You are on page 1of 4

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara;


Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam


sejahtera.

Yang Berbahagia
En. Syed Abdullah bin Adnan – Pegawai Agensi Anti Dadah
Kebangsaan cawangan Pontian.
En. Mohd Syafiq bin Mustar – Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran Daerah Pontian.
Yang Berusaha
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa & Guru – Puan hajjah Hasrunizah
binti ________________.
Tuan Guru Besar – Encik Mazli bin Hashim.
Encik Nor Zulhairi bin Zakaria – Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu
bapa & guru.
Yang Dihormati
GPK Kurikulum - Puan rafidah binti Yusof
GPK Hal ehwal murid - Puan Syarifah binti Ahmad
GPK Kokurikulum – Encik Shahrom Nizam bin ________________
GPK Pend Khas – Puan Norpisah binti Ahmad

AJK PIBG, barisan guru serta murid – murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T pada hari yang berbahagia


ini dapat kita sama-sama berkumpul bersempena Majlis
Penutupan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah Kebangsaan
Bandar Pontian bagi tahun 2019.

Lebat kemiri pohonnya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Ustaz Daing Mohamad Azmi bin Bachok
untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Daing Mohamad Azmi atas


bacaan doa itu tadi
Hadirin sekalian,
Alhamdulillah dengan izinNya pihak sekolah telah berjaya
melaksanakan Minggu Anti Dadah peringkat sekolah yang
dilaksanakan bermula dari 10 hingga 17 Mac 2019. Banyak aktiviti
yang telah dijalankan sepanjang minggu tersebut seperti:
1.
2.
3.
Untuk meneruskan majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput yang berusaha En Mazli bin Hasyim, Tuan
guru besar Sekolah kebangsaan bandar pontian bagi
menyampaikan ucapannya. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru besar atas ucapannya


sebentar tadi.

Buah langsat di tepi busut,


Mari dimuat di atas peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput dan


mempersilakan En. Syed Abdullah bin Adnan - Pegawai Agensi Anti
Dadah Kebangsaan cawangan Pontian untuk menyampaikan
Perutusan Minggu Antidadah dan seterusnya merasmikan
penutupan Minggu Anti Dadah peringkat sekolah Kebangsaan
Bandar Pontian bagi tahun 2019.. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Syed Abdullah bin Adnan atas


kesudian merasmikan penutupan Minggu Anti Dadah peringkat
sekolah Kebangsaan bandar pontian. Semoga segala yang telah
disampaikan itu tadi dapat dijadikan panduan kepada kita semua.

Hadirin Sekalian,
Seterusnya marilah bersama – sama kita saksikan Gimik penutupan
MInggu Antidadah yang akan dipimpin oleh Cikgu Rohaida binti
Sahab. Dipersilakan.

Begitulah tadi gimik penutupan minggu antidadah sekolah


kebangsaan bandar pontian pada tahun ini.
Hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan persembahan yang


bertajuk (I’m free) juga di bawah kelolaan Cikgu Rohaida binti
Sahab. Dipersilakan.

Begitulah tadi persembahan I’m free yang dianggotai oleh murid


– murid dari ____________________________________________________
__________________________________ .

Hadirin sekalian
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bersempena
dengan pertandingan – pertandingan yang telah dijalankan
sepanjang minggu anti dadah. Majlis dengan ini menjemput Tuan
Guru Besar Encik Mazli bin Hasyim untuk mengiringi En Syed
Abdullah bin Adnan bagi menyempurnakan penyampaian
hadiah. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan guru besar dan Encik Syed
Abdullah atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.
Majlis seterusnya menjemput En. Mohd Syafiq bin Mustar dengan
diiringi Puan Sharifah binti Ahmad bagi menyempurnakan
penyampaian hadiah berikutnya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Syafiq dan Puan Sharifah
atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderhati kepada


______________ kita pada hari ini. dengan ini majlis menjemput dan
mempersilakan _________________________________________________
mengiringi ________________________________________________ untuk
menyampaikan cenderhati.majlis mempersilakan

Ucapan terima kasih diatas kesudian _________________________


menyampaikan cenderhati kepada ________________________ itu
tadi.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah itu tadi, maka


berakhirlah juga majlis penutupan minggu anti dadah peringkat
sekolah kebangsaan bandar pontian bagi tahun 2019.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama


ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
majlis pada pagi ini.

Sekian sahaja daripada saya.


Wabillahhi taufik walhidayah wassalammualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like