You are on page 1of 3

Kepentingan gotong-royong

Untuk melahirkan anggota-anggota yang akan menjadi rakyat yang cintakan agama, bangsa
dan Negara.
Menggerak dan mendidik ahli-ahli sebagai agen-agen pembangun masyarakat dan
kemanusiaan.
Mengumpul ahli-ahli bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan, kemasyarakatan dan
rekreasi.
Mewujudkan satu jalinan kerjasama di kalangan ahli-ahli bagi menjana satu formula ke arah
mempertingkatkan penglibatan serta sumbangan mereka kepada anggota dan masyarakat umum
dalam mencapai kecemerlangan pendidikan yang berterusan, ketinggian akhlak serta kesepaduan
ilmu, iman dan amal.
Melaksanakan pelbagai aktiviti yang positif di dalam melahirkan ahli-ahli yang
berketrampilan, mapan, berilmu, bertaqwa sebagai persediaan membentuk generasi pelapis
dalam masyarakat.
Menggerakkan program sukarelawan masyarakat, seperti khidmat masyarakat, bantuan
bencana alam, gotong royong dan bantuan kecemasan.
Bersama kerajaan di dalam menangani masalah gejala social di kalangan masyarakat.
Menjalankan aktiviti perekonomian, perniagaan, pelaburan berlandaskan syarak dan pertanian
yang boleh memberikan keuntungan kepada yayasan ini dengan syarat semua wang keuntungan
yang didapati akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan
pelbagai ativiti bagi tujuan Yayasan ini.
Mengutip derma daripada orang perseorangan dan mana-mana pihak untuk tujuan Yayasan
dengan persetujuan Mesyuarat Agong serta ianya tertakluk kepada kebenaran daripada Pendaftar
Pertubuhan dan pihak berkuasa yang berkenaan.
Untuk menerima dan memegang harta-harta seperti tanah, bangunan dan lain-lain yang
difikirkan oleh Jawatankuasa Yayasan sebagai membawa manfaat kepada ahli-ahli Yayasan.
Bekerjasama dengan mana-mana yayasan, badan-badan bukan kerajaan atau badan-badan
sukarela yang dibenarkan undang-undang untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanfaat
kepada Yayasan, ahli dan masyarakat.

KEBAIKAN AMALAN GOTONG-ROYONG


Kebaikan pertama amalan gotong-royong ialah dapat memudahkan kerja. Kerja yang berat, kalau
dilakukan beramai-ramai, pastinya akan menjadi lebih mudah. Contohnya di kampung, majlis
keramaian seperti majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong. Sehari sebelum majlis
perkahwinan berlangsung gotong-royong yang dinamakan `rewang' diadakan. Penduduk
kampung akan datang beramai-ramai bagi membantu memasang khemah dan memasak untuk
majlis perkahwinan. Gotong-royong begini pastinya akan memudahkan kerja-kerja yang
dilakukan.
Amalan gotong-royong juga akan membolehkan kita menjimatkan masa dan tenaga. Sebagai
contoh, jika kerja membersihkan dan menceriakan sesuatu kawasan sekolah, dilakukan oleh
seorang pekerja, maka masa yang diperlukan mungkin selama beberapa minggu. Namun
demikian jika ia dlakukan secara gotong-royong masa yang diperlukan hanyalah satu hari sahaja.
Oleh itu, jelaslah bahawa program gotong-royong membolehkan kita menjimatkan masa dan
tenaga.
Selain itu, amalan gotong-royong juga membolehkan kita menjimatkan wang. Misalnya dalam
hal menyediakan makanan semasa hari perkahwinan, dijalankan secara gotong-royong, pasti kita
dapat menjimatkan wang. Tetapi, jika makanan tersebut ditempah daripada syarikat yang
menyediakan makanan, belanja yang perlu dikeluarkan adalah lebih tinggi. Begitu juga dengan
aktiviti kemasyarakatan yang lain seperti membina tempat menunggu bas kosnya akan lebih
rendah jika dijalankan secara gotong-royong
Kebaikan seterusnya gotong-royong ialah dapat mewujudkan persefahaman dan kemesraan di
kalangan anggota masyarakat. Amalan gotong-royong juga akan mewujudkan suasana hormatmenghormati. Contoh amalan gotong-royong ialah mengadakan sambutan hari perayaan
peringkat kampung. Pada hari itu setiap keluarga akan membawa juadah masing-masing dan
mereka akan bertukar-tukar juadah semasa jamuan diadakan. Keadaan itu pastinya menyumbang
suasana harmoni.
Aktiviti gotong-royong juga boleh membawa kepada wujudnya perpaduan di kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara kita. Justeru, banyak program yang telah disusun dan
dilaksanakan oleh kerajaan. Antara program tersebut ialah Sambutan Bulan Kemerdekaan dan
pogram Rumah Terbuka Rakyat Malaysia. Amalan gotong-royong ini adalah selari dengan hasrat
kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Masyarakat yang bersatu padu dan
aman membolehkan negara kita menjadi sebuah negara maju.

Faedah Bergotong - royong

Gotong - royong membawa maksud melakukan sesuatu kerja secara beramai-ramai


tanpa menerima upah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan secara bergotong-royong adalah
seperti membersihkan kawasan kampung, halaman rumah, kawasan sekolah dan membaiki
jambatan.
Amalan bergotong-royong boleh mendatangkan banyak faedah kepada kita. Apabila
kita menjalankan sesuatu aktiviti secara bergotong-royong, kerja yang berat akan menjadi ringan.
Kita juga akan kurang berasa letih dan bosan.
Di samping itu, kita boleh menjimatkan masa, tenaga dan wang. Hal ini demikian
kerana aktiviti bergotong-royong dijalankan secara beramai-ramai tanpa upah. Dengan adanya
kerjasama daripada semua lapisan masyarakat, sesuatu aktiviti dapat dilaksanakan dengan cepat
dan mudah.
Selain itu, kita dapat memupuk persahabatan dan sifat setiakawan. Melalui aktiviti
bergotong-royong, kita boleh berkenalan dengan jiran tetangga dan kawan-kawan baharu. Kita
akan berpeluang untuk saling memahami dan tolong-menolong. Justeru, kita dapat mengeratkan
hubungan silaturahim dalam masyarakat majmuk.
Dalam pada itu, kita boleh mewujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni.
Melalui amalan ini, kita akan bekerjasama dan bermuafakat untuk mengatasi sesuatu masalah.
Amalan ini dapat menyatukan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Kata orang, "jiran
sepakat membawa berkat".
Pendek kata, amalan yang mulia ini wajar dipupuk dalam sanubari kita demi
kesejahteraan bersama.

You might also like