sambutan yang hangat daripada
ibu bapa dan murid-murid. Semua barang jualan kami telah habis dijual.

          Guru Besar sangat berbesar hati kerana Hari Kantin berjalan dengan lancar. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada semua warga sekolah yang menjayakan aktiviti ini. Kami
berasa letih tetapi gembira kerana boleh menyumbang tenaga kepada pihak sekolah.

Kumpulan B

Hari Kantin Sekolah Saya

Sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin pada ____________________ yang lalu. Hari
Kantin tersebut diadakan di padang sekolah.
Tujuan diadakan Hari Kantin adalah untuk membeli buku cerita untuk perpustakaan.

  Persiapan telah mula dilakukan beberapa hari sebelum Hari Kantin diadakan. Guru-
guru, murid-murid serta ibu bapa bekerjasama membantu menghias gerai jualan bagai aur
dengan tebing. Pihak sekolah juga memasang khemah yang dilengkapi meja dan kerusi.

  Aktiviti Hari Kantin dimulakan dengan perasmian pada jam 8:00 pagi. Selepas tamat
upacara perasmian, gerai jualan mula dibuka. Pembeli membeli dengan menggunakan kupon
yang dijual oleh para guru.

  Terdapat lebih kurang 10 gerai yang dibuka pada Hari Kantin. Contohnya, gerai
minuman, gerai nasi lemak, gerai burger, rumah hantu dan sebagainya. Kami menerima
sambutan yang baik daripada ibu bapa serta penduduk sekitar. Kebanyakan gerai berjaya
menghabiskan barangan jualan mereka.

  Hari Kantin tamat pada jam 2.00 petang. Sebelum bersurai, murid-murid dan guru-
guru serta ibu bapa bergotong royong membersihkan kawasan sekolah.

Kumpulan C

Hari Kantin Sekolah Saya

Sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin pada hari Rabu yang lalu. Hari Kantin tersebut
diadakan di kawasan sekolah.

  Tujuan diadakan Hari Kantin adalah untuk membeli buku cerita untuk perpustakaan.
10 gerai yang dibuka pada hari itu. Contohnya, gerai minuman, gerai nasi lemak,
gerai kek, rumah hantu dan sebagainya.

  Hari Kantin dirasmikan oleh guru besar pada jam 8:00 pagi. Selepas itu, gerai jualan
mula dibuka. Ibu bapa dan murid-murid membeli barangan dengan menggunakan kupon yang
dijual oleh para guru. Semua gerai berjaya menghabiskan barangan jualan mereka.

  Hari Kantin tamat pada jam 2.00 petang. Sebelum pulang, murid-murid dan guru-guru
membersihkan kawasan sekolah. Kami berasa sangat gembira pada hari itu.

You might also like