You are on page 1of 1

‫سكوله كبغسأن تون عبد الرزاق كواال كوبو بهار‬

SEKOLAH KEBANGSAAN TUN ABDUL RAZAK


JALAN PADANG GOLF
44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR DARUL EHSAN
. Tel/Fax : 03 60641776 Email: bba5016@moe.edu.my
Ruj. Kami : SKTAR.100-9/3/2(1)
Tarikh : 30 Ogos 2023
Kepada,

JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR,


Tingkat 7 & 8, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000, Shah Alam,
Selangor
( u.p. : Bahagian Falak)

Tuan,

PERMOHONAN SEMULA SIJIL ARAH KIBLAT DI SURAU SEKOLAH KEBANGSAAN TUN ABDUL
RAZAK, JALAN PADANG GOLF, 44000, KUALA KUBU BHARU, SELANGOR

Perkara di atas adalah dirujuk,

2. Surau di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak, setelah dirujuk kepada pihak tuan telah pun
memiliki sijil arah kiblat pada 31.3. 2015. Walaubagaimanapun sehingga kini, semenjak saya selaku
Guru Besar berpindah masuk bertugas di sekolah ini bermula 10.4.2023, didapati sijil arah kiblat
tersebut tidak dapat dikesan.

3. Sijil tersebut amatlah diperlukan untuk dilampirkan bersama permohonan baik pulih surau
dan musolla sekolah kepada pihak zakat dan penaja pembangunan. Saya amat mengharapkan
permohonan ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak tuan. Untuk sebarang pertanyaan
lanjut, pihak tuan boleh menghubungi saya Samsudin Bin Ahmad di talian 019-4757 067.

Segala kerjasama yang diberikan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.

Sekian, terima kasih,

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.....................................
SAMSUDIN BIN AHMAD
Guru Besar
SK Tun Abdul Razak,
Jalan Padang Golf,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2020-2025


Penggerak Pembelajaran Bermakna

You might also like