You are on page 1of 15

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim, barisan pembangkang dan hadirin sekalian.

Saya bagi pihak pencadang tetap menyokong bahawa Tinggal di Kampung Lebih Baik Daripada Tinggal di Bandar. Hadirin sekalian, Kampung merupakan tempat yang mempunyai alam semulajadi yang terpelihara. Bandar pula ialah satu tempat yang pesat dengan kemajuan pembangunan. Udara di kampung lebih bersih dan segar berbanding udara di bandar kerana udara di bandar telah dicemari oleh asap-asap dan debu-debu yang dikeluarkan daripada kilang-kilang dan kenderaan. Selain itu, masyarakat di kampung lebih mengutamakan semangat kerjasama dan perpaduan antara penduduk. Sebaliknya penduduk di bandar pula hanya mementingkan diri sendiri. Berbanding dengan kawasan bandar, di kampung harga makanan dan minuman masih rendah. Pelbagai jenis ulaman dapat diperolehi secara percuma seperti pucuk paku, pucuk ubi, rebung dan lain-lain lagi. Jelas, hidup di kampung lebih harmoni dan terhindar daripada pencemaran air, bunyi dan udara. Kita akan sentiasa hidup lebih selesa. Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya menegaskan bahawa tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Sekian, terima kasih.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim, barisan pembangkang dan hadirin sekalian. Saya bagi pihak pencadang tetap menyokong bahawa Kesihatan Lebih Penting daripada Kekayaan. Hadirin sekalian, Kesihatan adalah satu keadaan yang bebas daripada sebarang Penyakit. Kesihatan juga nadi kebahagiaan seseorang. Tanpa kesihatan Yang baik, tidak akan wujud kebahagiaan pada seseorang. Sebaliknya Kita tetap akan hidup dengan bahagia walaupun tidak kaya. Sesungguhnya wang dan kekayaan tidak dapat memberi kebahagiaan Jika kesihatan seseorang itu terjejas. Jadi, kita perlu menjaga kesihatan Diri sepanjang masa. Ini kerana kekayaan yang sebanyak mana pun, Tidak akan dapat membeli kesihatan yang baik. Cogan kata Rakyat Sihat Negara Maju amat mendalam maknanya. Menjelaskan bahawa Sesebuah Negara akan menjadi maju sekiranya rakyat berada dalam Keadaan sihat sejahtera. Sebelum mengundur diri, sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa Kesihatan lebih penting daripada kekayaan. Sekian, terima kasih.

Ramli Rosli Ramli Tokoh

: Selamat pagi Rosli. : Selamat pagi. : Saya dari Majalah Delima sekolah kita ingin menemuramah saudara berkaitan dengan pemilihan saudara sebagai kanak-kanak sekolah kita pada tahun ini.

Rosli Ramli

: Silakan, tiada halangan. : Terlebih dahulu saya mewakili rakan-rakan mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara pada tahun ini.

Rosli Ramli Tokoh

: Terima kasih. : Apakah perasaan saudara apabila diumumkan sebagai kanak-kanak bagi tahun ini.

Rosli sebagai

: Saya begitu terkejut apabila nama saya di umumkan pemenang. Tambahan pula ramai rakan kita yang lain

bersyukur

mempunyai peluang yang sama seperti saya. Saya atas pemilihan ini.

Ramli Rosli

: Siapakah yang mendorong saudara kali ini ? : Ibu bapa dan rakan-rakan saya banyak memberi dorongan kepada saya.

Ramli Rosli

: Siapakah yang menjadi inspirasi saudara ? : Kejayaan yang telah dicapai oleh Datuk Seri Anuar Ibrahim yang menjadi inspirasi saya.

Ramli Rosli Ramli

: Apakah cita-cita saudara ? : Cita-cita saya ialah menjadi seorang doktor. : Apakah pesanan yang ingin saudara berikan kepada

rakan-rakan saudara kita yang lain ? Rosli : Saya berharap rakan-rakan akan terus menjaga disiplin kerana disiplin membantu kita mencapai kejayaan dalam pelajaran. Ramli : Terima kasih saudara kerana sudi melaungkan masa untuk ditemuramah. Saya berharap semoga saudara akan terus berjaya pada masa yang akan datang. Rosli : Sama-sama, jumpa lagi.

Nawi

: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu Man Nawi adalah bertugas

: Selamat pagi. : Saya Nawi dari kelas 6 Jauhari. Tujuan saya ke mari untuk menemuramah cikgu. Sejak bilakah cikgu di sekolah ini ?

