You are on page 1of 11

ISI KANDUNGAN

1. CARTA ORGANISASI

2. ATURCARA MAJLIS -I. NYANYIAN TIGA BUAH LAGU iiiiiiLAGU NEGARAKU LAGU NEGERI KEDAH LAGU SK. SULTAN MUDZAFFAR SHAH

-II. -III. -IV. -V.

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS UCAPAN PENOLONG KANAN PENYAMPAIAN SIJIL UCAPAN GURU BESAR

3. DOKUMENTASI BERGAMBAR

CARTA ORGANISASI PERHIMPUNAN MINGGUAN UNIT PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH SKSMS

BULAN SABIT MERAH. PENASIHAT PN. KAMARIAH BT ABD MANAN (GURU BESAR) PENGERUSI PN. JAMILAH BT ZAINOL PENOLONG KANAN KOKURIKULUM NAIB PENGERUSI PN. RATIAH BT BAN PENOLONG KANAN 1 SETIAUSAHA EN. FAIRUZ BIN SAMSUDIN KETUA UNIT BULAN SABIT MERAH AHLI JAWATANKUASA PN. SAKINAH BT MUSA (SU) PN. UMI KALTHOM BT MAN PN. NORIZAH BT ZAINOL PN. ZAHARAH BT MD DESA EN. GAFRI BIN ABDULLAH PN. NAPISAH BT HASSAN PN. ROFIZAH BT OSMAN PN SYAMILAH BT SALLEH PN. ASHIDA BT ISMAIL PENGACARA MUHAMMAD IZZAD BIN HABIB BACAAN DOA MUHAMAD ARIF ASNAWI BIN MAT ZAKI WAKIL UCAPAN GURU NUR MAISARAH SAID BT AZLAN GIMIK BULAN SABIT MERAH

SERU

: PBSM!

BALAS : SIAP SEDIA TEPUK 2X SIREN AMBULAN 3X (NE NO NE NO NE NO)

SKRIP MINGGUAN

MINGGU KOKURIKULUM

UNIT PAKAIAN SERAGAM BULAN SABIT MERAH

ARAHAN PBSM

DIMINTA SEMUA MURID SUPAYA DUDUK!! (apabila murid semua telah duduk) DUDUK SEDIA! (Murid menegakkan badan sambil duduk) DUDUK SENANG! (Murid menjatuhkan badan) DUDUK SEDIA! (Murid menegakkan badan sambil duduk) DUDUK SENANG! (Murid menjatuhkan badan)

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Yang saya muliakan PUAN KAMARIAH BT ABD MANAN, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Mudzaffar Shah. Yang saya sanjungi, PUAN HAJAH RATIAH BT BAN, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan yang berusaha PUAN JAMILAH BT ZAINOL, Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Yang saya hormati guru-guru penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah dan terakhirnya, barisan guru dan rakan-rakan sekalian. Saya, MUHAMMAD IZZAD BIN HABIB, akan mengacarakan majlis pada hari ini. Seperti yang terkandung di dalam agenda kokurikulum sekolah, Unit Pakaian Seragam PBSM telah diamanahkan untuk mengemudi perhimpunan pada hari ini. Sebagai makluman, hari ini, Ahad, 18 Mac 2012 Masihi bersamaan dengan 25 Rabiulakhir 1344 Hijriah merupakan minggu ketiga persekolahan pada hari ini. Guru yang bertugas pada minggu ini bagi tahap 2 ialah:
-

PN ASHIDA BT ISMAIL yang merupakan guru penasihat PBSM Dan EN. MOHD NIZAM B. ISMAIL

Guru yang bertugas bagi tahap 1 pula ialah: PN. LATIPAH BT. ABD. RAHMAN PN. SAKINAAH BT. DARUS

Tema kita pada minggu ini ialah: Budaya Menabung. Kawan-kawan, Bagi memberkati majlis kita pada pagi yang indah ini, marilah kita sama-sama mengaminkan lafaz doa daripada MUHAMAD ARIF ASNAWI BIN MAT ZAKI. Majlis mempersilakan.

