You are on page 1of 4

Contoh Karangan - Fakta

Murid-murid digalakkan menabung. Tulis sebuah karangan


tentang faedah-faedah menabung.


Menabung ialah amalan baik. Oleh itu, kita digalakkan
menabung sejak kecil. Kita boleh menyimpan wang di dalam bank
atau tabung.
Menabung mempunyai banyak faedah. Antaranya ialah wang
simpanan boleh digunakan semasa kecemasan atau terdesak.
Contohnya apabila menghidapi penyakit, wang simpanan boleh
digunakan untuk membayar kos perubatan.
Selain itu, wang simpanan boleh memudahkan kita berbelanja
untuk membeli sesuatu barang yang dihajati seperti buku rujukan,
komputer, basikal, dan lain-lain lagi. Dengan ini, kita tidak perlu
bergantung kepada ibu bapa dan dapat meringankan beban
mereka. Kita juga boleh menggunakan wang simpanan untuk
membayar yuran persekolahan.
Di samping itu, kita boleh mendermakan wang kepada orang
yang menghadapi masalah seperti rumah anak yatim, mangsa
banjir, mangsa kebakaran, rumah orang tua, dan sebagainya.
Wang yang kita dermakan itu boleh membantu mereka untuk
menyelesaikan masalah.
Menabung juga boleh melatih kita berjimat-cermat. Dengan ini,
kita tidak akan bersikap boros berbelanja untuk membeli sesuatu
yang tidak penting. Kita juga boleh menggunakan wang simpanan
untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. Dengan ini, masa
depan kita akan terjamin.
Bak kata perpatah sediakan payung sebelum hujan. Saya
berharap orang ramai akan mengamalkan sikap menabung
kerana menabung mempunyai banyak faedah.

Faedah Menabung
Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa
hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil.
Menabung memberi banyak faedah kepada kita.
Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan
sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang
segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan
air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi
ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan.
Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang
perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-
barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa
bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan
berdikari itu.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa
kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk
mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan
jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita
tidak perlu meminta-minta kepada orang lain.

Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita.
Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat
sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh
digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru
kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang
lain.

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak
manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat
sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari
sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Faedah-faedah Menabung

Menabung merupakan amalan yang harus dipupuk sejak kecil
lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biar daripada rebungnya.
Pelbagai faedah dapat diperoleh daripada amalan menabung.

Amalan menabung dapat membentuk diri menjadi insan yang
berjimat-cermat. Kita akan sentiasa berhati-hati sewaktu membeli
barang. Kita dapat membezakan antara barang yang perlu dan
barang yang diinginkan.

Selain itu, amalan menabung dapat membantu kita sewaktu
diperlukan. Wang tabungan dapat digunakan untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Kita tidak perlu meminjam
kerana perkara tersebut tidak harus diamalkan.

Amalan menabung juga dapat meringankan bebanan kewangan
ibu bapa. Kita tidak perlu mengharapkan wang ibu bapa. Wang
tabungan kita boleh digunakan untuk membeli buku rujukan atau
alat tulis. Kita sebenarnya dapat meringankan bebanan
kewangan ibu bapa dan menjadi anak yang lebih
bertanggungjawab.

Di samping itu, wang tabungan dapat digunakan untuk
melanjutkan pelajaran. Sekiranya kita memerlukan wang untuk
membayar yuran dan peralatan yang diperlukan,kita boleh
menggunakan wang tabungan. Kita sebenarnya telah merancang
kewangan dengan baik.

Kesimpulannya, amalan menabung harus diamalkan oleh semua
orang. Amalan menabung dapat membantu kita menjalani
kehidupan dengan lebih berkualiti.

You might also like