You are on page 1of 3

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.

Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan


sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah ‘Faedah Menabung’.

Hadirin sekalian,

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk


keperluan pada masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang
perbelanjaan seharian untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita. Wang tabungan
yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk pelbagai perkara yang penting pada
masa hadapan.

Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa diperlukan.
Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli barang keperluan
sekolah. Ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika waktu itu
mereka kekurangan wang dan sebagainya.

Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan
merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini akan
menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak
dibelanjakan sesuka hati.

Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas sesuatu


peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku idaman
yang jarang-jarang ditemui dengan menggunakan wang simpanan. Ini tentu
mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang sudah lama diidamkan sedangkan
pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu untuk membelinya.

Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain. Contohnya,


kita boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran yuran sekolah
adik jika pada masa itu ibu bapa kita memerlukannya. Ini akan mengeratkan tali
persaudaraan kerana membantu mereka ketika dalam kesusahan.

Sekian, Terima kasih


Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi
menegakkan kebenaran, guru-guru dan rakan-rakan Tajuk syarahan yang akan saya
sampaikan pada hari ini ialah “Cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan
kanak-kanak”.

Hadirin yang dihormati,

Kanak-kanak seperti kain putih. Terpulanglah kepada cara didikan ibu bapa
untuk membentuk anak mereka. Jika ibu bapa ingin melihat anak mereka minat
membaca buku, maka biasakanlah diri mereka dengan buku-buku. Ibu bapa mestilah
memperuntukkan sejumlah wang pada setiap bulan untuk membeli buku bagi anak-
anak mereka. Penuhkanlah bilik mereka dengan pelbagai jenis buku. Ibu bapa juga
boleh membawa anak-anak mereka ke kedai buku atau ke pameran buku jika
berkesempatan.

Selain itu, ibu bapa dan anggota keluarga yang lain juga perlu menjadi contoh
kepada anak mereka dalam semua perkara. Jika anggota sesebuah keluarga suka
membaca buku, maka tidak hairanlah jika anak mereka juga akan suka membaca buku.
Ibu bapa mestilah mengurangkan hobu lain dan serlahkan minat membaca buku atau
majalah agar anak-anak meneladani tabiat suka membaca buku yang ditonjolkan oleh
ibu bapa.

Selain itu, ibu bapa atau orang yang terdekat boleh memberi hadiah atau pujian
kepada kanak-kanak sebagai galakan. Hal ini akan merangsang minat kanak-kanak
untuk membaca dengan lebih kerap lagi. Hadiah yang diberi semasa menyambut
keramaian seperti hari jadi juga mestilah berupa buku yang menjadi idaman atau
kegemaran anak-anak.

Sekian, terima kasih


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru dan rakan-rakan yag dikasihi
sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk
“Keselamatan di jalan raya tanggungjawab bersama”.

Seperti yang kita sedia maklum, sejak kebelakangan ini, kes kemalangan di jalan
raya semakin menjadi-jadi. Hal ini semakin serius, terutamanya pada musim perayaan
seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.

Sikap kurang sopan pengguna jalan raya menyumbangkan pertambahan kes


kemalangan di jalan raya. Sikap ini termasuklah menggunakan telefon bimbit ketika
memandu, berhenti di bahu jalan sesuka hati tanpa sebab-sebab kecemasan, dan tidak
menghormati pemandu lain seperti berlumba di atas jalan raya. Hal ini menyusahkan
diri sendiri dan orang lain juga.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Untuk menjadikan jalan raya sebagai tempat yang selamat digunakan, kita
sebagai pengguna jalan raya juga memainkan peranan yang penting. Hal ini adalah
dengan mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan, mematuhi lampu
isyarat, dan tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Walaupun perkara ini
kecil di mata kita, namun dapat memberikan impak yang negatif sekiranya tidak dipatuhi.

Kita mestilah bersama-sama memastikan jalan raya sentiasa selamat dan


kemalangan tidak akan berlaku. Patuhilah slogan “Berhati-hati di jalan raya” dan “Pandu
cermat jiwa selamat”

You might also like