You are on page 1of 1

BAHAGIAN PEMENTASAN

PERAYAAN PESTA KAAMATAN 2019


PERINGKAT KAMPUNG RANI TENGHILAN

Kepada:

Datuk/Datin/YB/Dr/Encik/Puan/Cik

_____________________________

Tuan/puan,

MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS (SPONSOR) HADIAH UTAMA CABUTAN NAMA BERTUAH


SEMPENA PESTA KAAMATAN KAMPUNG RANI TENGHILAN 2019

Perkara di atas adalah dirujuk.

02. Pihak AJK Pesta Kaamatan 2019 Kampung Rani Tenghilan ingin memohon sumbangan ikhlas
(sponsor) hadiah utama cabutan nama bertuah daripada pihak tuan/puan sempena Pesta Kaamatan
yang akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh (Hari) : 06 Jun 2019 (Khamis)


Masa : 9.00 am – 7.00 pm
Tempat : Balai Muhibah, Kampung Rani Tenghilan

03. Cadangan sumbangan hadiah utama nama bertuah daripada pihak tuan/puan boleh
berbentuk barangan elektik, basikal, barangan berupa hamper, peralatan memasak, peralatan
pertanian, benih buah-buahan tempatan, dan lain-lain.

04. Tujuan utama penjualan tiket nama bertuah ini dijual adalah untuk mengumpul dana untuk
menampung kos perbelanjaan yang tidak mencukupi sepanjang perayaan Pesta Kaamatan Peringkat
Kampung Rani, Tenghilan 2019.

05. Sebagai tanda terima kasih kami, kami mengundang tuan/puan sekeluarga untuk hadir dan
memeriahkan Pesta Kaamatan Kampung Rani 2019. Untuk pertanyaan atau sebarang pemberitahuan
sila berhubung dengan Pn. Amy Juliette Junis (014-6580271) atau Pn. Freda Junis (013-8723316).

06. Sumbangan ikhlas (sponsor) yang diberikan oleh pihak tuan/puan pasti akan memberikan
impak yang positif dan memeriahkan lagi Pesta Kaamatan Kampung Rani 2019. Atas keprihatinan dan
kerjasama tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“Kaamatan IMPOHON PIUNUNGAN Kobasanan Tinaru”


“Kaamatan Wadah Perpaduan Budaya Bangsa”
“Kaamatan Catalyst of Nation Culture Unity”

Yang Menjalankan Tugas,

.............................................
(JUSTEL BOHU)
Pengerusi Penganjur
Perayaan Pesta Kaamatan 2019
Peringkat Kampung Rani Tenghilan

You might also like