You are on page 1of 1

PERSATUAN PEDULI RAKYAT SUNGAI BESAR

NO. 2 TINGKAT 1 JALAN GEMILANG 1, TAMAN GEMILANG


45300 SUNGAI BESAR
SELANGOR
013-3059357/ 011-26261306
Rujukan kami:PPRSB/sgbesar/2018/sumbg/bil. 101/2018
Tarikh : 28 Julai 2018

Kepada :

Yang Berhormat Tuan Ir. Izham bin Hashim


Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 15, Bangunan SSAAS,
40503 Shah Alam,
Selangor.

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN SUMBANGAN LEMBU UNTUK IBADAT KORBAN

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa badan bukan kerajaan (NGO) , Persatuan Peduli
Rakyat Sungai Besar (PPRSB) memerlukan sumbangan lembu untuk ibadat korban yang akan tiba tidak
lama lagi.

3. Ibadat korban ini akan diadakan di Daerah Sabak Bernam Selangor untuk disumbangkan
kepada fakir miskin dan kepada mereka yang memerlukan .

4. Pihak kami amat berharap agak pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini.
Kerjasama dan keperihatinan tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

“MALAYSIA BARU ”

…………………………………………………..
(ZAINOL AZMI BIN ABDUL RAHMAN)
Pengerusi ,
Persatuan Peduli Rakyat Sungai Besar.

You might also like