You are on page 1of 6

MEMORANDUM BANTAHAN PENDUDUK

TERHADAP SIKAP KONTRAKTOR YANG


MENGABAIKAN ASPEK KESELAMATAN
DALAM PROJEK MENAIKTARAF JALAN
PERSEKUTUAN FR5
(TANJONG KARANG MENUJU KE HUTAN MELINTANG)

DARIPADA :
JAWATANKUASA BERTINDAK JALAN PERSEKUTUAN FR 5 (JKBFR5)
Kepada
Yang Berhormat Tuan Ir Izham Bin Hashim
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam,
Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani
Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 15,
Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam

Tarikh
30 Januari 2019
MEMORANDUM BANTAHAN PENDUDUK TERHADAP SIKAP KONTRAKTOR YANG MENGABAIKAN
ASPEK KESELAMATAN DALAM PROJEK MENAIKTARAF JALAN PERSEKUTUAN FR5
(TANJONG KARANG MENUJU KE HUTAN MELINTANG)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Jawatankuasa Bertindak Jalan Persekutuan FR5 (JBFR5) ingin membawa keresahan isu keselamatan
pengguna jalanraya FR5 yang menghubungkan Tanjung Karang hingga ke Hutan Melintang sepanjang
50km. Projek FR5 ini dilancarkan dibawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) bagi menaiktaraf
jalanraya 2 lorong kepada 4 lorong berserta membina beberapa buah jejantas pejalan kaki. Sejak
projek ini dijalankan; Julai 2015, isu keselamatan sentiasa menjadi keresahan pengguna jalanraya
disini. Keresahan utama yang disuarakan adalah risiko kemalangan dan kerosakan kenderaan kereta
dan motorsikal. Berdasarkan rekod dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam (IPD Sabak Bernam)
bahagian trafik, 1567 kes kemalangan telah dilaporkan bermula Mei 2016 sehingga Disember 2018.
Daripada 1567 kes kemalangan tersebut; 49 kes melibatkan kemalangan maut , 6 kes cedera parah,
29 kes cedera ringan dan 1483 kes kerosakan kenderaan.

Bagi mengelakkan masalah ini terus berlarutan, pada 16 Nov 2018 yang lalu pihak JBFR5 telah
mengadakan pertemuan 3 hala melibatkan syarikat kontraktor; Mangkubumi Sdn. Bhd dan pihak
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabak di Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Sungai Besar. Antara
cadangan dan tuntutan kami ialah pihak kontraktor wajib mematuhi segala Save Practices &
Procedure semasa projek dijalankan seperti:

I. Wajib menampal lubang-lubang besar dalam tempoh 24 jam


II. Meletakkan papan tanda sebelum simpang-simpang
III. Meletakkan papan tanda AWAS di tempat yang sering berlaku kemalangan
IV. Melakukan rondaan setiap 2-3 jam bagi memastikan keselamatan & kelancaran trafik
V. Menyediakan talian Hotline bagi melaporkan segala insiden yang berlaku
VI. Penghadang jalan (kon & road barrier) perlu dalam keadaan yang baik
VII. Lampu keselamatan mesti dipasang dan berfungi dengan baik

Pihak kami telah memberikan masa selama 2 minggu kepada pihak Mangkubumi Sdn. Bhd
memenuhi segala tuntutan ini berserta diselia sendiri oleh pihak JKR. Malangnya selepas 2 minggu
(30 Nov 2018), keadaan masih sama tanpa ada sebarang penambahbaikan ketara dan maklum balas
yang kami terima dari pihak kontraktor & JKR juga mengecewakan. Pihak Mangkubumi Sdn. Bhd dan
JKR Sabak dilihat seperti acuh tidak acuh dalam menyelesaikan masalah berkaitan keselamatan
pengguna jalanraya FR5 ini. . Seharusnya isu keselamatan seperti ini tidak timbul kerana
Mangkubumi Sdn. Bhd sendiri merupakan syarikat besar dan berpengalaman serta projek ini diselia
terus oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