Terima kasih kepada MUHAMAD ARIF ASNAWI BIN MAT ZAKI atas lafaz doa yang di bacakan sebentar tadi.

Kawan-kawan, Perhimpunan pagi ini akan diserikan lagi dengan nyanyian tiga rangkaian lagu iaitu: -LAGU NEGARAKU -LAGU NEGERI KEDAH -DAN LAGU SKSMS Kawan-kawan, Majlis seterusnya menjemput wakil murid PBSM NUR MAISARAH SAID BT AZLAN bagi menyampaikan teks Faedah Menabung yang telah disediakan oleh cikgu Ashida Bt Ismail. Oleh itu marilah sama-sama kita menghayati isi penting yang akan disampaikan sebentar nanti. Majlis mempersilakan.

Faedah Menabung Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan, Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Menabung memberi banyak faedah kepada kita. Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi oleh ibu bapa dapat disimpan di dalam tabung. Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga dapat membantu kita membeli barang keperluan diri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu. Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit, wang tersebut boleh digunakan untuk mendapat rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru, kita tidak perlu meminta-minta daripada orang lain. Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan dapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru, kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain.

Terima kasih kepada NUR MAISARAH SAID BT AZLAN PBSM! (Siap Sedia(tepuk 2x)NeNo NeNo NeNo)

Seterusnya, Majlis sukacita dan berbesar hati menjemput Penolong Kanan Kokurikulum SKSMS, PN JAMILAH BT ZAINOL dan penyelaras unit pakaian seragam, EN HAMIZAN B. IBRAHIM mengiringi Guru Besar, PN KAMARIAH BT ABD MANAN untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian sijil. Dengan penuh hormatnya dijemput (Semasa jemputan berjalan untuk naik kepentas..pengerusi menyambung ucapan di bawah) Bagi menghargai semangat juang wirawati dan wirawan kita dalam mengharumkan nama sekolah, marilah sama-sama kita menghadiahkan tepukan penghargaan kepada mereka. Tepuk sekali Tepuk dua kali Tepuk tiga kali Nama-nama yang akan disebut ini diminta untuk naik kepentas: 1- Dijemput peserta Karnival Pendidikan Islam naik kepentas -Bagi acara Tilawah dijemput

-Bagi acara Hafazan dijemput

-Bagi acara Kuiz dijemput

-Bagi acara Bercerita dijemput

-Bagi acara Nasyid dijemput

2-Seterusnya dijemput pasukan bolasepak sekolah untuk tampil ke pentas 3-Seterusnya penganugerahan untuk pasukan olahraga sekolah Dijemput

4- Seterusnya dijemput pasukan bola jarring sekolah untuk naik ke pentas. 5- Penyampaian seterusnya kepada: 1. Mohd Zubaidi B. Roskamaruzzaman Dalam acara 7th Nestle Koko Krunch junior Taekwondo Championship 201

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar di atas kesudiannya menyempurnakan penyampaian sijil-sijil sebentar tadi. PBSM! (Siap Sedia(tepuk 2x)NeNo NeNo NeNo) Bagi menyemarakkan lagi api juang yang telah dinyalakan oleh prajuritprajurit sekolah kita, marilah sekali lagi kita memberikan tepukan galakan kepada mereka Tepuk sekali Tepuk dua kali Tepuk tiga kali

Tepuk berkali-kali Sebagai penyedap rasa majlis perhimpunan kita pada pagi yang indah ini Unit PBSM sukacita menjemput Puan Kamariah Bt Abd Manan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Mudzaffar Shah bagi menyampaikan amanatnya. Dengan itu, majlis mempersilakan. (Guru Besar Berucap) Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan Tuan Guru Besar sebentar tadi. PBSM! (Siap SediaTepuk 2x NeNo NeNo NeNo) PBSM! (Siap SediaTepuk 2x NeNo NeNo NeNo) PBSM! (Siap SediaTepuk 2x NeNo NeNo NeNo)

Para pengawas diminta supaya mengambil tempat masing-masing bagi tugasan pengawalan. Majlis Bersurai.

You might also like