You are on page 1of 3

PK 07- Pengurusan Mesyuarat

MINIT MESYUARAT JADUAL WAKTU SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2020

Tarikh : 20 NOVEMBER 2019


Hari : Rabu
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Makmal Chrome
Pengerusi : Pn Ramlah Binti Abd Ghani
Kehadiran :

Urus setia Mesyuarat :

1. Pn. Kamariah bte Mohd Nor

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Ramlah Bte Abd Ghani (Pengetua). . Pengerusi
juga mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang dapat hadir pada hari ini.
Pengerusi memaklumkan beliau telah menghadiri taklimat pakej mata pelajaran
menengah atas mulai tahun 2020 bersama Puan Aspalila Binti Abd Karim.

1.2 Mulai 2020 kumpulan mata pelajaran menengah atas terbahagi kepada 3 kumpulan
iaitu mata pelajaran teras, wajib dan elektif. Oleh itu pihak pengurusan sekolah perlu
menetapkan pakej mata pelajaran yang akan ditawarkan kepada para pelajar
tingkatan 4 pada tahun 2020.
Tindakan: Makluman

2. Pengesahan Minit
2.1. Tiada

3. Bangkitan Minit
3.1 Tiada perkara berbangkit

4. Taklimat Pakej Mata Pelajaran oleh Pn Aspalila


4.1 Pn Aspalila memaklumkan kumpulan mata pelajaran menengah atas iaitu Teras
mengandungi 6 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains Matematik,
Sejarah dan Pendidikan Islam/Moral. Manakala mata pelajaran wajib iaitu Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta mata pelajaran elektif dipecahkan kepada
beberapa kategori iaitu Bahasa, Pengajian Islam, Kemanusiaan dan STEM.

4.2 Berdasarkan tawaran pakej mata pelejaran elektif kelas 4 Delima masih
mengekalkan elektif STEM yang terdiri daripada mata pelajaran Kimia, Fizik, Biologi
dan Matematik Tambahan. Jumlah matapelajaran yang diambil sebanyak 10 mata
pelajaran.

4.3 Manakala kelas 4 Zamrud pula pakej elektif yang ditawarkan elektif Satera Ikhitsas
dan Kemanusiaan iaitu mata pelajaran Prinsip Perakuanan dan Perniagaan. Mata
pelajaran Matematik Tambahan tidak ditawarkan memandangkan tahap pencapaian
PK 07- Pengurusan Mesyuarat

para pelajar terutama matematik tidak memenuhi kelayakan. Oleh itu jumlah mata
pelajaran yang ditawarkan ialah 8 mata pelajaran.

4.4 Pakej elektif kelas 4 Berlian yang ditawarkan hanya mata pelajaran Pendidikan Seni.
Para pelajar akan mengambil 7 subjek sahaja untuk Sijil Pelajaran Malaysia agar tidak
membebankan para pelajar yang lemah.

4.5 Puan pengetua berharap GKMP menyediakan workload jadual waktu setelah
berbincang dengan ketua panitia masing-masing. Pastikan jumlah waktu mengajar
guru-guru seimbang.

4.4 Puan Aspalila memaklumkan memandangkan 4 Berlian tidak lagi ditawarkan mata
pelajaran perniagaan mulai tahun depan, jumlah 5 waktu tersebut akan diagihkan
kepada subjek teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah , Sains, Matematik
dan pendidikan seni).

Tindakan: GKMP

5. Hal-hal lain
5.1 Pn pengetua memohon agar mengingatkan Kaunselor menyediakan borang tawaran
pakej dan satu taklimat perlu diadakan kepada para pelajar tingkatan 4 pada minggu
orientasi 2020.

5.2 Pn Kamariah memohon agar pihak pentadbir menetapkan jumlah waktu guru yang
memegang jawatan penting seperti guru data, guru perpustakaan dan media, guru
disiplin berdasarkan pekeliling jadual waktu.
5.3 Pn pengetua maklumkan guru-guru yang memegang jawatan penting seperti Penolong
Kanan tidak melebihi 18 waktu dan Guru Kanan Mata pelajaran jumlah waktu tidak
melebihi 20 waktu. Manakala guru-guru yang memegang jawatan yang dilantik oleh
Jabatan Pendidikan Johor berdasarkan pekeliling yang ditetapkan.

Tindakan: PK Pentadbiran
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………….. …………………………….
KAMARIAH BINTI MOHD NOR
Penolong Setiausaha Jadual Waktu
PK 07- Pengurusan Mesyuarat

You might also like