You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK


& SAMBUTAN HARI LAHIR MURID, GURU DAN AKP
5 DISEMBER 2022 – ISNIN– 7.30am
DEWAN AHMAD HAJI HAMBALI
_________________________________________________________________________
PENGERUSI MAJLIS : CIKGU SHOFIA BINTI ZULZAIMI

Bil Perkara Butiran Catatan

1 Pengumuman Mengumumkan ketibaan para guru dan murid untuk


Ketibaan masuk ke dewan.

***Persembahan Zapin***

Terima kasih diucapkan atas persembahan zapin


sebentar tadi.

Untuk makluman hadirin, kumpulan zapin tersebut


terdiri daripada murid tahun 3 dan 4 yang dibimbing
oleh Cikgu Nadzrah bersama Cikgu Fatin NurYasmin.

2 Kata Alu-aluan Assalamualaikum w.bt dan salam SK Gembut


Teratas.

Yang berusaha, Cikgu Mohammed Hajazi bin


Abdul Hamid, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Gembut;

Yang dihormati,

Barisan Penolong Kanan,

Cikgu M.I Maslinni binti Ismail, Penolong Kanan


Pentadbiran,
Cikgu Hanifah binti Ahmad@Ismail , Penolong Kanan
Hal-Ehwal Murid,
Cikgu Mohd Zam bin Samuri, Penolong Kanan Ko-
Kurikulum,

Rakan-rakan guru seterusnya


Yang dikasihi, anak-anak murid sekalian..

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis Hari Kanak-kanak Sedunia penuh
ceria

Selamat hari kanak-kanak sedunia kami ucapkan


kepada murid-murid SK Gembut.
3 Bacaan Doa Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah


sama-sama kita menadah tangan memohon limpah
rahmat dan barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput
dan mempersilakan Ustaz Mohd Nor Hashrul Bin
Shariffuddin untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***** Bacaan Doa ******

Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih


diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

4 Ucapan Wakil Majlis diteruskan dengan ucapan oleh wakil murid SK


Murid Gembut. Dengan ini majlis mempersilakan Hasnur
Nisa Humaira binti Hasnur Fazlee daripada tahun 6
Arif untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

**** Ucapan******

Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi.

5 Ucapan Guru Pergi ke kota beli selasih,


Besar Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Cikgu


Mohammed Hajazi bin Abdul Hamid, Guru Besar SK
Gembut untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus
merasmikan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat
Sekolah Kebangsaan Gembut.

Majls dengan segala hormatnya mempersilakan.

**** Ucapan ****

Terima kasih diucapkan atas ucapan dan perasmian


sebentar tadi.
5 Aktiviti oleh Hadirin yang dikasihi sekalian,
McDonald
Majlis akan diteruskan dengan aktiviti bersama pihak
McDonald Kota Tinggi.

Tanpa membuang masa, saya serahkan majlis


kepada
_________________________________________.
6 Pertandingan *spontan*
Fashion Show
7 Pertandingan *Spontan*
Got talent
8 Rehat ***Murid keluar rehat****
9 Sambutan Hari Majlis akan diteruskan dengan sambutan Hari Lahir
Lahir SK Gembut Fasa 2.

9. Penyampaian
Hadiah
10 Sesi Bergambar Majlis diteruskan dengan sesi bergambar untuk
kenang-kenangan. Oleh itu, majlis menjemput semua
guru, murid dan AKP yang menyambut hari kelahiran
bermula bulan Julai sehingga Disember untuk naik ke
pentas bagi sesi bergambar.

***bergambar****

Terima kasih diucapkan atas sesi bergambar sebentar


tadi.
11 Penutup Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis kita pada hari ini telah sampai ke


penghujungnya.

Kami mewakili pihak majlis dengan rendah hati


memohon ampun dan maaf atas segala keterlanjuran
bicara, tutur dan tingkah.

Tahniah sekali diucapkan kepada para pemenang


juga kepada seluruh warga SK Gembut atas
komitmen dan dedikasi yang sangat baik.

Dengan itu, saya sudahi dengan lafaz wabillahitaufik


walhidayah wassalamualaikum wbt
Sekian, terima kasih

You might also like