You are on page 1of 3

Kebaikan Gotong-royong dalam Masyarakat

Gotong-royong bermaksud sesuatu aktiviti masyarakat yang dijayakan dengan konsep kerjasama, tolong-
menolong dan bermuafakat.

Amalan bergotong-royong dapat meringankan kerja-kerja yang hendak dilakukan. Sesuatu kerja yang
berat seperti mengadakan majlis kenduri-kendara, mengurus kematian dan membina jambatan dapat
dilakukan dengan mudah.

Gotong-royong ini juga dapat menjimatkan masa wang. Apabila sekumpulan anggota masyarakat
melakukan sesuatu kerja,kerja itu dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Semangat gotong-royong juga dapat menyemai benih-benih perpaduan dalam kalangan


masyarakat.Pada zaman moden ini, penduduk Bandar sibuk dengan tugas seharian sehingga jiran di
sebelah rumah pun tidak dikenali.Tetapi, semangat gotong-royong dapat mengelakkan keadaan ini.

Kehidupan masyarakat akan bertambah sejahtera melalui amalan gotong-royong ini.Ini adalah
kerana sikap bertanggungjawab dan tolak ansur dapat dipupuk melalui aktiviti ini.

‘Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing’ adalah dasar gotong-royong.Justeru itu, semangat
bergotong-royong ini harus dipupuk sejak kecil lagi dalam diri setiap insan.Ini akan mewujudkan
masyarakat yang lebih bertanggungjawab di hari muka.

Tulis sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong­royong:.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, 
Guru Besar, guru­guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah 
syarahan yang bertajuk “Faedah Bergotong­royong”.

Hadirin sekalian,

Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong­royong membawa maksud mengerjakan atau 
mengusahakan sesuatu secara bersama­sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang 
dilaksanakan secara bersama­sama bolehlah dianggap sebagai bergotong­royong.

Amalan bergotong­royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan 
menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk 
dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk 
mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya, sikap 
mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini.

Di kampung­kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan amalan 
ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli 
masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong­royong ini dilakukan.

Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini
yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang 
bersatu­padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung 
kepada kekerapan aktiviti bergotong­royong ini dilakukan.

Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata­kata, biarlah saya mengundurkan diri 
dahulu.
Sekian, terima kasih.

KARANGAN: GOTONG-ROYONG
Kepentingan Amalan Gotong-royong
Contoh Pendahuluan
Kegiatan gotong-royong merupakan amalan turun-temurun. Kegiatan ini masih diamalkan di kawasan
kampung. Oleh itu, kegiatan ini perlu disemarakkan kembali kerana banyak manfaatnya kepada
masyarakat.

Contoh Isi Penting


Kegiatan ini dapat mengeratkan silaturahim antara sesama kita. Masyarakat yang sejahtera dapat
diwujudkan. Usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dapat direalisasikan melalui
kegiatan seperti ini.

Contoh Penutup
Kesimpulannya, amalan ini hendaklah dipupuk kepada golongan muda. Amalan yang “tak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas” ini mampu mewujudkan sebuah negara yang bersih, harmoni, dan bersatu
padu.

Kebaikan Amalan Gotong-royong


Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja
bersama-sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampung-kampung dan
kurang dilakukan di bandar pada masa ini. Pada pendapat saya, aktiviti gotong-royong ini perlu
dihidupkan kembali dalam masyarakat di negara kita. Terdapat beberapa kebaikan amalan
gotong-royong jika diamalkan dalam kehidupan seharian.
Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja yang kita
lakukan. Dengan membuat kerja secara gotong-royong, kerja yang kita lakukan akan lebih
senang. Di kampung, majlis yang diadakan biasanya dibuat secara gotong-royong seperti majlis
perkahwinan. Dalam sesuatu majlis yang diadakan itu,, penduduk kampung akan membantu
tuan rumah khususnya dalam kerja memasak dan mendirikan khemah.
Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kerja yang
dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong.
Contohnya, gotong-royong dalam membersihkan kawasan balai raya atau sekolah. Apabila
kerja yang kita lakukan cepat siap, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa dan
tenaga.
Amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan belanja. Dalam sesetengah
keadaan, kita boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga lima puluh peratus. Sebagai contoh,
jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong, kita tidak perlu membayar upah
pekerja dan kos penyediaan makanan. Selain itu, kita juga boleh menjimatkan perbelanjaan
membina tempat menunggu bas, jika dibuat secara gotong-royong.
Di samping itu, aktiviti gotong-royong juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam
kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat
yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam aktiviti gotong-
royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong
juga dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam masyarakat.
Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat
penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.
Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan
Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak
langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum dalam kalangan rakyat, negara
kita akan terus aman dan maju.
Sebagai kesimpulan, aktiviti gotong-royong mempunyai beberapa faedah kepada
masyarakat dan negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu ‘Maufakat Membawa
Berkat’. Pada pendapat saya, pihak kerajaan boleh juga memupuk amalan gotong-royong
melalui kempen yang diadakan di televisyen dan surat khabar secara berterusan. Aktiviti
gotong-royong ini wajar diamalkan semula. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan
dengan mengamalkan budaya hidup bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian.

You might also like