You are on page 1of 3

Bahagian B [15 markah]

[Masa dicadangkan : 25 minit]

Gambar di bawah menunjukkan pengukuhan semangat kejiranan. Tulis ulasan tentang cara-cara
memupuk semanagat kejiranan tersebut dalam bentuk perenggan. Panjangnya ulasan kamu
hendaklah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

Contoh Jawapan Lengkap

Gambar ini menunjukkan amalan kejiranan untuk mumupuk semangat


kejiranan.Antaranya, kita boleh sentiasa menziarahi jiran tetangga tanpa mengira agama
dan kaum.Selain itu, kita boleh sentiasa bertegur sapa dengan jiran untuk berkongsi 分享
pendapat 意见 tentang berita yang berlaku.

Jiran merupakan orang yang paling hampir 最靠近 dengan kita. Amalan kejiranan perlu
disuburkan demi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat 社会. Salah satu
amalan kejiranan yang telah sebati dalam kehidupan masyarakat Malaysia ialah amalan
menziarahi jiran tetangga. Amalan tersebut amat mudah dipraktikkan 练习/实行 kerana
dapat dilakukan tanpa mengira masa, agama dan kaum. Selain itu, masyarakat di negara
ini juga sudah terkenal dengan sikap peramah 友善. Oleh itu, amalan bertegur sapa sudah
menjadi lumrah 司空见惯 bagi kebanyakan kita. Setiap kali bertemu orang yang dikenali,
pasti tangan akan dihulur untuk bersalaman sambil bertanya khabar. Konklusinya, amalan
kejiranan yang menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia telah
menjadikan hubungan antara mereka bagai isi dengan kuku.

( 105 patah perkataan )

Contoh tajuk soalan : Balas dan pucukkan surat kepada sahabat anda yang ingin berkunjung ke
negara anda untuk melawat tempat pelancongan yang menarik.
39, Jalan Damai,
Taman Bukit Anggerik,
Butterworth, 11700
Pulau Pinang. 8 April
2020

Menemui sahabatku Yang Rui ,yang kini berada di Melbourne,Australia. Semoga saudara
dan keluarga berada dalam keadaan sihat.

Saudara Yang Rui,

Apa khabar saudara dan keluarga? Saudara bertanya tentang tempat pelancongan di
Malaysia pada surat yang sahabat kirim minggu lepas.

Pulau Langkawi merupakan pusat pelancongan yang terletak di negeri Kedah. Terdapat
banyak keistimewaan dan tempat menarik yang boleh dilawati oleh saudara. Antaranya
termasuklah pemandangannya 景色 yang sangat indah di Pantai Cenang. Anda boleh
bermandi-manda dan mendirikan istana pasir 沙城堡 dengan adik.

Arca burung helang merupakan mercu tanda 特征 yang terpenting 最重要 di Langkawi.
Anda juga boleh menaiki kereta kabel 缆车 Langkawi , ia merupakan yang terpanjang di
dunia. Selain itu, Makam Mahsuri adalah antara tempat yang bersejarah.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi ini. Jikalau ada peluang
如果有机会, saya harap saudara dapat berkunjung ke Pulau Langkawi bersama keluarga.

Yang Benar,

Yien Bing

You might also like