You are on page 1of 2

BIL ACARA CATATAN

1. Yang berusaha cikgu fadli bin haji lebai saaban, guru besar
sekolah kebangsaan pangkalan TLDMII,

cikgu nor zubaidah bt. Zakaria, penolong kanan pentadbiran,

Tn Hj Muhammad Nasir bin Arshad, penolong kanan hal ehwal


murid,

cikgu norul hisham bin mukhtar, penolong kanan ko kurikulum,

cikgu wan nooorhashina bt. Wan sahak, penolong kanan


Pendidikan khas

barisan guru yang dihormati

seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warohamatullahi wabarokatuh, selamat pagi


dan selamat sejahtera.

2. Bersama-samalah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah


subhanahu wa taala kerana dengan keizinanNya jua dapat kita
bersama-sama pada pagi ini di dalam majlis pelancaran
Minggu Bahasa Melayu 2023.

3. Majlis kita mulakan dengan menjemput Cikgu Mohd Rosely Bin


Hassan, selaku ketua panitia Bahasa Melayu untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan Cikgu Rosely.

4. Ribuan terima kasih diucapkan lepada Cikgu mohd Rosely


di atas ucapan itu tadi.

5. Warga SKPTLDMII yang dikasihi,


Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan Yang
berusaha cikgu fadli bin haji lebai saaban, guru besar sekolah
kebangsaan pangkalan TLDMII untuk menyampaikan ucapan
perasmian dan melancarkan gimik perasmian. Dengan penuh
takzimnya, dipersikan Yang berusaha cikgu fadli.

6. Berikutnya, dijemput Cikgu Mohd Rosely bin hassan untuk


menyampaikan hadiah berupa sebuah tengkolok kepada Yang
berusaha cikgu fadli bin haji lebai saaban, guru besar sekolah
kebangsaan pangkalan TLDMII. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

7. Yang berusaha cikgu fadli bin haji lebai saaban, guru besar
sekolah kebangsaan pangkalan TLDMII diminta untuk
memakai tengkolok yang baru diterima tadi.

8. Majlis mempersilakan Cikgu Nor Zubaidah guru penolong


kanan pentadbiran untuk mengiringi Yang berusaha cikgu fadli
bin haji lebai saaban, guru besar sekolah kebangsaan
pangkalan TLDMII untuk melancarkan gimik perasmian.
Dipersilakan.

9. Dengan pelancaran gimik perasmian itu tadi, maka rasmilah


sudah Minggu Bahasa Melayu 2023. Jutaan terima kasih
diucapkan kepada Yang berusaha cikgu fadli bin haji lebai
saaban, guru besar sekolah kebangsaan pangkalan TLDMII
kerana sudi menyampaikan ucapan itu tadi. Untuk
pengetahuan semua, hadiah itu tadi ditaja oleh Unit Bimbingan
dan Kaunseling. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu
Muhammad.

10. Sebagai penyeri acara, kita akan dihiburkan dengan


persembahan bicara berirama yang bertajuk Warga Berkualiti,
Negara Sejahtera. Dipersilakan Kumpulan bicara berirama.

11. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Kumpulan bicara


berirama yang dianggotai oleh 21 orang murid 4 bijak dan di
bawah kelolaaan cikgu nor aryna binti zainal dan cikgu nur
Aqidah fatin binti wahid.

12. Dengan persembahan itu tadi, maka tamatlah sudah majlis


perasmian minggu bahasa melayu 2023. Sekian, terima kasih.

You might also like