You are on page 1of 3

Skrip Pengerusi Majlis Persembahan Persatuan Muzik (Serenade)

Acara
Ketibaan pelajar dan

Peringatan:

Ucapan

pensyarah

Sebelum majlis bermula, Telefon bimbit hendaklah dimatikan


atau diletakkan dalam mod senyap.

Ketibaan pengarah

Mengumumkan ketibaan Puan Pengarah IPG Kampus Tun


Abdul Razak (Pn Hamsiah binti Abdullah Masni) diiringi oleh
Timb Pengarah (Dr. Hajah Rahmah binti Murshidi), Ketua
Unit Perkhidmatan (En.Abu Bakar) dan Ketua Unit
Kokurikulum (En Michael Belekum).

Nyanyian Negaraku
Warga dewan diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan
Lagu Negaraku.

Bacaan doa

Warga dewan diminta untuk duduk.


Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan penuh
takzimnya mempersilakan Mohd. Al-Qaushar bin Saifullah
untuk memimpin bacaan doa.
Amin Amin Ya Rabbal Alamin.
Menguntum manis senyuman si dara,
Datang teruna ingin bersua,

Memperkenalkan Program

Selamat petang mulai bicara,


Selamat datang untuk semua.

Selamat datang ke majlis persembahan Serenade anjuran


Persatuan Muzik kumpulan PISMP MZ1113.Majlis pada

petang ini merupakan penganjuran bersama Persatuan


Muzik dan pelajar PISMP BM1613,PISMP PM1614,PISMP
BI1614 dan PISMP MZ1614.
Serenade, bermaksud karya muzik yang memberikan
ketenangan dan sering dikaitkan dengan perasaan cinta.
Oleh itu, pada petang ini kita akan dihiburkan dengan 14
buah persembahan muzikal yang diharapkan dapat
memberikan ketenangan kepada para pendengar.
Para hadirin sekalian, sekarang, marilah kita bersama-sama
mengalihkan perhatian kita ke pentas untuk menghayati dan
berhibur dengan persembahan Serenade!
(Sambil memerhatikan bahawa ahli tarian bersedia
mengambil tempat)
Hadirin sekalian, Berikan tepukan yang gemuruh kepada
Persatuan Muzik dengan persembahan muzikal yang amat
menghiburkan sebentar tadi.
Kini tibalah kita, di kemuncak majlis, tirai persembahan akan
Finale

ditutup dengan grand finale oleh persembahan koir yang


bertajuk The Glimpse of Malaysia.
Nyanyian koir ini menggabungkan lagu rakyat dan lagu
tempatan yang menggambarkan keharmonian seta keunikan
masyarakat majmuk di Malaysia. Nyanyian Koir ini dipimpin
oleh pensyarah penasihat Persatuan Muzik iaitu Cik Chang
Yun Ping! Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan!
(sambil memerhatikan Miss Chang sedia mengambil tempat)

Demikianlah tadi Persembahan Serenade. Majlis kini


Penutup

menjemput Puan Pengarah dn Timbalan Pengarah untuk

naik ke atas pentas bagi sesi fotografi.


Bonda Pengarah diminta untuk terus berada di atas pentas
bagi menyampaikan ucapan dan mandat beliau.
Warga dewan diminta untuk sama-sama berdiri bagi
menyanyikan lagu Ibu Petiwiku.
Dengan berakhirnya lagu Ibu Pertiwiku maka berakhirlah
persembahan Serenade kita pada hari ini. Jutaan terima
kasih diucapkan kepada hadirin dan hadirat yang turut hadir
bersama pada hari ini.
Indah terdengar bunyian merdu
Buat penggemar muzik sekalian
Irama dan melodi alunan syahdu
Muzik Serenade menjadi ingatan
Besi tembaga biar di tanah,
Emas suasa di bawa pergi;
Berakhir kata di hujung noktah,
Di lain ketika bersua kembali.
Mengumumkan keberangkatan Bonda Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Timb Pengarah,
Ketua Unit Perkhidmatan dan Ketua Unit Kokurikulum diiringi
barisan para penganjur.

You might also like