You are on page 1of 15

Bismillah hirrahman nirrahim

Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh,


Selamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia,
Salam Muafakat Johor, Salam Sehati Sejiwa dan
Salam Negaraku. Pada hari ini, kita bersiaran
langsung dari dewan terbuka SMK Palong Timur bagi
meraikan sambutan Hari Guru Tahun 2022

Pada tahun ini, perarakan masuk guru-guru SMK


Palong Timur.

Tanpa melengahkan masa , marilah kita mulakan


perarakan masuk guru-guru SMK PALONG TIMUR.

Kumpulan Guru yang pertama, iaitu tunjang kepada


Pentadbiran SMK Palong Timur
Tuan Pengetua, Cikgu Abdul Aziz bin Othman
Guru Kanan Pentadbiran, Cikgu Supiei Bin Othman
Guru Kanan Hal Ehwal Murid,
Cikgu Norrizah Bt. Mohd Sharif
Guru Kanan KoKurikulum,
Cikgu Nor Zilla Bt. Md Idris
Guru Kanan Pentadbiran Tingkatan 6,
Cikgu Mohd Sarhan Ahzam Bin Abd Aziz

Seterusnya , kumpulan GURU Kanan Bidang


Guru Kanan Bidang Bahasa
Cikgu Akmam bin Ahmad
Guru Kanan Bidang Sains Sosial
Cikgu Mohd Saiful Zafri bin Azmi
Guru Kanan Bidang Teknik dan Vokasional

1
Cikgu Ahmad Rifaie Bin Abdul Hasan
Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik
Cikgu Mazwiyana binti Mashur
Seterusnya, dipersilakan barisan guru pendidik SMK
Palong Timur yang berdedikasi dan penyayang……

Tuan pengetua, YDP PIBG, Guru-guru Penolong


Kanan dan guru-guru dipersilakan
[Nyanyian Negaraku dan Lagu Bangsa Johor]
Para hadirin sekalian , diminta bersedia untuk
menyanyikan lagu Negaraku dan Bangsa Johor.

[Selesai Nyanyian]

Tuan Pengetua , Yang Dipertua PIBG ,


Guru-Guru Penolong Kanan dan Guru-Guru serta
para pelajar dipersilakan duduk.
[Bacaan doa]

Jika pergi ke tanjung keramat,


Perjalanan jauh terasa dekat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Sebelum tirai dibuka , sebelum majlis bermula ,


marilah kita bersama - sama menadah tangan
memohon limpah rahmat dan barakah agar majlis
kita pada pagi ini di berkati oleh yang Maha Kuasa.

Justeru dengan segala hormatnya mempersilakan ,


2
AHMAD LUTFI BIN AHMAD RIFAIE
bagi memimpin bacaan doa . Dengan limpah
takzimnya majlis mempersilakan.

[ Selepas Bacaan Doa ]

Amin amin Ya Rabbal Alamin….


Mudik ke hilir bersama si rakan,
Nikmati indah ciptaan semesta,
Sekalung doa kami panjatkan,
Semoga diredhai yang maha esa.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada ,


AHMAD LUTFI BIN AHMAD RIFAIE
atas bacaan doa sebentar tadi.
Bismillahirrahmannirrahim ,
Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha ,
TUAN ABD AZIZ BIN OTHMAN
Pengetua SMK Palong Timur

Yang Dihormati,
ENCIK AZMAN BIN HAMLI
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK
Palong Timur

Yang Dihormati,
ENCIK SUPIEI BIN OTHMAN
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

3
CIK NORRIZAH BINTI MOHD SHARIF
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

PUAN NOR ZILLA BINTI MD. IDRIS


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

ENCIK MOHD SARHAN AHZAM BIN ABD AZIZ


Guru Penolong Kanan Tingkatan 6

Jawatankuasa Pengelola
Majlis Hari Guru Smk Palong Timur Tahun 2022 ,
Warga pendidik yang berdedikasi, serta
para pelajar smk palong timur yang dirahmati Allah
sekalian .

Cantik sulaman hasil si dara,


Jadi dagangan buatan desa,
Duduk bersama , kita bermesra,
Meraikan guru pembina bangsa.

Alhamdulillah… Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana


dengan izin dari–Nya jua dapat kita bersama-sama
berhimpun di dewan ini bagi melangsungkan majlis
hari guru SMK Palong Timur tahun 2022.