2. Petisyen mengenai FR5 ini telah mencapai 1078 orang (hingga 29/01/2019). Berdasarkan
petisyen ini, 75% respondent telah memberikan maklum balas MASIH TIDAK BERPUAS HATI dengan
kualiti jalan dan aspek-aspek keselamatan walaupun pihak Mangkubumi Sdn. Bhd telah menyatakan
80% isu-isu mengenai jalan ini telah diselasaikan. Perkara ini sangat mendukacitakan kami kerana
pihak bertanggungjawab masih dengan sikap sambal lewa meraka.
3. Bagi lebih memberi tekanan kepada pihak kontraktor; Mangkubumi Sdn. Bhd, pihak JBFR5
telah meneruskan beberapa langkah yang lebih drastik bagi memastikan perkara ini diberi perhatian.
Antaranya, pihak kami telah menyediakan:

I. Talian Hotline JBFR5 (BEROPERASI 24JAM): 019-7274796

II. Petisyen secara offline bagi 4 kawasan: Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan, & Tanjung
Karang

III. Mengadakan sesi-sesi penerangan di kawasan kampung mengenai isu Jalan FR5

4. Talian Hotline ini dibuat bagi mendapat lebih banyak maklumat mengenai kemalangan-
kemalangan yang berlaku di jalan ini. Sejak dilancarkan, talian ini telah menerima sekurang-
kurangnya 2 laporan kemalangan setiap hari. Petisyen offline pula dijalankan bagi mendapat lebih
banyak tandatangan terumata dari golongan berusia yang tidak begitu arif dengan petisyen online.
Selain itu, kami juga akan turun padang berjumpa dengan penduduk-penduduk kampung untuk
memberi penerangan mengenai isu keselamatan jalan FR5 ini.

5. Jika desakan kami masih diabaikan, kami tidak teragak-agak untuk membawa isu ini kepada
pihak yang lebih tinggi. Berdasarkan rekod, syarikat Mangkubumi Sdn. Bhd pernah diarahakan untuk
memberhentikan projek PJ North Sewerage System oleh pihak Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ)
kerana telah mengabaikan aspek keselamatan. Pihak kami juga mampu melakukan desakan yang
sama jika pihak kontraktor masih berdegil.

Jawatankuasa Bertindak Jalan Persekutuan FR5 (JKBFR5) mengikuti secara rapat kes yang
membabitkan Mantan Pengerusi Tabung Haji merangkap Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul
Rahim yang dituduh terlibat dengan 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah
RM144.6 juta.

Daripada 12 pertuduhan dibacakan kepada Abdul Azeez Abdul Rahim, 4 daripada pertuduhan
berkaitan dengan syarikat kontraktor yang mengendalikan Jalan Persekutuan FR 5 iaitu Syarikat
Mangkubumi Sdn. Bhd.

Pertuduhan-pertuduhan adalah seperti berikut :

•Menerima wang haram berjumlah RM8.18 juta daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd,
Mangkubumi Sdn Bhd dan Pintas Utama Sdn Bhd antara 8 Januari 2015 dan 31 Disember 2015.
•Menerima wang haram berjumlah RM33.36 juta daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd,
Mangkubumi Sdn Bhd dan Pintas Utama Sdn Bhd antara 4 Januari 2016 dan 30 Disember 2016.

•Menerima wang haram berjumlah RM63.64 juta daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd,
Mangkubumi Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd dan AVP Engineering (M) Sdn Bhd antara 3 Januari
2017 dan 27 Disember 2017.

•Menerima wang haram berjumlah RM25.25 juta daripada Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd,
Mangkubumi Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd dan AVP Engineering (M) Sdn Bhd antara 8 Januari
2015 dan 31 Disember 2015.

Untuk pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa menerima wang haram bernilai
sehingga RM139.41 juta daripada empat syarikat iaitu Menuju Asas Sdn Bhd, Mangkubumi Sdn Bhd,
Pintas Utama Sdn Bhd, dan AVP Engineering (M) Sdn Bhd.

Berdasarkan laporan pendakwaan tersebut,pihak kami ingin timbulkan persoalan samada dakwaan
tersebut turut melibatkan projek FR5 yang telah dianugerahkan kepada syarikat Mangkubumi Sdn
Bhd melalui jalan yang betul atau sebaliknya.

Jawatankuasa Bertindak Jalan Persekutuan FR5 berharap supaya kes seperti ini disiasat dengan adil
dan kebenaran dapat ditegakkan . Kami berpegang kepada prinsip, seseorang tidak akan dikatakan
bersalah melainkan ada bukti yang mengaitkannya dengan kesalahan tersebut.

Sekian, Terima Kasih

Ahmad Zhafri bin Md Noor

Pengerusi

Jawatankuasa Bertindak Jalan Persekutuan FR

You might also like