You are on page 1of 2

Kita sentiasa digalakkan menabung.

Tulis sebuah karangan mengenai faedah menabung.

Menabung bermakna menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung
perlu perlu dipupuk sejak kecil.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu kita
perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke
sekolah. Justeru baki duit yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan didalam tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk
menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke univesiti.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga
boleh digunakan untu mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan apabila
keluarga ditimpa musibah.

Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang didalam bank,
kita akan mendapat sebahagian keuntungan bank. Wang ini boleh digunakan untuk kehidupan masa
hadapan.

Sesungguhnya menabung adalah amalan yang mulia. Oleh itu mulalah menabung dari sekarang
kerana sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Kamu telah terpilih sebagai Tokoh Olahragaan Sekolah


Kamu diminta menyampaikan syarahan tentang faedah-faedah bersukan.
Tulis syarahan tersebut selengkapnya.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru
serta rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah
”Faedah Bersukan”.

Hadirin yang dikasihi,


Bersukan penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Jika bersukan, tubuh kita sentiasa cergas
manakala minda pula menjadi cerdas. Keadaan ini pastinya dapat meningkatkan pretasi
murid.

Sukan juga berupaya memupuk semangat positif. Antaranya semangat juang, semangat
sepasukan, serta semangat kesukanan. Pemupukan ini akan membentuk jati diri murid itu
sendiri.

Hadirin yang dihormati,


Di samping itu, bersukan memupuk perpaduan dalam karangan masyarakat. Apatah lagi
Malaysia, percampuran pelbagai kaum dalam bidang sukan akan membentuk warga yang
harmoni.

Selain itu sukan akan meningkatkan imej murid di mata masyarakat. Murid yang berbakat
dalam bidang sukan diberi layanan istimewa. Lebih-lebih lagi sukan kini menjadi sebahagian
daripada kerjaya.

Justeru, jadikan sukan amalan sepanjang hayat. Jika murid sihat, produktiviti negara akan
meningkat.

You might also like