Anak muda santai beriadah,


Gelak tawa , bersuka ria,
Salam sapaan pembuka madah,
Dituju khas untuk hadirin semua.

Selamat datang ke Majlis Hari Guru SMK Palong

4
Timur tahun 2022

Untuk pengetahuan para hadirin sekalian , “Guru


Tunjang Sekolah Sejahtera” telah dipilih sebagai
tema sambutan hari guru 2022.

Jika harini seorang perdana menteri berkuasa


Jika hari ini seorang raja menaiki takhta
Jika hari ini presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama mulia
Jika harini seorang peguam menang bicara
Jika harini sesiapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa.

Majlis pada harini diteruskan dengan ucapan


daripada ketua pelajar dan ketua pengawas.
Dipersilakan MUHAMMAD WALIUDDIN BIN MOHD
RASHID bagi menyampaikan ucapan .

Terima kasih diucapkan atas ucapan yang penuh


bermakna sebentar tadi.

Seterusnya , majlis mempersilakan


ENCIK AZMAN BIN HAMLI
YDP PIBG SMK Palong Timur bagi menyampaikan
ucapan beliau. Dipersilakan .

Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi.

Ciptaan agung seindah saujana ,

5
Tiada tandingan hasilnya seni,
Amanat atasan penuh bermakna,
Ucapan perutusan menyusul kini.

Kini , dipersilakan Guru Penolong kanan Hal Ehwal


Murid CIK NORRIZAH BINTI MOHD SHARIF bagi
membacakan perutusan daripada Pengarah
Pelajaran Malaysia. Dipersilakan .

Terima kasih diucapkan atas bacaan perutusan


sebentar tadi.

Seterusnya , bacaan perutusan daripada Menteri


Pelajaran Malaysia yang akan dibacakan oleh Guru
Penolong Kanan Pentadbiran. Justeru , majlis
mempersilakan ENCIK SUPIEI BIN OTHMAN
bagi menyampaikan perutusan tersebut.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas bacaan perutusan


sebentar tadi.

[ sebelum ucapan pengetua ]

Bagi meneruskan majlis, dengan segala sukacitanya


dipersilakan ,Yang Berusaha, TUAN ABD AZIZ BIN
OTHMAN , Pengetua Smk Palong Timur
bagi menyampaikan ucapan dan merasmikan

6
sambutan hari guru peringkat sekolah tahun 2022.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

[ selepas ucapan pengetua ]

Perjalanan jauh terasa penat,


Namun diteruskan menyeberangi titi,
Madah bermakna menjadi amanat,
Akan disemat kukuh di hati.

[ gimik perasmian ]

*jika perlu

Para hadirin marilah kita saksikan gimik perasmian


sambutan hari guru 2022

(Tuan Pengetua dan YDP PIBG dipersilakan turun


untuk memotong reben bagi gimik perasmian hari
guru tahun 2022.)

[ selepas gimik perasmian ]

Terima kasih diucapkan kepada Tuan pengetua dan


YDP PIBG di atas perasmian sebentar tadi.

Berehat arjuna di bawah dahan,


Sebatang dahan si pohon gambir,
Majlis diteruskan dengan persembahan.
Agar terukir senyuman di bibir.

7
Hadirin dan hadirat sekalian,

Marilah kita bersama-sama menyaksikan


persembahan daripada kelas :
1) 3 BESTARI
2) HARIS ISKANDAR 1 ARIF
3) 5 ARIF

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan


yang dipersembahkan sebentar tadi.

Seterusnya ialah persembahan multimedia oleh Unit


Tingkatan 6 SMK Palong Timur tahun 2022. Mari kita
saksikan bersama.

Bagi menghangatkan lagi majlis sambutan hari guru


pada tahun ini, terimalah persembahan daripada
CIKGU MOHD IQBAL BIN ABDUL LATIF.
Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan


yang dipersembahkan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar guru yang


akan dipimpin oleh EN AZNI BIN ADNAN.

Tuan Pengetua, YDP PIBG , guru-guru penolong

8
kanan , guru-guru kanan matapelajaran , dan guru-
guru dipersilakan berdiri.

Majlis diserahkan kepada EN AZNI BIN ADNAN., bagi


memimpin bacaan ikrar guru dipersilakan .

