You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SK NUSANTARA Telefon : 07-5101433


JALAN ULU CHOH Guru Besar : 07-5101455
81550 GELANG PATAH Faks : 07-5101454
Laman Web : http://sknusantarajba1127.blogsport.com
JOHOR DARUL TA’ZIM Email : JBA1127@moe.edu.my

Ruj.Tuan :
Ruj.Kami : JBA1127/100-9/2 ( )
Tarikh : 3 Oktober 2018

Kepada,

PEGAWAI KESIHATAN DAERAH


Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru
Jalan Abdul Samad
80100 Johor Bahru, Johor

Tuan,

JEMPUTAN KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA HARI KEUSAHAWANAN SEKOLAH


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Sekolah Kebangsaan Nusantara akan menganjurkan Hari Keusahawanan yang akan
diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18 November 2018


Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : SK Nusantara

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah menjemput tuan mengadakan kempen derma darah bagi menjayakan
Hari Keusahawanan sekolah ini.

4. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menerima jemputan kami ini. Kerjasama pihak
tuan, kami dahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian.

“ SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH”

Yang Benar,

…………………………..
(BASIRON BIN YUSOF)
Guru Besar,
SK Nusantara,
81550 Johor Bahru, Johor.

You might also like