You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG )

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG ARU II


PETI SURAT 653, 88858 TANJUNG ARU, KOTA KINABALU, SABAH
Email : sktanjungaru2@gmail.com / Tel & Faks : 088-212837
Blog Sekolah : http://sktgaru2.blogspot.my/
_____________________________________________________________________________________
Rujukan : SKTA2/ KK/100/45/ 01 ( )
Tarikh : 6 Mac 2019

Kepada
IBU BAPA SERTA PENJAGA
GURU-GURU SK TANJUNG ARU II

Datuk/Datin/Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2019


SK TANJUNG ARU II, KOTA KINABALU

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tanjung Aru II akan mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Mac 2019


Hari : Sabtu
Masa : 7.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Kantin SK Tanjung Aru II

3. Sehubungan dengan itu, PIBG berbesar hati ingin mempersilakan dan menjemput pihak
Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke mesyuarat tersebut.

4. Kehadiran dan kerjasama daripada pihak Datuk/Datin/Tuan/Puan mengenai perkara ini


didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

____________________
MOHD NOR B MOHAMED
Yang Dipertua PIBG
SK Tanjung Aru ll
Kota Kinabalu

s.k : Fail

You might also like