You are on page 1of 2

Kebaikan Internet (Karangan Rangsangan)

Internet merupakan media yang sangat berpengaruh


pada masa ini.Terdapat pelbagai manfaat yang boleh
diambil melalui penggunaan internet.
Antaranya ialah kita dapat berhubung dengan sesiapa
jua seantero dunia pada bila-bila masa dan di mana
jua.Contohnya,kita boleh menghantar e-mel atau
bersembang.
Selain itu,kita juga boleh mendapatkan pelbagai
maklumat melalui internet.Sebagai contoh,kita boleh
menyelusuri laman-laman web yang ada untuk
mendapatkan maklumat.
Berita-berita dari dalam dan luar negara juga dapat
diketahui dengan mudah dan cepat.Contohnya,kita boleh
pergi ke laman web yang menyediakan akhbar dalam talian
dan membacanya.
Di samping itu,kita tidak perlu beratur untuk
membayar sebarang bil kerana kita boleh membayar secara
online.Hal ini demikian kerana pihak-pihak bank telah
menyediakan khidmat internet bagi memudahkan
pelanggan mereka menyelesaikan urusan perbankan
mereka.
Kesimpulannya,terdapat banyak kebaikan
internet.Namun kita perlu berwaspada agar penggunaan
internet tidak memudaratkan kita.

You might also like