You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA –GURU (PIBG)

Sekolah Kebangsaan (2) Gombak


Km 8 Jalan Gombak
53100 KUALA LUMPUR
skgombak2@hotmail.com

NO. TEL & FAKS: 03-61890175

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ruj.Kami: SK2G 100-7/1/7( )


Tarikh: 10 Mac 2014.

------------------------------------------

-----------------------------------------

Tuan,

MOHON SUMBANGAN BERSEMPENA DENGAN PROGRAM KARNIVAL DAN HARI


KEUSAHAWANAN PIBG SK (2) GOMBAK 2014

Dengan hormat dan sukacitanya saya menarik perhatian tuan kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa PIBG Sek. Keb (2) Gombak akan mengadakan program
tersebut pada ketetapan yang berikut:

Tarikh: 4 Mei 2014


Hari: Ahad
Masa: 8.00 pagi hingga 3 .00 petang
Tempat: Sekolah Kebangsaan (2) Gombak

3. Sehubungan dengan itu, pihak Jawatankuasa PIBG ingin memohon sumbangan dalam
bentuk wang atau hamper daripada pihak tuan bersempena dengan Karnival dan Hari
Keusahawanan PIBG SK (2) Gombak 2014. Sumbangan tuan boleh diberikan melalui cek atas nama
PIBG SK (2) Gombak.

Sokongan dan keprihatinan tuan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Semoga sumbangan yang diterima dapat memberi manfaat kepada pihak PIBG dalam melaksanakan
aktiviti yang dirancang khususnya untuk murid-murid SK (2)Gombak.

Sekian, dimaklumkan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Benar,

(RASHIDDIN BIN DATUK HAJI AHMAD)


Yang Dipertua PIBG,
SK (2) Gombak.

JM/SU.PIBG/SK2G/2014
PERSATUAN IBU BAPA –GURU (PIBG)
Sekolah Kebangsaan (2) Gombak
Km 8 Jalan Gombak
53100 KUALA LUMPUR
skgombak2@hotmail.com

s.k: i. Fail PIBG


ii. Fail Sekolah

JM/SU.PIBG/SK2G/2014

You might also like