You are on page 1of 4

Penutupan Perasmian Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat sekolah 2022

Bil. Peristiwa Skrip


1 Kumpul Sedia majlis mula
2 Kata aluan Sambut merdeka sekali setahun
Keringat tercurah pejuang berjasa
Pengacara Majlis
Malaysiaku merdeka 65 tahun
Itulah sejarah perjuangan bangsa

Bismillahirahmanirahim

Assalammualaikum w.b.t,

Yang Berusaha Encik Mohd Rais bin Abdullah,


Guru Besar, Sek.Keb. Rinching Hilir

Yang dihormati,
En Megat Ismail bin Megat Zakaria, Penolong Kanan Kokurikulum  
Pn Salomah bt Amat, Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn Noriani Bt Md Zin Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Seterusnya guru-guru serta anak murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ...

Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnia, taufik dan
keizinannya, dapat sama-sama kita berkumpul bagi Majlis Penutupan  Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang
peringkat sekolah bagi tahun 2022.

3 Bacaan Doa Para hadirin yang dikasihi,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan, Ustaz
Mohd Noor bin Yusof untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

…...doa……..

Amin, amin ya rabbal ‘alamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi memberikan keberkatan kepada majlis kita pada hari
ini.

4 Ucapan Hadirin sekalian,


Pengacara Majlis
Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat sekolah telah bermula dari 1 Ogos 2022 yang lalu. Pelbagai
pertandingan telah dijalankan seperti yang dirancang. Tahniah dan syabas kepada semua guru dan murid-murid SK
Rinching Hilir kerana menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi kerana menyertai pertandingan yang telah
dianjurkan.

5 Ucapan Dini hari mengail ikan,


Dapat seekor ikan haruan,
Perasmian
Tuan guru besar kita persilakan,
Sudilah kiranya memberi ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En Mohd Rais bin Abdullah ,
Guru Besar, Sek.Keb. Rinching Hilir untuk menyampaikan bingkisan kata, dan sekaligus merasmikan Penutupan Bulan
Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Sek Keb Rinching Hilir 2022. Dipersilakan.

HABIS UCAPAN
Dengan ucapan itu tadi, maka Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Sek Keb Rinching 2022 telahpun ditutup
dengan rasminya.

Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar atas ucapan
sebentar tadi.

6 Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,


Hadiah 1 Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi setiap
pertandingan yang telah dilaksanakan sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang.

Bagi tujuan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Encik Megat Ismail bin Megat Zakaria, Penolong Kanan
Kokurikulum mengiringi Encik Mohd Rais bin Abdullah, guru besar SK Rinching Hilir untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.

1. PERTANDINGAN CERIA JALUR GEMILANG ( BACA SENARAI )


2. SAYEMBARA DEKLAMASI SAJAK ( BACA SENARAI )

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan guru besar atas kesudiaan menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.

7 Penyampaian Seterusnya bagi penyampaian hadiah PERTANDINGAN MERDEKA FASHION SHOW. Majlis menjemput, Puan Noriani bt
Hadiah 2 Mat Zin, Penolong Kanan HEM bagi mengiringi Puan Salomah bt Amat , Penolong Kanan Pentadbiran untuk
menyempurnakan penyampaian hadiah. Dipersilakan.
( BACA SENARAI )
7 Nyanyian lagu Hadirin sekalian,
Saya Anak Marilah kita berdiri bagi menyanyikan lagu Saya Anak Malaysia.
Malaysia
Dengan berakhirnya nyanyian sebentar tadi, maka sempurnalah sudah majlis Penutupan Bulan Kebangsaan dan Kibar
Jalur Gemilang SK Rinching Hilir 2022.
8 Penutup Pihak jawatankuasa program mengucapkan sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada para pentadbir,
semua guru, para staf sekolah dan murid-murid atas dokongan dan sokongan terhadap program ini. Kami memohon
maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang program ini berlangsung.

Assalamualaikum W.B.T

You might also like