You are on page 1of 5

Teks Pengacaraan Majlis Penutupan Perkhemahan 2022

Guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang dimuliakan, sila


mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar
MENGAMBI
L TEMPAT sahaja lagi. Kerjasama dan perhatian daripada tuan-tuan dan puan-puan
saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan tuan-tuan ke X-ceed Closing


Ceremony peringkat SK Sungai Buloh tahun 2022.
KETIBAAN
VIP
Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa sedap terperi,
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis bertambah seri.

Untuk nyanyian Lagu Negaraku, para hadirin diminta bersedia.(diminta


NYANYIAN berdiri)
LAGU
NEGARAKU
» Cue: setelah nyanyian selesai.

Terima kasih. Guru-guru dan para hadirin dipersilakan duduk.


Murid-murid mohon kekal berdiri.

SALATUSI Bismillahirramanirrahim.

Yang Berusaha, Puan Nik Aliza bt Wan Mohd Mohayidin


Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh

Yang Berusaha, Encik Hashim bin Omar


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Payang Kayu.

Yang Berusaha, Encik Wan Saidi bin Ibrahim


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Baung

Barisan guru penolong kanan,


Ustazah Erniwati binti Mohamad,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Ustazah Wan Aida binti W. Ali,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Cikgu Abdul Rahman bin Mohamad


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan guru, kakitangan sokongan dan seterusnya murid-murid yang


dikasihi sekalian.

KATA-KATA
ALUAN Alhamdulillah, marilah kita sama-sama melafazkan setinggi-tinggi ucapan
kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin kasihNya kita dapat sama-
sama berkumpul di Padang SK Sungai Buloh bagi melangsungkan X-
ceed Closing Ceremony peringkat SK Sungai Buloh tahun 2022.

Untuk makluman semua, perkhemahan ini disertai oleh 61 orang murid


yang terdiri daripada murid tahun 4,5 dan 6. Perkhemahan ini telah
berlangsung selama 3 hari bermula 22, iaitu pada hari Khamis
sehinggalah hari ini, 24 September 2022. 

Bagi memberkati dan memuliakan majlis, marilah kita sama-sama


menadah tangan, memohon berkat agar majlis ini mendapat rahmat
daripadaNya. Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan Al-Fadil
Ustaz Mohd Ridhwan bin Omar untuk memimpin bacaan doa. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.

» Cue: setelah bacaan doa selesai.


BACAAN
DOA
Amin amin Ya Rabbal’ Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih
kepada Al-Fadil Ustaz Mohd Ridhwan bin Omar atas pimpinan doa
sebentar tadi.

Seterusnya,
Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan ucapan Yang Berusaha,
Cikgu Abdul Rahman bin Mohamad
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
UCAPAN GB

» Cue: setelah ucapan GB selesai.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada penolong kanan


kokurikulum atas ucapan beliau sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Murid-murid telah bertungkus lumus melaksanakan aktiviti X-treme, X-


cellent, OO X-cite, kembara X-plorasi, Demonstradi X-Factor, Sandwich
X-pert dan malam X-travaganza. Tahniah dan syabas kepada semua

UCAPAN murid yang telah berjaya menempuhi semua aktiviti ini dengan jayanya.
YANG
BERHORMA
Berkebaya batik berwarna merah,
T
Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian hadiah,
Murid teruja menunggu giliran.

Sebelum itu, dijemput Yang Berusaha, Encik Hashim bin Omar


diiringi kem komandan perkhemahan, Cikgu Najmi bin Jali untuk
menyampaikan sijil penyertaan dan hadiah kepada para peserta
perkhemahan. Dipersilakan.

» Rujuk senarai nama

Terima kasih diucapkan kepada Encik Hashim bin Omar atas


penyampaian hadiah sebentar tadi.

Untuk penyampaian hadiah yang seterusnya, dijemput Yang Berusaha,


Encik Wan Saidi bin Ibrahim diiringi penolong kanan kokurikulum Cikgu
Abdul Rahman bin Mohamad. Dipersilakan.

» Rujuk senarai nama

Terima kasih diucapkan kepada Encik Hashim bin Omar atas


penyampaian hadiah sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian.

Kita telah pun berada dihujung majlis. Sekalung aspresiasi buat semua
yang hadir pada majlis pagi ini. Ucapan setinggi-tinggi tahniah buat
semua murid yang terlibat dalam WESBOS X-camp 2022 kerana berjaya
PENUTUP hingga ke akhir perkhemahan.
Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua
guru dan kakitangan sokongan yang bertungkus-lumus semenjak sebelum
perkhemahan ini berlangsung dan dapat diselesaikan hingga ke akhirnya.
Berikan tepukan gemuruh buat semua.

Di kesempatan ini juga saya mohon ribuan kemaafan andai salah silap dan
silap sepanjang majlis berlangsung.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Wabillahi taufik wal hidayah


Wassalam mualaikum w.b.t

You might also like