You are on page 1of 4

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat En Mohd Hasan bin Mohamed,

Pengarah Urusan Propel Internasional Sdn Bhd, Parapat Water Village


Sdn Bhd dan En Shahrul Anuar Bin Hashin, Timbalan PPD Sektor
Pembangunan Murid diiringi barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan Sg Puyu
ke dewan.

-Pra Persembahan-
ASSALAMUALAIKUM WBT, SALAM SEJAHTERA dan SALAM KELUARGA MALAYSIA

Ke pekan kuala membeli bidara


Sayang pesanan terlupa sudah
Assalamualaikum pembuka bicara
Majlis bermula di pagi yang indah.

Yang Berbahagia En Mohd Hasan bin Mohamed, Pengarah Urusan


Propel Internasional Sdn Bhd, Parapat Water Village Sdn Bhd
Yang Dihormati En Shahrul Anuar Bin Hashin, Timbalan PPD Sektor
Pembangunan Murid
Yang Berusaha En Hasbul Hazani Bn Daud, Guru Besar SK Sungai Puyu
Yang Dihormati,
Pn. Umi Kalsom Binti Ismail Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn Suryani Bt Yaakob Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, ,
Pn. Azizah Bt. Mohamad Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
guru-guru, serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah


rahmat-Nya kita diberikan peluang untuk bersua di Majlis Sambutan Bulan
Kemerdekaan yang ke-65 SK Sungai Puyu bagi tahun 2022.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, marilah kita sama-
sama menadah tangan mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Saudara
Ammar Fahrin Bin Ahmad Jais Ketua Pengawas Sk Sungai Puyu. Dengan
segala hormatnya, dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Saudara Ammar Fahrin Bin Ahmad Jais
Ketua Pengawas Sk Sungai Puyu atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Pihak sekolah telah merencana variasi program khas untuk menyemarakkan lagi
sambutan Bulan Kemerdekaan negara yang Ke-65. Antaranya ialah “Melukis
Poster, Mewarna, Pertandingan Sukan Warisan, Pertandingan Kaligrafi ”
dan banyak lagi. Program-program tersebut adalah bertujuan memupuk
semangat cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat yang
melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta diharap dapat mengeratkan
silaturrahim dalam kalangan murid dan juga guru- guru. Ianya juga bertepatan
dengan tema Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 65 iaitu “ Keluarga
Malaysia Teguh Bersama”

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Dengan itu, majlis menjemput Yang Berusaha En Hasbul Hazani Bn Daud,


Guru Besar SK Sungai Puyu untuk menyampaikan ucapan alu aluan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Hasbul Hazani Bin Daud, Guru Besar
SK Sungai Puyu atas ucapan aluan sebentar itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada En Shahrul Anuar Bin Hashin,
Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Shahrul Anuar Bin


Hashin, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid atas ucapan sebentar itu
tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
Dengan itu, majlis menjemput Yang Dihormati En Mohd Hasan bin
Mohamed, Pengarah Urusan Propel Internasional Sdn Bhd, Parapat
Water Village Sdn Bhd untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-65 SK Sungai Puyu bagi tahun
2022. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Mohd Hasan bin


Mohamed, Pengarah Urusan, Propel Internasional Sdn Bhd, Parapat
Water Village Sdn Bhd atas perasmian itu tadi.

Seterusnya dijemput tuan En Mohd Hasan bin Mohamed, Pengarah Urusan,


Propel Internasional Sdn Bhd, Parapat Water Village Sdn Bhd, En
Shahrul Anuar Bin Hashin, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid
serta barisan pentadbir ke dataran untuk Pelancaran Bulan Kemerdekaan SK
Sungai Puyu bagi tahun 2022. Marilah sama-sama kita saksikan.

Terima kasih ------

Pakaian dipakai cantik berseri,


Majlis keraian kita semua,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan yg disedia.

Majlis diteruskan dengan persembahan KOIR SUARA JIWA SKSP.


Marilah sama-sama kita saksikan.

Terima kasih atas persembahan yang hebat tadi. Untuk makluman hadirin
Kumpulan KOIR ini dibimbing oleh Cikgu Awatif Adilah Binti Abdullah.
Tahniah dan syabas diucapkan.
                           

Orang berbudi kita berbahasa


Orang memberi kita merasa
Berbudi tenang-tenangan
Hadiah diberi tanda ingatan

Dengan ini majlis menjemput En Hasbul Hazani Bn Daud, Guru Besar SK


Sungai Puyu untuk menyampaikan Cenderahati tanda penghargaan atas
kesudian En Mohd Hasan bin Mohamed, Pengarah Urusan, Propel
Internasional Sdn Bhd, Parapat Water Village Sdn Bhd dan juga En
Shahrul Anuar Bin Hashin, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid
yang sudi bertandang ke Sk Sg Puyu untuk hadir dan juga merasmikan Majlis
Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-65 SK Sungai Puyu bagi tahun 2022
dan diteruskan lagi dengan nyanyian lagu patriotik.

Diminta hadirin semua bersedia untuk nyanyian.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon jati,
Sampai sudah ke penghujung acara,
Tahun depan kita bersua lagi.

Sekian Wabillahi Taufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wbt

You might also like