You are on page 1of 3

Faedah Bersukan

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif


lagi bijaksana, guru-guru serta rakan sekalian. Salam sejahtera
saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah ”Faedah
Bersukan”.

Hadirin yang dikasihi,


  Bersukan penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Jika
bersukan, tubuh kita sentiasa cergas manakala minda pula
menjadi cerdas. Keadaan ini pastinya dapat meningkatkan
pretasi murid.

  Sukan juga berupaya memupuk semangat positif. Antaranya


semangat juang, semangat sepasukan, serta semangat
kesukanan. Pemupukan ini akan membentuk jati diri murid itu
sendiri.

Hadirin yang dihormati,


  Di samping itu, bersukan memupuk perpaduan dalam
karangan masyarakat. Apatah lagi Malaysia, percampuran
pelbagai kaum dalam bidang sukan akan membentuk warga yang
harmoni.

  Selain itu sukan akan meningkatkan imej murid di mata


masyarakat. Murid yang berbakat dalam bidang sukan diberi
layanan istimewa. Lebih-lebih lagi sukan kini menjadi sebahagian
daripada kerjaya.
  Justeru, jadikan sukan amalan sepanjang hayat. Jika murid
sihat, produktiviti negara akan meningkat.
Tanggungjawab Sebagai Seorang Anak terhadap Ibu Bapa

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif


lagi bijaksana, guru-guru serta rakan sekalian. Salam sejahtera
saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah
“Tanggungjawab Sebagai Seorang Anak terhadap Ibu Bapa”.

Hadirin yang dihormati,


Ibu bapa adalah insan yang paling bermakna dalam hidup
kita. Tanpa mereka, kita tidak mungkin wujud di dunia ini.
Mereka telah banyak berkorban untuk kita. Sejak kita lahir
sehingga dewasa, merekalah yang membesar dan mendidik kita
tanpa jemu. Jadi, apabila dewasa kita mestilah membalas jasa
mereka walaupun mereka tidak pernah minta dibalas.

Kita hendaklah berbakti kepada ibu bapa. Lebih-lebih lagi di


saat mereka memerlukan kasih sayang seorang anak ketika usia
mereka semakin lanjut dan uzur. Ketika itulah, perhatian dan
kasih sayang kita harus berikan kepada mereka sebagaimana
mereka memelihara kita dengan penuh kasih sayang. Curahkan
kasih sayang tanpa berbelah bagi kepada mereka.

Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, berbaktilah


dan hargailah jasa mereka ketika masih berkesempatan. Kasih
sayang mereka tiada ternilai dengan wang ringgit.
Sekian, terima kasih.

You might also like