Cikgu Man Nawi

: Cikgu mula berkhidmat di sekolah ini pada tahun 1994. : Bagaimanakah perasaan cikgu apabila diarahkan bertukar ke sekolah lain ?

Cikgu Man sekolah ini. Nawi Cikgu Man

: Cikgu berasa amat sedih kerana terpaksa bertukar ke sekolah lain. Cikgu amat sayang dengan murid

: Ke manakah cikgu akan ditukarkan ? : Cikgu akan ditukarkan jauh dari sekolah ini iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Nawi

: Apakah pengalaman paling manis yang cikgu alami semasa berkhidmat di sekolah ini ?

Cikgu Man ini.

: Banyak pengalaman manis yang cikgu alami di sekolah Antaranya ialah pada tahun 1996, cikgu telah di anugerahkan sebagai Guru Cemerlang di peringkat negeri.

Nawi Cikgu Man

: Apakah nasihat cikgu kepada murid-murid sekolah ini ? : Cikgu berharap agar semua murid di sekolah ini belajar rajin-rajin dan mematuhi peraturan sekolah juga taat kepada ibu bapa dan guru.

Nawi

: Saya mengucapkan terima kasih kepada cikgu kerana sudi melaungkan masa untuk ditemuramah.

Cikgu Man

: Sama-sama.

Mohd Firdaus Bin Mamat, Kampung Jerong Surau, 21040 Marang, Terengganu.

Tuan Pengurus, Pustaka Seri Intan, 47500 Petaling Jaya, Selangor. OGOS 2003 Tuan, Memesan Buku Cerita DBP Berhubung perkara di atas, saya, Mohd Firdaus Bin Mamat, ingin memesan beberapa buah buku cerita terbitan DBP daripada syarikat Tuan. 2. Buku-buku tersebut adalah seperti berikut : a) Guruku Ibuku b) Laila Adikku c) Selamat Tinggal Teman d) Kabus Senja JUMLAH 3. - RM 3.50 - RM 5.00 - RM 5.00 - RM 6.50 RM 20.00 16

Bersama-sama ini, saya sertakan wang kiriman pos bernombor

896461 yang bernilai RM 20.00 (Ringgit Malaysia : Dua puluh sahaja) bagi perbelanjaan harga buku dengan pos. 4. Harapan saya semoga pihak tuan dapat mengirimkan dengan

kadar segera buku-buku dipesan tersebut. Sekian, terima kasih. Yang benar, Mohd Firdaus Mamat (MOHD FIRDAUS BIN MAMAT) Mohd Husaini Bin Mohd, Kampung Jerong Surau, 21040 Marang, Terengganu.

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Jerong, 21040 Marang, Terengganu. OGOS 2003 Tuan, Pohon Cuti Berhububung perkara di atas, saya Mohd Husaini Bin Mohd, murid Tahun Enam Bestari ingin memohon cuti selama empat hari bermula 17 Ogos hingga 19 Ogos 2003. 2. Tujuan saya memohon cuti adalah untuk menjaga ibu saya yang 16

sedang dirawat di Hospital Besar, Kuala Terengganu. Menurut doktor yang merawatnya, ibu saya mengidap penyakit jantung berlubang dan perlu menjalani pembedahan serta mendapat rawatan rapi daripada doktor pakar yang didatangkan khas dari Hospital Universiti, Kuala Lumpur. 3. Oleh kerana peperiksaan akan dijalankan pada masa saya bercuti, saya pohon jasa baik tuan agar membenarkan saya menduduki peperiksaan apabila saya hadir semula ke sekolah. 4. Saya sudah berjanji akan mengikuti segala pelajaran yang diajar

oleh guru semasa ketiadaan saya melalaui kawan-kawan. Kerjasama dan kelulusan tuan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar, Mohd Husaini Bin Mohd (MOHD HUSAINI BIN MOHD) Pelajar Tahun Enam Bestari, Sekolah Kebangsaan Jerong.

