You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT ROKAN ( LKTP )

73200 GEMENCHEH,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Tel:06-4310502
Fax:06-4310502
Nba5008@1bestarinet.yes.my
Email:skbukitrokan@yahoo.com

Ruj Kami : KAP SKBR NBA5008 600 (3)


Tarikh : 8 NOVEMBER 2023
Kepada :

Penyelaras/Penyelaras UPKK,
Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara.

Tuan / Puan,

JEMPUTAN KE BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SIRAH UJIAN


PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK).

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan bengkel Teknik


menjawab soalan matapelajaran Sirah bagi murid-murid tahun 5 yang akan mengambil
UPKK. Tujuan program ini diadakan untuk memantapkan tahap pembelajaran dan Teknik
menjawab soalan oleh murid-murid dalam matapelaran Sirah.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin menjemout pelajar Tahun 5 dari sekolah
tuan/puan untuk menyertai bengkel ini seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17 November 2023 (Jumaat)


Masa : 2.00-4.30petang
Tempat : Dewan Sk Bukit Rokan (LKTP)
Bayaran : RM10/seorang

4. Pihak tuan/puan perlu memberi ketetapan jumlah pelajar yang ingin menyertai bengkel
ini sebelum 15 November 2023(Rabu) untuk tujuan makanan para pelajar kepada Puan
Norazizah (013-4190467).

5. Kerjasama pihak tuan / puan amatlah diperlukan dan dihargai.


Sekian terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menjalankan tugas,

………………………………….
(MUHAMMAD BIN SYUKRI)
Penyelaras KAP,
Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan

Perkhidmatan Berkualiti dan Professional

You might also like