You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKERA DUA

JALAN TENGKERA, 75200 MELAKA


TEL : 06-2837268 FAX : 06-2837268
MBB2041@1bestarinet.yes.my sktengkera2@gmail.com

Tarikh: 4 Ogos 2019

Kepada:
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU
SK TENGKERA DUA
MELAKA

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN BERBENTUK WANG TUNAI UNTUK PROGRAM SAMBUTAN


CERIA MERDEKA 2019

Adalah dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah SK Tengkera Dua akan menganjurkan Program
Sambutan Ceria Merdeka Peringkat Sekolah bagi tahun 2019.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah SK Tengkera 2 ingin memohon sumbangan tunai
sebanyak RM530 daripada pihak tuan untuk membeli hadiah bagi setiap pertandingan yang akan
dijalankan. Segala butiran mengenai program ini boleh dirujuk kertas kerja yang dilampirkan.

4. Justeru itu, dengan sifat keprihatinan yang dimiliki, kami amat mengharapkan pihak tuan
dapat memberikan sumbangan ini bagi membantu pihak sekolah menjayakan program ini. Akhir
kata kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan keperihatinan pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

“ MELAKA BERWIBAWA “

“ PINTAR, HIJAU, BERSIH “

Yang Menjalankan Tugas, Disahkan Oleh,

................................................
NORHAFIZAH BINTI KAMALUDIN
SETIAUSAHA
PROGRAM SAMBUTAN CERIA MERDEKA
SK TENGKERA DUA, MELAKA

You might also like