You are on page 1of 3

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2015

SEK KEB PEND KHAS IPOH


Pohon perhatian. Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Dipohon kerjasama tuan-tuan dan
puan-puan untuk mematikan telefon atau meletakkannya dalam silent mode. Terima
kasih.

Yang Berusaha, En Shamsulbahari Bin Ghazali (Penolong Kanan Kurikulum


merangkap pemangku Guru Besar SK PK Ipoh, En Ramli Bin Ahmad (PK HEM),
En. ZaifolYusli Bin Bakar (PK KOKO)
Yang diraikan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SESI 2015,
Guru-guru , Rakan PPM dan murid murid yang dikasihi sekalian.Seterusnya,
para hadirin sekalian.

Assalamualaikum
Malaysia.

Warohmatullah

hiwabarokatuh, Salam

Sejahtera

dan

Salam

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Al fadhil Ustaz ZaifolYusli Bin
Bakar untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.
BACAAN DOA
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al fadhil Ustaz ZaifolYusli Bin Bakar
atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita diberkati dan dilimpahi rahmat
hendaknya. Amin
Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan sepatah dua kata oleh Pk Kurikulum. Untuk itu,
majlis menjemput Yang Berusaha En Shamsulbahari Bin Ghazali untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang Sesi 2015. Majlis mempersilakan..
(A)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian tuan menyampaikan ucapan
sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Tanpa melengahkan masa, marilah sama-sama kita saksikan satu Persembahan
tayangan montaj bagi barisan penerima anugerah perkhidmatan cemerlang sesi 2015.
BACA BIODATA
A)CIKGU RAMLI
B) USTAZ HISYAM
C) TAMIL
D)FATIMAH
E) ZIRA

PERSEMBAHAN SLAID
Itulah tadi tayangan Montaj montaj bagi barisan penerima anugerah perkhidmatan
cemerlang sesi 2015.
Semoga persembahan montaj tadi akan menyuntik semangat semua WARGA SKPKI
khususnya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik bagi tahun ini.
Bertanam Lada berbatas Rimbun,
Tumbuh di kali lebat buahnya
Berkat usaha disulam tekun
Sumur digali terbitlah airnya
Majlis seterusnya berbesar hati menjemput En Zaifol Yusli Bin Bakar bagi mengiringi Pk
Kurikulum, Yang Berusaha En Shamsulbahri Bin Ghazali bagi menyampaikan Anugerah
Pekerja Cemerlang. Majlis mempersilakan.
Seramai 5 orang pegawai telah terpilih untuk menerima Anugerah Pekerja Cemerlang.
Anugerah ini diberi sebagai menghargai komitmen, jasa dan sumbangan mereka dalam
melaksanakan tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi
dan cemerlang.

Diumumkan Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015 untuk naik ke
pentas :
1) En Ramli Bin Ahmad

2)
3)
4)
5)

En Hisyamuddin Bin Sariman


Cik Tamilarasi A/P Supramaniam
Pn Fatimah Bt Mad Isa
Pn Noorazira Bt Abd Hamid

Tahniah diucapkan kepada Penerima-penerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2015.


Semoga dengan pengiktirafan ini akan memberi suntikan dan semangat yang lebih
membara kepada semua pegawai SKPKI yang lain untuk terus berkhidmat dengan lebih
cemerlang di masa akan datang.
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Penyampaian anugerah selesai sudah
Jamuan makan menyusul pula
Kami selaku pihak urusetia majlis memohon kemaafan di atas segala kekurangan atau
keterlanjuran sepanjang majlis ini dijalankan.
Seterusnya, dijemput semua para hadirin sekalian untuk menikmati Jamuan yang telah
disediakan di kantin
Sehingga itu sahaja daripada kami,
Saya Hasniah Mohamad
Dan Saya Mohd Raqib Bin Hairuddin
Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.
Wabillahitaufik walhidayah Wassalamualaikum WBT.

You might also like