You are on page 1of 13

SKRIP PENGACARA MAJLIS HARI SUKAN TAHUNAN SK PEREMPUAN ISLAND 2019

MASA ISYARAT PENGACARA


Pengumuman :
Sebentar lagi acara perasmian akan dimulakan. Diminta semua
murid-murid berkumpul di dalam khemah rumah sukan masing-
masing.
Para ibu bapa/ tetamu dipersilakan duduk di khemah yang
disediakan:
Pengumuman:
Kepada ibu bapa dan bekas murid yang ingin menyertai acara khas
untuk ibubapa dan bekas murid, anda bolehlah memberikan nama di
meja urusetia.
Ucapan aluan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia,
pengacara .....................................................................Yang Dipertua Persatuan
majlis Ibu Bapa dan Guru, SK Perempuan Island,
diiringi oleh Yang Berusaha, Puan Guru Besar SK Perempuan Island
Pn. Norlia Bt Mohd Shahari, bersama Guru-guru Penolong Kanan ke
Kejohanan Sukan Tahunan SK Perempuan Island kali ke-62 ..............

Assalamualaikum wrt .., Salam Sejahtera


Yang Berbahagia, En Abdullah B HJ Abd Rahman .Yang Dipertua
PIBG SK Seri Murni,
Yang Berusaha, Pn Norlia Bt Shahari Guru Besar SK Perempuan
Island,
Yang dihormati ,
Pn. Fauziah Bt Mohd Noor, Guru Penolong Kanan Tadbir dan
Kurikulum,
Pn Sarina Bt Saad, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn.Saravana Devi A/P Palanisamy, Guru Penolong Kanan
kokurikulum,
Ahli Jawatankuasa PIBG SK Perempuan Island,
guru-guru ,ibu bapa yang hadir serta murid-murid yang dikasihi
sekalian.
Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan mengalu-
alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Kejohanan Sukan
Tahunan SK Perempuan Island kali ke – 62. Semoga dengan
kehadiran anda semua akan menyuntik semangat kesukanan kepada
atlit-atlit muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.

Perbarisan ASAL JURAGAN MENGAIL IKAN,


SAMBIL BERSUKA DI TEPI KUALA,
MASA JANGAN KITA TANGGUHKAN,
TIRAI DIBUKA KEJOHANAN BERMULA...

Sebagai pembuka tirai Kejohanan Sukan Tahunan, Sk Perempuan


Island kali ke- 62 marilah sama-sama kita menyaksikan perbarisan
masuk semua kontijen rumah sukan yang mengambil bahagian.

( Pasang muzik )
Menjemput Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
YDP Dipertua PIBG SK Perempuan Island, En Abdullah B Hj Abd Rahman
menerima untuk menerima tabik hormat daripada peserta perbarisan.
tabik hormat Dipersilakan.

Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera


Malaysia iaitu adik Diniy Batrisyia Naily Bt Syafie, diikuti oleh
Pembawa bendera negeri Pulau Pinang ialah Siti Nur Nazirah Bt
Mohd Nawawi dan pembawa bendera sekolah iaitu adik Sri
Sharmeeni A/p Karunanidhi
Perarakan Menyusul di belakang adalah murid murid comel Prasekolah Permata
Genius iaitu seramai _____ orang murid di bawah bimbingan Puan
Nurul Naddia Bt Ismail dan dibantu oleh Puan Azimah Bt Ethuhar.
Seterusnya adalah kontijen rumah yang menggunakan buah nenas
sebagai simbolik kepada Rumah Kuning. Kontinjen ini diketuai oleh
adik Harshini A/p Poovenesveran.dan dianggotai seramai
…….orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah Kuning ialah adik
Raudhatul Amaliah Almadiah Bt Khalid. Pasukan rumah Kuning telah
mendapat bimbingan daripada Pn. Siti Hajar, En Soon, Pn Sarina dan
juga Pn. Rohana.

Perarakan Berikutnya pula adalah perbarisan masuk pasukan dari rumah Merah
masuk kontijen yang tampil memperagakan buah rambután ..sebagai simbolik rumah
rumah sukan Merah. Diketuai oleh adik Nur Farhana Asyikin Bt. Mohd Ramlan
selaku pembawa bendera dan pembawa sepanduk pula adik Nur Alia
Farhana bt Abd Wahab. Perbarisan ini dianggotai seramai …… orang
peserta. Rumah Merah telah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar
daripada En Azlan, Pn Liyana dan Pn Arni.