Kini , majlis diteruskan dengan nyanyian lagu “ Guru


Malaysia ” dan “ Biarku Menjadi Lilin ” daripada
barisan warga pendidik SMK Palong Timur.
dipersilakan . nyanyian ini akan dipimpin oleh Cikgu
MOHD IQBAL BIN ABDUL LATIF.

[selepas nyanyian]

Tuan Pengetua, YDP PIBG , guru-guru penolong


kanan , guru-guru kanan matapelajaran , dan guru-
guru dipersilakan duduk.

Majlis kini diserahkan kepada wakil pelajar


Tingkatan 6 bagi meneruskan acara seterusnya.
Dipersilakan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

hembusan bayu angin menderu,


tiupan dingin diperdu tualang,
pengiktirafan untuk usaha guru,
pemberian anugerah perkhidmatan cemerlang.

Dengan ini majlis mempersilakan, yang berusaha ,

9
tuan pengetua Tuan ABD AZIZ BIN OTHMAN, diiringi
oleh guru penolong kanan pentadbiran ENCIK
SUPIEI BIN OTHMAN bagi menyampaikan anugerah
bagi penerima-penerima anugerah perkhidmatan
cemerlang. Dipersilakan .

Dipersilakan , penerima pertama :


1. CIKGU ZETINORANI BINTI MADON
2. CIKGU NORLIZAWATI BINTI TULIMIN
3. CIKGU NORAZIYANTIE BINTI MD. ALI

terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua Tuan


ABD AZIZ BIN OTHMAN atas kesudian
menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Tanpa melengahkan masa ,


kini tiba masanya yang dinantikan oleh kita semua
acara gemilang Anugerah Hari Guru SMK PALONG
TIMUR 2022. Pasti ramai yang tertanya-tanya dan
tertunggu -tunggu untuk mengetahui siapa Guru
Paling Cool, Guru Paling Ayu dan pastinya kita ingin
mengetahui siapa Guru Paling Popular 2022. Mesti
ramai yang berdebar….

Asyikin: Farhan…. Jom kita main teka siapa


pemenang…kalau Farhan lah…siapa agaknya
pemenang Anugerah Guru Paling Ayu……

10
Farhan: (Respons) Kalau syikin pulak agak agak siapa

Asyikin: (response) okayla. Jom jom kita teruskan


sebab banyak kategori pemenang yang kita perlu
sampaikan harini. Okay jom kita mulakan dengan
kategori pertama ialah:

ANUGERAH GURU 2022

(* Calon-calonnya ialah…….
Pemenang Anugerah Kategori………ialah…….
Dipersilakan…….)

1. ANUGERAH GURU PENYAYANG


2. ANUGERAH GURU COOL
3. ANUGERAH GURU KEMAS
4. ANUGERAH GURU TEGAS
5. ANUGERAH GURU CERIA
6. ANUGERAH GURU AYU
7. ANUGERAH GURU LUCU
8. ANUGERAH GURU TAULADAN
9. ANUGERAH GURU AKTIF
10. ANUGERAH GURU SEMPOI
11. ANUGERAH GURU SABAR
12. ANUGERAH GURU MESRA PELAJAR
13. ANUGERAH GURU COMEL
14. ANUGERAH GURU RAJIN
15. ANUGERAH GURU ON TIME
16. ANUGERAH GURU KOMITED
17. ANUGERAH GURU BERGAYA
18. ANUGERAH GURU SERIUS

11
19. ANUGERAH GURU KREATIF
20. ANUGERAH GURU PRIHATIN

ANUGERAH GURU PALING POPULAR 2022


1)…………………………………………………………………

Seterusnya, ANUGERAH BUSANA WARISAN MELAYU


TERBAIK dianugerahkan kepada:
1) Lelaki:…………………………………………………………
2) Perempuan:………………………………………………

DAN AKHIR SEKALI ANUGERAH KHAS IAITU


SEKALUNG BUDI SEINDAH JASA DARIPADA PARA
PELAJAR KPD GURU YANG TELAH BERKHIDMAT 25
TAHUN DALAM BIDANG PENDIDIKAN DAN LAYAK
DIRAIKAN UNTUK JUBLI PERAK.

IZINKAN SAYA MEMBACAKAN SEDIKIT SEJARAH


PERKHIDMATAN BELIAU DI SMK PALONG TIMUR .

1. BELIAU MULA BERKHIDMAT DI SMK PALONG


TIMUR PADA 6 JANUARI 1997.

