You are on page 1of 3

SKRIP

MASA Tentatif Pengacara


7.45 Ucapan alu Yang berusaha, Puan Norlia Bt Mohd Shahari, Guru
aluan Besar Sekolah Kebangsaan Perempuan Island,
Yang dihormati, Barisan Guru Penolong Kanan,
Pn. Fauziah Bt Mohd Noor, Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn Sarina Bt Saad, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
Pn.Saravana Devi A/P Palanisamy Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Guru-guru yang disayangi seterusnya
Rakan-rakan murid sekalian..

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis Hari Kanak-kanak yang penuh ceria

Sambutan Hari Kanak-Kanak merupakan sambutan yang disambut pada setiap


tahun oleh banyak negara tidak terkecuali di Malaysia. Namun, sambutannya
disambut pada tarikh yang berbeza-beza bagi setiap negara. Ada di
sesetengah negara yang menjadikan Hari Kanak-Kanak sebagai hari cuti umum.

Di Malaysia, Sambutan Hari Kanak-Kanak disambut pada hari Sabtu Minggu


keempat di bulan Oktober pada setiap tahun. Ia bertujuan untuk meraikan
dan menghargai kanak-kanak disamping kesedaran terhadap memelihara isu,
hak, masa depan, perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di Malaysia.

Sebagai membuktikan keprihatinan masyarakat terhadap kebajikan dan


kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah di bawah anjuran Unit Hal Ehwal
Murid (HEM) meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan menganjurkan
program ini di sekolah .

Nyanyian lagu Hadirin sekalian, bagi memulakan majlis kita pagi ini, marilah bersama –sama
Negaraku, menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah. Hadirin
Negeri Kita diminta berdiri.
dan lagu
sekolah
Bacaan doa Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan ini menjemput
Ustaz Mohammad Azlan B Aziz untuk membacakan doa. Dipersilakan.

Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz


Mohammad Azlan atas bacaan doa sebentar tadi.
Ucapan Wakil Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput
Murid ………………………………………………..ucapan wakil murid. Dipersilakan.
Terima kasih kepada saudari ………………………………. di atas ucapan itu tadi.
Ucapan Guru Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Yang berusaha, Pn Norlia Bt
Besar Mohd Shahari Guru Besar SK Perempuan Island untuk menyampaikan ucapan
perasmian. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.........
…………………………………………………………………………………………………….

Buah Longan beli sekati,


Buat makan di atas jambatan,
Pesanmu Cikgu kami ingati,
Jadi azimat dalam ingatan.

Terima Kasih diucapkan kepada Pn Guru Besar di atas ucapan yang bermakna
itu tadi.
Persembahan Sekarang tibalah acara yang dinanti-nantikan iaitu persembahan pembukaan
Senamrobik iaitu Senamrobik berirama oleh murid- murid Prasekolah.
……………………………………………………………………………………………………………….
Diharap suma hadirin terhibur dengan pergerakan lincah murid-murid
prasekolah sebentar itu tadi.
Pertandingan Sambutan Hari Kanak-kanak diteruskan lagi dengan Pertandingan Nyanyian
Nyanyian dan dan gerakan kumpulan mengikut kelas. Untuk itu dijemput :
gerakan
berkumpulan Lihat lampiran :
mengikut
kelas
Program Guru-guru dan rakan-rakan sekalian, Hari Kanak-Kanak akan dimeriahkan lagi
Marry Brown dengan program Riang Ria bersama Marry Brown. Untuk itu saya ingin
menjemput pihak Marry Brown untuk mengelolakan majlis. Dipersilakan.

Nyanyian solo Acara kita disambung semula dengan Pertandingan Nyanyian Solo. Untuk itu
dijemput peserta pertama :

Lihat lampiran :

Penyampaian Berakhirnya persembahan itu tadi, maka acara kita sudah HAMPIR sampai ke
Hadiah penghujungnya.
Hadirin sekalian , tanpa membuang masa lagi kita teruskan dengan
penyampaian hadiah bagi pertandingan yang telah diadakan itu tadi..

Untuk itu dijemput Pn Fauziah Bt Mohamed Noor mengiringi Pn Norlia bt


Mohd Shahari untuk menyampaikan hadiah.

----------------------Baca Lampiran----------------------------
Pemenang Persembahan Kelas :
Tahniah kepada para pemenang. Seterusnya penyampaian sijil dan
penyampaian anugerah Tokoh Kanak-Kanak 2019.

------------Baca lampiran------------------------

Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Tokoh Kanak-kanak SK


Perempuan Island bagi tahun 2019 . Semoga kejayaan ini boleh menjadi
contoh dan inspirasi kepada semua murid untuk terus berjaya dalam segala
bidang yang kita ceburi. InsyaAllah.

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi maka selesai sudah


Sambutan Hari Kanak-Kanak SK Perempuan Island. Diharapkan Sambutan
Hari Kanak-kanak ini dapat melahirkan murid-murid yang sedar tentang kasih-
sayang dan penghargaan guru-guru terhadap kita.. Terima kasih cikgu…

Akhir sekali saya ingin mengucapkan Selamat Hari Kanak-Kanak dan semoga
kita berjumpa lagi pada tahun hadapan. Sekian terima kasih.

You might also like