You are on page 1of 6

TEKS UCAPAN HARI ANUGERAH KOKO 2012.

Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis HARI ANUGERAH KOKO 2012, SEKOLAH KEBANGSAAN SAUJANA IMPIAN 2. (mohon hadirin beri tepukan gemuruh) Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarokatuh, Salam

Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Yang Berbahagia Tuan Haji Abd Shukor Bin Haji Ujang, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2, Yang Dihormati barisan guru-guru penolong kanan, Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Selamat Datang Ke Majlis Hari Anugerah Koko 2012, Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2. (tepukan gemuruh) Indah berbalam si awan petang, Berarak dicelah pepohon ara, Pemanis kalam selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara..

Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Yusri Amri B Bahasa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. Selepas habis bacaan doa. Emcee says (Amin Amin Ya Rabbal `Alamin). Terima kasih kepada alfadhil ustaz atas pimpinan doa itu tadi. Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara. Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Majlis

diteruskan dengan ucapan daripada Puan Normadiah Binti Ishak, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Terima

kasih

kepada

Puan

Normadiah

atas

ucapan

yang

disampaikan. Seterusnya majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan Yang Dihormati Kapten (B) Masuan B. Ali Naib Yang Dipertua PIBG Sek Keb Saujana Impian 2 menyampaikan ceramah motivasi sempena Hari Anugerah Kokurikulum tahun 2012. Majlis merakamkan ucapan terima kepada Kapten (B) Masuan B Ali, adalah dengan ini diharapkan supaya murid-murid dapat menghayati inti pati dan mengambil iktibar daripada ceramah yang disampaikan beliau.

Tanpa melengahkan masa, majlis mohon sudilah apa kiranya Yang Berbahagia Tuan Hj Abd Shukor B Hj Ujang Guru Besar Sk Saujana Impian 2 untuk menyampaikan ucapan dan amanat sempena Hari Anugerah KOKO 2012. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Hj Abd Shukor, atas ucapan dan amanat itu tadi. Hadirin yang saya hormati sekelian, Sebelum majlis di teruskan sama-samalah kita saksikan

persembahan

Kawad Kaki, Pasukan

Pengakap SK Saujana

Impian 2. Tanpa melengahkan masa saya menjemput pasukan pengakap SK Saujana Impian 2 untuk memperlihatkan kehebatan mereka

Terima kasih di atas persembahan itu tadi. Berkebaya batik berwarna merah Diserikan dengan permata berlian Tibalah masa penyampaian anugerah Penerima teruja menunggu giliran Sesungguhnya sekolah bukan sahaja tempat melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan tetapi juga merupakan wadah menggilap bakat dan potensi diri anak-anak agar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan juga sahsiah agar mampu menerajui negara kita pada masa akan datang. Tanpa melengahkan masa lagi, kita teruskan dengan acara Penyampaian Anugerah Kokurikulum 2012, Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Dihormati, Pn Normadiah bt Ishak untuk mengiringi Kapt (B) Masuan B Ali Naib Yang Dipertua PIBG SK Saujana Impian 2 bagi menyempurnakan majlis penyampaian anugerah. Untuk makluman para hadirin, penerima -penerima anugerah merupakan pelajar-pelajar yang aktif dan cemerlang dalam penglibatan kokurikulum sertabanyak menyumbangkan usaha dan tenaga dalam kelab atau persatuan.

..refer list hadiah

Terima kasih diucapkan kepada Kap (B) Masuan B Ali atas kesudian beliau menyampaikan hadiah itu tadi. . Seterusnya majlis menjemput Pn Normadiah bt Ishak untuk SK

mengiringi Yang Berusaha Tn Hj Abd Shukor Guru Besar Anugerah Tokoh Kokurikulum 2012 dan

Saujana Impian 2 bagi menyempurnakan majlis penyampaian penyampaian cenderahati. Majlis mempersilakan. (baca teks biodata) Seterusnya sebagai tanda penghargaan dijemput ketua pasukan pengakap dan ketua pergerakan puteri islam untuk menerima cenderahati.

Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas kesudian beliau bersama-sama kita pada majlis hari ini, dijemput Kapt (B) Masuan Bin Ali untuk menerima cenderahati kenang-kenangan daripada pihak sekolah. Majlis mempersilakan. Seterusnya dijemput Puan Nomadiah Bt Ishak untuk

menyampakan cenderahati kepada tn hj abd shukor b hj ujang guru besar sk saujana impian 2. Majlis mempersilakan.

Begitulah

tadi

sempurnanya

penyampaian

sijil

dan

anugerah

Kokurikulum 2012 Sekolah Kebangsaan Saujana Impian 2. Terima kasih diucapkan kepada Kapten (B) Masuan Bin Ali dan Yang Berbahagia Tuan

Haji Shukor kerana sudi menyampaikan sijil dan anugerah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima. Hari Anugerah Koko 2012 telah pun sampai ke penghujungnya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya sampaikan kepada semuawarga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali Terima kasih murid sekalian Kehadiran kalian kami hargai. Dari Kedah ke Pekan Penanti, Beli suasa di Batu Feringgi, Selesai sudah majlis yang dinanti, Di harap kejayaan diraih lagi.. Dari simpang ke jaya bakti, Singgah membeli perencah kari Selesai sudah tugas diberi Di lain masa bersua lagi. Saya serahkan kembali kepada guru bertugas mingguan. Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassala mualaikum warrahmatullahi wabarokatuh..Terima kasih.

You might also like