2. SETERUSNYA BERMULA DARI 1 JANUARI


2003 – 31 DISEMBER 2005 BELIAU TELAH
DILANTIK SEBAGAI GKMP SAINS
MATEMATIK.

3. BERMULA PADA TAHUN 1 JANUARI 2006 28


FEBRUARI 2007 BELIAU TELAH DILANTIK
SEBAGAI PENYELIA PETANG DI SMK
PALONG TIMUR.

12
4. SETELAH ITU BELIAU MULA BERKHIDMAT
SEBAGAI GURU PENOLONG KANAN KO
KURIKULUM SMK PALONG TIMUR DARI
1 MAC 2007 SEHINGGA 16 NOVEMBER 2014.

5. BELIAU SETERUSNYA DILANTIK SEBAGAI


GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL
MURID PADA 17 NOVEMBER 2014 SEHINGGA
SEKARANG.

6. SEPANJANG BELIAU BERKHIDMAT DI SMK


BELIAU TELAH MENABUR BAKTI DALAM
MENGAJAR SUBJEK MATEMATIK,
MATEMATIK TAMBAHAN , SAINS DAN FIZIK.

DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN CIKGU


NORRIZAH BINTI MOHD SHARIF UNTUK
MENERIMA ANUGERAH INI YANG AKAN
DISAMPAIKAN OLEH KETUA PELAJAR SAUDARA
MUHAMMAD WALIUDDIN BIN MOHD RASHID
DENGAN DIIRINGI OLEH KETUA PENGAWAS
SAUDARI NURDIYANA BINTI MAHADI.

DENGAN SEGALA HORMAT MAJLIS


MEMPERSILAKAN.

ANUGERAH KHAS JUBLI PERAK YANG SETERUSNYA


IALAH KPD GURU YANG TELAH BERKHIDMAT 25
TAHUN DALAM BIDANG PENDIDIKAN.

IZINKAN SAYA MEMBACAKAN SEDIKIT SEJARAH


PENDIDIKAN DAN PERKHIDMATAN BELIAU.

1. Pendidikan Awal di SRK Lutong, Miri Sarawak & St.


Peter, Saratok Sarawak ( Darjah 1 - 6)

13
2. SMK Bahasa Malaysia, Saratok Sarawak (Ting. 1 -
2)

Berhijrah dpd Sarawak ke N.9

3. SM Tunku Kurshiah, Kuala Pilah N.9 (Ting. 3 - 5)


4. SM Tuanku Muhamad, Kuala Pilah N.9 (Ting. 6)
5. Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban N.9
(Sijil Perguruan Asas)
6. Open University Malaysia
(Ijazah Sarjana Muda Sains)

Sejarah Perkhidmatan
1. Melapor Diri pada 7 Ogos 1997 hingga sekarang di
SMK PALONG TIMUR, SEGAMAT
BELIAU TELAH BERKHIDMAT HAMPIR 25 tahun di
sekolah yang sama iaitu SMK PALONG TIMUR

DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN CIKGU


LILY BINTI ABDULLAH UNTUK MENERIMA
ANUGERAH INI YANG AKAN DISAMPAIKAN OLEH
KETUA PELAJAR SAUDARA MUHAMMAD
WALIUDDIN BIN MOHD RASHID DENGAN DIIRINGI
OLEH KETUA PENGAWAS SAUDARI NURDIYANA
BINTI MAHADI.

DENGAN SEGALA HORMAT MAJLIS


MEMPERSILAKAN.

Tahniah kepada semua guru atas anugerah yang


telah diterima sebentar tadi.
14
Hadirin dan hadirat sekalian,

Sebelum tirai majlis dilabuhkan marilah kita sama-


sama menyanyikan lagu sekolah ilmu bakti.

Tuan pengetua, YDP Pibg, guru-guru penolong


kanan, guru-guru kanan matapelajaran, guru-guru
serta para pelajar dipersilakan berdiri.

(PENUTUP)

kerjasama hadirin amat dihargai,


terima kasih sekalung budi,
kenangan nan indah simpanlah di hati,
hari guru menjadi memori,

merdu bertingkah alunan suara,


kadang tak sedar tersilap kata,
andai tersalah tutur bicara,
serendah hati kemaafan dipinta.

Majlis akan berehat sebentar dan akan disambung


selepas rehat dimana kita akan menyaksikan pula,
acara sukaneka guru-guru dan staf.

15

You might also like