You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN RAWANG

KM 10 PEKAN RAWANG
84400 SG MATI TANGKAK
JOHOR DARUL TA’ZIM TEL : 06-9754772

Ruj. Kami : JBA9031.P.100-13/1/4


Tarikh : 05 DISEMBER 2023
Kepada ,

Ibubapa / Waris Murid ,


Sekolah Kebangsaan Rawang
.
Tuan / Puan,
MAKLUMAN HARI KEUSAHAWANAN DAN PROGRAM SERATA FUN RUN SERTA
PERSEKOLAHAN GANTI

Dengan segala hormatnya , perkara di atas adalah dirujuk .

2. Berhubung dengan perkara yang tertera di atas, dimaklumkan kepada pihak ibubapa/waris bahawa
Sekolah Kebangsaan Rawang akan mengadakan program HARI KEUSAHAWAN DAN PROGRAM
SERATA FUN RUN peringkat sekolah sempena sambutan 100 tahun Sk Rawang. Selaras dengan
program ini, adalah dimaklumkan bahawa semua murid tahap 1 dan tahap 2 akan terlibat sama dalam
menjaya dan memeriahkan program tersebut. Untuk makluman pihak ibubapa/waris, pada hari berkenaan
juga merupakan hari persekolahan ganti bagi murid-murid SK Rawang .

3. Berikut dinyatakan butiran lengkap mengenai program yang akan dilaksanakan kelak :
Program : HARI KEUSAHAWANAN DAN SERATA FUN RUN 100 TAHUN
SK RAWANG
Tarikh / Hari : 09 DISEMBER 2023 / SABTU
Kehadiran : SEMUA PELAJAR PRASEKOLAH, TAHAP 1 DAN TAHAP 2
Masa : 7.30 PAGI HINGGA 12.50 TENGAH HARI ( TAHUN 1 HINGGA 6 )
7.30 PAGI HINGGA 11.35 PAGI ( PRASEKOLAH )
Pakaian : PAKAIAN (T SHIRT KARAKTER JOHOR)
*CUTI PERISTIWA* : 10 DISEMBER 2023 / AHAD

4. Oleh yang demikian , semua murid adalah diwajibkan untuk hadir ke sekolah pada hari Sabtu
(9/12/2023) dan akan bercuti pada hari Ahad (10/12/2023). Diharapkan makluman ini difahami dengan
jelas oleh semua ibubapa/ waris murid. Segala kemusykilan mahupun pertanyaan bolehlah berhubung
dengan GPK HEM SK Rawang, Cikgu Khairul bin Musa di talian 013-4941216. Kerjasama dan maklum
balas positif daripada pihak ibubapa/waris amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih .

Sekian , terima kasih .

“ MALAYSIA MADANI ”

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.................................................................................
(MUHAMAD AMIR MUBARAK BIN KAMARUDIN)
Guru Besar
SK Rawang

You might also like