Professional Documents
Culture Documents
Pada era ledakan maklumat dan dunia yang pesat membangun ini,saya pasti setiap sekolah
menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang sewajarnya untuk para murid.Antara
kemudahannya ialah sebuah koperasi.Koperasi yang dianggap tidak mempunyai faedah ini
sebenarnya mendatangkan 1001 kebaikan untuk murid-murid di sekolah.Tahukah anda
apakah maksud koperasi yang sebenar? Koperasi merupakan sebuah organisasi yang
menjalankan urusan perniagaan barangan dan perkhidmatan.Koperasi ditubuhkan megikut
Akta Koperasi.Kopersi ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam mesyuarat
agung.Semua ahli koperasi merupakan pemegang saham koperasi tersebut.Setiap sekolah
mesti mengadakan mesyuarat agung koperasi untuk melantik ahli jawatankuasanya.Jelaslah
di sini bahawa koperasi sekolah merupakan sesuatu yang penting seiring dengan perkara-
perkara lain.
Kebaikan koperasi sekolah ialah dapat memupuk semangat berniaga dalam kalangan
murid.Hal ini kerana apabila mereka berniaga di koperasi dan melayan murid lain
membeli,mereka akan berasa gembira dan akan melahirkan semangat suka untuk
berniaga.Melalui koperasi,para murid berpeluang mengetahui asas selok-belok dalam
mengendalikan urusan perniagaan.Selain itu,ahli koperasi iaitu murid-murid ini terlibat dalam
aktiviti jual beli,membuat akaun,pemasaran dan pembekalan.Semangat berniaga tidak
datang secara paksaan tetapi dengan sukarela kerana mereka mengadakan aktiviti jual beli
hampir setiap hari.Di samping itu,penguasaan matematik mereka juga akan bertambah
cekap kerana mereka sering mengira setiap kali pembelian dibuat.Jelaslah di sini
bahawa,koperasi sekolah mampu memupuk semangat untuk berniaga dalam diri murid-
murid.
Seterusnya,kebaikan koperasi sekolah ialah mengenakan harga yang murah pada
setiap barangan contohnya buku tulis,pen,pensil,kertas kajang dan sebagainya.Alatan-
alatan pelajaran ini merupakan satu keperluan rasmi bagi seorang murid untuk memulakan
pembelajaran.Para murid tidak akan mampu untuk belajar dengan baik jika kelengkapan
mereka tidak cukup.Justeru itu,mereka harus menyediakannya terlebih dahulu.Dengan
adanya koperasi sekolah,sudah tentu hal ini akan memudahkan mereka membeli barangan
keperluan sekolah mereka.Harga yang murah juga dapat membantu murid yang dari
keluarga yang kurang senang untuk belajar.Hal ini kerana mereka mampu untuk membeli
peralatan tersebut.Sudah terang lagi bersuluh bahawa meletakkan harga yang murah
merupakan salah satu daripada kebaikan koperasi.