You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN BINJAI JAYA

PENGACARA MAJLIS: AHMAD ZHAFRI BIN MD NOOR

AKTIVITI TEKS UCAPAN

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wabarakatuh

Yang berusaha Encik Ajni Bin Ishak, Guru Besar Sekolah


Kebangsaan Binjai Jaya, Yang Berusaha, Encik Ibrahim bin Ismail,
Kata alu-aluan
(Guru Penolong Kanan Kurikulum ), En . Nasimussobah bin A. Beni
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ), En. Hairulnizam bin
Tauhed (GPK KoKu), Pn. Norhayati binti Hamid (GPK PPKI) guru-
guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah. Dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta


limpah rahmat-Nya kita diberikan peluang untuk bersua di Majlis
Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan dan Kempen Kibarkan Jalur
Gemilang Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya

Pengenalan Hadirin-hadirat yang dihormati, sepanjang bulan kemerdekaan ini,


Majlis pihak sekolah telah merencana variasi program khas untuk
menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan Negara.
Program-program ini akan dijalankan sepanjang bulan kerdekaan ini.

Program-program tersebut adalah bertujuan memupuk semangat


cintakan tanah air, mengasah dan menonjolkan bakat yang
melahirkan murid yang kreatif dan inovatif serta diharap dapat
mengeratkan silaturrahim dalam kalangan murid dan juga guru-guru.

Adat berbicara menyampaikan pesan,

Adat upacara menyampaikan aluan.

Oleh yang demikian, majlis menjemput Yang Berusaha , Encik Ajni


Menjemput Bin Ishak Guru Besar Sekolah Kebangsaan Binjai jaya untuk
Guru Besar menyampaikan sepatah dua kata seterusnya merasmikan di Majlis
untuk berucap Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan ke 62 dan Kempen
Kibarkan Jalur Gemilang Sekolah Kebangsaan Binjai Jaya .

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar kerana sudi
Ucapan terima
menyampaikan ucapan dan menyempurnakan perasmian sebentar
kasih
tadi sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan ini,


Persembahan majlis dengan segala hormatnya memohon para guru , kakitangan
sekolah serta murid-murid untuk berdiri dan mengibarkan Jalur
Gemilang sebagai tanda kecintaan kita kepada Negara kita.
Bergetar rasanya apabila mendengarkan lagu-lagu patriotic yang
Selepas
berkumandang tadi. Semoga semangat patriotism ini dapat sama-
Persembahan
sama kita hayati dan terjemahkan dalam kerja buat sehari-hari.
Penutup Begitulah tadi meriahnya Majlis Pelancaran Sambutan Hari
Kebangsaan dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Sekolah
Kebangsaan Binjai Jaya . ingatlah ini baru sahaja permulaan.
Diharapkan sambutan ini akan sentiasa bersemangat dalam sanubari
kita semua.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru dan


murid atas kehadiran dan kerjasama anda. Sekian. Assalamualaikum
W.B.T dan selamat sejahtera.

You might also like