Seterusnya dengan menggunakan buah anggur .sebagai simbolik


kepada tema Hijau , inilah perbarisan masuk kontijen daripada rumah
Hijau. Dianggotai seramai ……….orang peserta, pasukan ini diketuai
oleh adik Nurul Jannah Bt Zulkefli selaku pembawa bendera ,
seterusnya adik Nadia Maisya Bt Izzati Rohaizat selaku pembawa
sepanduk. Pasukan ini mendapat bimbingan daripada Pn Fauziah, Pn
Faezah dan Pn Jalielah

Demikianlah tadi perarakan masuk oleh pembawa pembawa bendera


kejohanan dan 3 buah pasukan yang bertanding.
Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Dipertuan PIBG SK
Perempuan Island En Abdullah B Hj Abd Rahman kerana sudi
menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan.

--------Marching ---
Nyanyian lagu Hadirin sekalian, Sebagai tanda cintakan negara, marilah sama-sama
kita menyanyikan lagu Negaraku. Hadirin diminta untuk berdiri

Terima kasih diatas nyanyian lagu itu tadi.


Hadirin dipersilakan duduk

Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang


Bacaan ikrar bertanding maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz
ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh adik Nur Farisha Bt Faizol

Selesai Begitulah tadi bacaan ikrar yang penuh semangat ditunjukkan oleh
bacaan ikrar semua murid.
Bacaan doa Tetak buluh panjang sepuluh
Laksana dititing kias ibarat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa diminta biarlah berkat.

Untuk memberkati Kejohanan Sukan Tahunan ini, majlis menjemput


En. Mohammad Azlan B Aziz untuk membacakan doa…..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Mohammad


Azlan B Aziz atas bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan alu Bagi meneruskan acara, Majlis mempersilakan Yang Berusaha Pn


aluan guru Guru Besar Pn Norlia Bt Shahari untuk menyampaikan ucapan.
besar Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
• Ucapan gb
Terima kasih di atas ucapan alu-aluan daripada Pn Guru Besar
sebentar tadi

Ucapan Hadirin yang dihormati.


Perasmian Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan
perasmian.
Untuk itu pihak majlis menjemput En Abdullah B Hj Abd Rahman
bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya, merasmikan Kejohanan
Sukan Tahunan Sk Perempuan Island kali ke-62. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
 Ucapan Perasmian

Selepas Bunga selasih bunga kantan


ucapan rasmi Dipetik oleh gadis rupawan
Majlis perasmian telah disempurnakan
Jutaan terima kasih kami ucapkan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang


Dipertua PIBG En. Abdullah B. Hj Abd Rahman atas ucapan dan
kesudian beliau merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-62,
SK Perempuan Island.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah kepada


Hadiah acara pemenang-pemenang bagi acara padang yang telah dipertandingkan
Akhir iaitu acara lompat tinggi, lompat jauh , acara lontar peluru., merentas
desa pasekolah dan acara larian 200m.
Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan Puan Guru Besar, Pn. Norlia Bt Shahari mengiringi
Yg Berbahagia En. Abdullah B. Hj Abd Rahman untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan.

Bagi acara Lontar peluru (akhir)


Pingat emas dimenangi oleh adik…………………daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik……………dari rumah……….
Pingat gangsa menjadi milik adik ………………..dari rumah.............

Bagi acara Lompat tinggi (akhir)


Pingat emas dimenangi oleh adik……………….daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik…………….dari rumah….
Pingat gangsa menjadi milik adik………………….dari rumah...

Bagi acara Lompat Jauh (akhir)


Pingat emas dimenangi oleh adik…………………daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik………………dari rumah….
Pingat gangsa menjadi milik adik……………………….dari rumah...

Merentas desa prasekolah


Larian 200M

Majlis merakamkan terima kasih kpd En. Abdullah B. Hj Abd Rahman


kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu
tadi.

Perbarisan Hadirin sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar


Keluar padang oleh kontinjen yang mengambil bahagian untuk masuk ke
khemah masing-masing.