Sabtu, 16 Ogos 2003 7.30 pagi Bas sekolah ke destinasi. Terpancar cahaya keriangan pada wajah masing-masing. 9.00 pagi Tiba di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala

Terengganu. Kami disambut mesra oleh sekumpulan pengawas dan seorang guru. 9.30 pagi Selepas ucapan alu-aluan yang ringkas, kami dibawa Melawat kawasan sekolah yang cantik dan bersih itu. Kami bernasib baik kerana berpeluang menyaksikan pasukan pancaragam sedang berlatih. Memang hebat persembahan mereka. 10.30 pagi Lawatan ke perpustakaan. Memang besar dan banyak cuti, rujukan. sekali buku dan bahan bacaan di situ. Walaupun hari tetapi penuh dengan pelajar yang tekun membuat

11.30 pagi Melawat bilik computer yang serba canggih. Kami diberitahu bahawa pelajar diberi banyak kelonggaran untuk menggunakan kemudahan computer di situ. 12.00 tengah hari bahasa, oleh - Lawatan ke bilik-bilik darjah, makmal sains, makmal dan bilik-bilik persatuan. Kami diberi taklimat ringkas beberapa orang pengawas yang mengiringi kami. 1.00 tengah hari - Jamuan makan tengah hari di kantin yang bersih dan menarik hiasannya. 2.00 petang Bertolak balik ke Sekolah Kebangsaan Jerong. Tersemat cita-cita untuk kembali semula sebagai seorang pelajar di Sekolah Sultan Sulaiman itu !

8.00 pagi 8.15 pagi

: Ibu bapa dan para jemputan mengambil tempat. : Ketibaan Tuan Pengawai Pendidikan Daerah Marang, Encik Kadir Bin Othman, diiringi oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jerong, Encik Rawi Bin Ibrahim.

8.30 pagi ketua

: Pembarisan lintas hormat dan baccan ikrar oleh murid.

8.45 pagi 9.00 pagi

: Ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar. : Ucapan perasmian oleh Tuan Pengawai Pendidikan Daerah.

9.15 pagi

: Acara sukaneka bermula : (a) Acara lari dalam guni (b) Memecah belon (c) Mencari gula-gula dalam tepung (d) mengisi air dalam botol

10.30 pagi

: Acara padang balapan : (a) Olahraga 100 meter, 200 meter, 4x100 meter, 400 meter, 4x400 meter, 800 meter, 1500 meter (b) Lompat jauh (c) Lompat tinggi (d) Lontar peluru (e) Lontar lembing

3.00 petang

: Upacara penyampaian hadiah oleh Tuan Pendidikan Daerah Marang.

3.30 petang

: Jamuan ringan dan bersurai.

16 Ogos (Sabtu) 8.00 pagi 8.30 pagi : Pendaftaran peserta kursus. : Taklimat tentang kursus menghadapi UPSR.

9.00 pagi

: Ceramah I Teknik belajar Penceramah : Encik Firdaus Bin Saaban

10.30 pagi 11.00 pagi

: Minum pagi. : Ceramah II Kemahiran berfikir Penceramah : Puan Ziela Binti Zukri

12.30 tengah hari : Makan tengah hari dan solat zohor berjemaah. 2.00 petang 3.00 petang 4.30 petang : Latihan UPSR secara berkumpulan. : Pembentangan kertas kerja. : Minum petang dan bersurai.

Sabtu, 16 Ogos 2003 7.30 pagi dalam : Murid-murid mengambil tempat masing-masing di dewan. 8.00 pagi : Para jemputan mengambil tempat masing-masing di dalam dewan.

8.15 pagi dengan

: Ketibaan Pengarah Pendidikan Daerah Marang diiringi oleh Tuan Pengerusi Majlis.

8.40 pagi Ibrahim. 9.00 pagi

: Ucapan oleh Tuan Guru Besar, Encik Rawi Bin

: Ucapan perasmian majlis oleh Tuan Pengarah Pendidikan Daerah Marang.

9.15 pagi tahun

: Persembahan nyanyian dan lakonan oleh murid enam.

10.00 pagi 10.30 pagi 11.05 pagi 11.30 pagi

: Penyampaian hadiah kepda murid cemerlang. : Penyampaian sijil. : Majlis jamuan ringan di kantin sekolah. : Majlis bersurai.

LAPORAN MAJLIS HARI KELUARGA SK.JERONG Pada 16 Ogos 2003, Sekolah Kebangsaan Jerong telah mengadakan Majlis hari keluarga. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi.

Ramai ibu bapa yang hadir ke majlis itu. Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturahim Antara guru-guru dengan ibu bapa. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Talha bin Haji Ismail, ADUN Kawasan Pengkalan Berangan. Suasana majlis tersebut amat meriah dengan tepuk sorak daripada ibu Bapa yang memberi sokongan kepada rakan-rakan mereka. Pelbagai pertandingan telah diadakan, antaranya ialah pertandingan Tarik tali, meniup belon dan mengupas kelapa. Majlis itu selesai pada pukul 11.00 pagi. Dilaporkan oleh, Ogos 2003 Bahron Bin Samion Setiahusaha, Majlis Hari Keluarga. 18

You might also like