You are on page 1of 2

Fakta: Cara-cara membasmi pembiakan nyamuk Aedes

Demam denggi merupakan penyakit bawaan nyamuk yang sangat berbahaya.


Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Kita perlulah bekerjasama untuk membasmi pembiakan nyamuk Aedes. Antara


cara untuk membasmi nyamuk Aedes ialah memastikan tiada takungan air yang
dibiarkan. Tempat-tempat tersebut adalah seperti di dalam tempayan, pasu-pasu
bunga, dan kolam mandi.

Selain itu, tutup semua bekas simpanan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk
daripada bertelur. Bekas yang tidak digunakan pula hendaklah dikumpulkan dan
dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.

Saluran bumbung juga boleh menakungkan air yang akan menjadi tempat
pembiakan nyamuk. Oleh itu, periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali
untuk

membersihkan

dedaun

yang

menyekat

air

daripada

mengalir.

Ikan peliharan juga boleh membantu membasmi nyamuk Aedes kerana ikan
seperti ikan gapi dan puyu akan memakan jentik-jentik. Oleh itu, peliharalah
ikan-ikan ini dalam tangki-tangki besar bagi membasmi pembiakan nyamuk Aedes.

Kesimpulannya, kita mestilah bekerjasama bagi membasmi pembiakan nyamuk


Aedes. Justeru, setiap orang mestilah prihatin akan tempat-tempat yang boleh
menjadi tempat pembiakan nyamuk.

KEJUTAN MAJLIS HARI LAHIR


Pada hari Sabtu yang lepas, keluarga saya telah mengadakan majlis sambutan
hari lahir saya yang ke-12 tahun. Sambutan itu telah diadakan di rumah saya yang
terletak di Taman Indah Putra.
Ibu saya sibuk membuat persiapan di ruang tamu. Antaranya menggantung
belon yang berwarna-warni dan juga menyusun kerusi dan meja. Saya pula
membantu kakak menghidangkan pelbagai jenis makanan. Ramai tetamu yang
telah diundang hadir untuk memeriahkan majlis hari lahir saya.
Masanya telah pun tiba. Ahli keluarga saya dan rakan-rakan menyanyikan
lagu selamat hari lahir untuk saya. Saya pun memotong kek yang dibuat oleh ibu.
Mereka turut memberikan hadiah kepada saya. Kemudian, kami pun menikmati
pelbagai juadah yang terhidang di atas meja.
Ketika saya sedang leka menjamu selera, saya telah dikejutkan dengan
alunan muzik yang cukup indah. Tiba-tiba, penyanyi yang menjadi idola saya
muncul sambil menyanyikan sebuah lagu yang sangat saya minati. Saya menitiskan
air mata kerana begitu terharu dengan kejutan tersebut.
Ibu bapa saya juga telah membuat kejutan dalam majlis hari jadi saya. Ibu
bapa saya memberikan sebuah hadiah yang sangat saya idam-idamkan. Hadiah
tersebut ialah sebuah telefon pintar jenama iphone 5. Saya sangat bersyukur
kerana memperoleh hadiah istimewa itu.
Walaupun kepenatan melayan tetamu, saya berasa cukup gembira dan
berpuas hati dengan sambutan hari jadi yang diadakan ini. Majlis ini akan menjadi
kenangan terindah dalam hidup saya.

You might also like