– MUZIK PERBARISAN-

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan


Sukan Tahunan SK Perempuan Island kali ke 62. Majlis merakamkan
terima kasih kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian
dalam perbarisan lintas hormat.
Persembahan Bagi meredakan debaran atlet yang bakal bertanding pada hari ini,
Murid marilah kita sama-sama saksikan Persembahan daripada Murid-
Murid Prasekolah. Dipersilakan. –

Majlis merakamkan terima kasih pada Murid-murid Prasekolah


Permata Genius SK Perempuan Island. Untuk makluman semua,
persembangan ini dibimbing oleh Puan Nurul Naddia Bt Ismail dan
Puan Azimah Bt Ethuhar.

SENAMROBIK Kita teruskan acara pada pagi ini dengan senamrobik dan semua
murid dipersilakan untuk berada di tengah padang. Dijemput juga
kepada ibu bapa /penjaga untuk turut serta memanaskan badan
dengan bersenam robik bersama anak-anak SK Perempuan Island.

Demikian lah tadi kita dapat lihat pergerakan lincah dari anak –ank
SK Perempuan Island. Mereka mendapat bimbingan daripada Pn
Saravana dan juga Pn Liyana.

Baiklah semua murid diminta bergerak ke khemah sukan..Bermula


dgn barisan pertama….

Untuk makluman semua, acara sukan yang pertama pada pagi ini
ialah acara noveliti dari murid murd prasekolah.
Acara Novelti Baiklah , acara sukan diteruskan lagi dengan acara Novelti dari
Prasekolah murid-murid Prasekolah. Marilah sama sama kita memberikan
sokongan kepada anak-anak kita.
Antara kemahiran yang perlu dilakukan :
……………………………………………………………………..
………………………………………………………………………
Itulah td berakhirnya acara noveliti prasekolah dan acara pyampaian
hadiah akan dilakukan slpas ini.
Upacara Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan
penyampaian mempersilakan ______________________ mengiringi
hadiah acara ___________________________________ untuk menyampaikan
novelti hadiah kepada para pemenang bagi acara novelti prasekolah.
prasekolah Dipersilakan.

Tempat pertama dimenangi oleh rumah ____________


Tempat kedua pula dimenangi oleh rumah ________________
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh rumah _______________
Acara lari Baiklah Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 62 disambung semula.
Untuk itu marilah sama-sama kita berikan tumpuan kepada acara
Larian 50m murid Tahun 1 , 2 dan 3. Kepada semua peserta
diminta bersedia.
Tahun 1
Di lorong yang pertama adalah rumah ____________
lorong kedua adalah rumah ____________ dan lorong ketiga adalah
rumah __________________

Peserta-peserta bagi acara Lari 50 m sedia untuk dilepaskan.


Demikian lah tadi berakhirnya acara larian 50m bagi murid tahap 1.

Acara yang akan berlangsung selepas ini pula adalah acara larian
3x100m bagi murid tahun 4, 5 dan 6. Diminta para peserta
bersedia.

Di lorong yang pertama adalah rumah ____________


lorong kedua adalah rumah ____________ dan lorong ketiga adalah
rumah __________________.
Upacara Tuan-tuan dan puan-puan,
penyampaian Seterusnya penyampaian hadiah bagi acara
hadiah larian ___________________________________
tahap 1 dan 2 Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan
Encik/Puan ___________________________________
untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh ………………….. dari


rumah …………
Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh ……………………. dari
rumah………
Dan johan/pemenang pingat emas acara …………………ialah
…………… dari rumah………………………..

Tahniah kepada para pemenang.


Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Encik/Puan/ Cik _________________________ atas kesudian
menyampaikan hadiah.
Hadirin yang dihormati,
Sebentar lagi akan berlangsung acara Larian 3x50m bagi murid
tahun 1,2 dan 3. Diminta para peserta bersedia.

Di lorong yang pertama adalah rumah ____________


lorong kedua adalah rumah ____________ dan lorong ketiga adalah
rumah __________________

Peserta-peserta bagi acara ………………………………… sedia untuk


dilepaskan.

Acara yang akan berlangsung sebentar lagi adalah acara larian


100m bagi murid tahun 4, 5 dan 6. Diminta para peserta bersedia.

