You are on page 1of 1

SJK (C) BACHANG

JALAN DATUK WIRA POH AH TIAM,


75250 Melaka
Tel/ fax: 06-3350216
Ruj. Kami : PPBC/ 900 -8/ 19 Jld. ( 2 )
Tarikh : 30 Oktober 2013

Puan Rusnah binti Ismail
Pegawai Sukan PPD Melaka Tengah
Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah
Lebuh Ayer Keroh
75450 Melaka
Tel : 06-231 4504
Fax : 06-231 7843

Puan,


UNDANGAN KE PERTANDINGAN PING PONG MSN MELAKA KAWASAN BUKIT CINA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami ingin mengundang puan ke Pertandingan Ping Pong MSN
Melaka Kawasan Bukit Cina Tahun 2014 seterusnya merasmikan majlis penutup pertandingan itu.

3. Maklumat berkaitan pertandingan tersebut adalah seperti yang berikut :

Tarikh : 07 November 2013 (Khamis)
Tempat : Dewan SJK(C) Ping Ming
Masa : 3.00 petang


4. Oleh itu, besarlah harapan kami agar puan dapat memenuhi undangan ini. Kami juga berharap puan
memberi maklum balas sebelum 05 November 2013 bagi memudahkan urusan kami. Sebarang pertanyaan
bolehlah menghubungi Pn. Khoo Suat Yan di talian 012-6111793.

Segala kerjasama dan tindakan daripada puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
SUKAN GEMILANG AKADEMIK TERBILANG

Saya yang menurut perintah,



(YANG SUAN CHIN)
Guru Besar
SJK(C) Bachang
Melaka

You might also like