You are on page 1of 4

Teks pengacara program NILAM

Pelancaran NILAM Sedaerah 2014

1. Murid murid berkumpul di tapak perhimpunan


2. Nyanyian lagu Negaraku, murid murid dan guru diminta berdiri.
3. Murid murid dan guru dijemput duduk. Majlis dimulakan.
4. Ucapan aluan Pengacara Majlis
5. Daun layu di tengah gurun,
Nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah mulakan acara.
Bismillahirrahmannirrahim
Yang berusaha Pn. Gayah Binti Daud Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Bandar Damai Perdana,
Yang Berusaha Pn. Nurul Badar Binti Salleh, Penolong Kanan,
Yang Berbahagia Datin Hajah Norliza Binti Shamsudin Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid
Yang berusaha En. Mohd. Rujhan Bin

Penolong Kanan Kokurikulum,

Ketua ketua bidang,


Barisan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana,
Dan para pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan Selamat Sejahtera

6. Guru guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian, pada pagi yang nyaman ini, kita
semua berkumpul untuk menyaksikan majlis perasmian Hari NILAM Sedaerah 2014.
7. Sebelum kita memulakan acara, bagi menambah keberkatan majlis pada pagi ini,
marilah kita sama sama mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh saudara
____________________________. Dipersilakan.
Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
8. Hadirin sekalian, kita semua maklum, Hari NILAM diadakan setiap tahun bagi
mengingatkan semua warga SMKBDP betapa pentingnya memupuk amalan membaca
di kalangan setiap individu, khasnya para pelajar. Selain dari memberikan kesegaran
baru dalam program NILAM sekolah, ia juga diharapkan dapat meningkatkan minat
untuk melaksanakan program ini dengan bersungguh sungguh.
9. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas, marilah sama sama kita mendengar
sendiri taklimat yang akan disampaikan oleh guru Perpustakaan dan Media Pn. Nik
Nooraihan Binti Nik Mohamed Amin. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Nik Nooraihan atas taklimat sebentar tadi.
11. Majlis diteruskan dengan mendengar perutusan Hari NILAM Sedaerah oleh
__________________________ Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat, yang akan
dibacakan oleh Pn.Gayah Binti Daud dan seterusnya merasmikan Hari NILAM
Sedaerah 2014. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
12. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Gayah atas kesudian beliau
merasmikan majlis sebentar tadi.
13. Guru guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian, sekarang tibalah kita ke acara
penyampaian sijil rakan pembaca yang akan diberikan kepada pelajar pelajar yang
telah membaca lebih daripada 50 buah buku pada tahap jauhari dan layak untuk
keperingkat seterusnya iaitu rakan pembaca yang mana pada tahap ini, pelajar boleh
berkongsi cerita dengan rakan rakan yang lain.
Tanpa melengahkan lagi masa, majlis menjemput Pn. Gayah binti Daud dengan diiringi
oleh Pn Nurul Badar Mohd Salleh untuk ke pentas bagi menyempurnakan acara.
Dipersilakan.

14. Penyampaian sijil Anugerah Rakan Pembaca dimulakan dengan pembaca tertinggi
dari : baca name list
Tingkatan 3
Tingkatan 4
Tingkatan 5

Seterusnya, kita ke penyampaian anugerah NILAM Tahap Perak.


Tempat ke 3
Kedua
Pertama
(baca name list)
Anugerah yang berikutnya ialah anugerah NILAM Tahap Emas
Tempat ke 3
Kedua
Pertama
(baca name list)
Guru guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Sekarang tibalah kita ke anugerah
khas iaitu anugerah Tahap Nilam dan tokoh Nilam.
Bagi anugerah Tahap Nilam tahun 2013, dijemput penerimanya, saudari
_______________________ dari tingkatan ______________.
Tokoh Nilam bagi tahun 2013 yang juga merupakan wakil sekolah keperingkat daerah,
dipersilakan, saudara Muhd. Nur Afiq Bin Muhd Husaini dari Tingkatan 5 Adab
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Gayah kerana telah sudi
menyampaikan anugerah sebentar tadi.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah, dan diharapkan ini
dapat menjadi pembakar semangat kepada rakan rakan yang lain untuk sama sama
bersaing meningkatkan jumlah bacaan masing masing.
Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

15. Majlis akan diteruskan dengan perkongsian dari rakan pembaca yang akan
berkongsi ulasan buku yang akan disampaikan oleh Saudari Navina a/p Jeevarajah
dari kelas 4 Adab. Saudari Navina adalah calon tokoh Nilam pada tahun ini. ( rujuk
lampiran) Baiklah tanpa melengahkan masa, dijemput Saudari Navina.
Terima kasih di ucapkan kepada Saudari Navina atas perkongsian itu tadi.

16. Guru guru dan para pelajar sekalian,


Bersarang merbah di hujung pekan,
Manis madunya pabila dimakan,
Tiba kita ke acara persembahan,

Mari bersama kita saksikan.


17.Terima kasih diucapkan kepada 3 sahabat tadi iaitu Aiman, Fahmi dan Anna yang
merupakan pengawas Pusat Sumber sesi petang.
18. Buah cemara jatuh berderai,
Jatuh berderai di atas para,
Hasrat hati tak mahu bercerai,
Namun kita di hujung acara.
Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari
ini. Diharapkan program NILAM akan sentiasa mendapat sokongan dari semua warga
SMKBDP. Sebelum mengundurkan diri, terimalah serangkap pantun ini.
Cari ikan tepian selasih,
Anak keli main di jeti,
Kami ucapkan terima kasih,
Budi dan bakti tetap di hati.
Sekian sahaja, assamualaikum dan salam sejahtera.

You might also like