Dimulakan dengan peserta Tahun 4


Di lorong yang pertama ialah ____________
lorong kedua ialah ____________ dan lorong ketiga ialah
__________________
Denikian lah tadi berakhirnya acara larian 3x50m dan 100m . Untuk
itu Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Encik/Puan ___________________________________
untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh ………………….. dari


rumah …………
Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh ……………………. dari
rumah………
Dan johan/pemenang pingat emas acara …………………Ialah
…………… dari rumah………………………..

Tahniah kepada para pemenang.


Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Encik/Puan/ Cik _________________________ atas kesudian
menyampaikan hadiah.
Sukaneka Hadirin yang dihormati,
Tahun 1 Dan 2 Sebentar lagi akan berlangsung acara Sukaneka bagi murid tahun 1
dan 2. Peserta- peserta terdiri daripada 7 orang dari setiap rumah
masing-masing. Diminta para peserta untuk bersedia.

Aktiviti sukaneka ini melibatkan ………………………………….

Upacara Kita teruskan dengan acara penyampaian hadiah bagi acara


penyampaian sukaneka yang telah selesai sebentar td. Untuk menyampaikan
hadiah hadiah dengan segala hormatnya dipersilakan
sukaneka Encik/Puan/Cik ___________________________________
tahap 1 untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
ACARA SUKANEKA
Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh ………………….. dari
rumah …………
Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh ……………………. dari
rumah………
Dan johan/pemenang pingat emas acara …………………ialah
…………… dari rumah………………………..

Tahniah kepada para pemenang.


Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Encik/Puan/ Cik _________________________ atas kesudian
menyampaikan hadiah.
Acara ibu Hadirin sekalian, untuk menghangatkan lagi kejohanan sukan
bapa tahunan SK Perempuan Island, marilah sama sama kita saksikan
kelincahan para ibu bapa dalam acara sukaneka yang akan
dijalankan sebentar lagi.

Demikian lah tadi selesainya acara sukaneka ibu bapa. Untuk


menyampaikan hadiah dengan segala hormatnya dipersilakan
Encik/Puan/Cik ___________________________________
untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah. Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada……………………………
atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang
sebentar tadi

Majlis Pengumuman:Semua pelajar diminta berhimpun di tengah padang


penutupan mengikut rumah masing-masing kerana upacara penyampaian
hadiah keseluruhan akan diadakan sebentar lagi
Alhamdulillah kita telah selesai melaksanakan semua acara sukan
pada kejohanan tahun ini. Kepada atlet yang berjaya tahniah
diucapkan dan kepada yang tidak berjaya tahun hadapan anda cuba
lagi.
Para pelajar dan hadirin sekalian,

Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pihak majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan
___________________________________, dengan diiringi oleh
_____________________________________________ untuk
menyampaikan hadiah.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Anugerah Hadirin sekalian.
olahragawati Penerima Anugerah Olahragawati Kejohanan Sukan Tahunan Sk
Perempuan Island dinobatkan kepada
adik....................................................................
Untuk makluman semua, beliau telah memenangi beberapa acara :

Perbarisan Seterusnya pula diumumkan pemenang bagi acara perbarisan.


terbaik Tempat ketiga dimenangi oleh rumah…………….
Naib Johan ………………….
Johan ……………………….
Johan Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara
keseluruhan rasmi johan, naib johan, dan tempat ketiga secara keseluruhan bagi
Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding.

Tempat Ketiga dengan pungutan mata ______dimenangi oleh


Rumah _____________.
Naib johan dengan pungutan mata _______dimenangi oleh Rumah
_________________
Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK Perempuan
Island, dengan pungutan mata _________ dimenangi oleh Rumah
________. Dipersilakan Ketua Rumah
Sukan________________________ untuk menerima hadiah.
Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang
berjaya. Kepada yang masih gagal teruskan usaha ,dan jangan
berputus asa.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


____________________________________________ atas
kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.
Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah sebentar tadi, maka
berakhirlah Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-62, SK Perempuan
Island bagi Tahun 2019.
Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan
Kejohanan Sukan Tahunan SK Perempuan Island kali ke-_____
pada tahun ini.

Semoga kita bersua kembali pada Kejohanan Sukan pada tahun


hadapan. Akhir kata majulah sukan untuk negara..
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH,
WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALA
WABARAKATUH.

Umum kepada para hadirin supaya sama-sama memastikan


kebersihan kawasan padang dan sekolah.

You might also like