You are on page 1of 7

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MAJU ZON R10


SEKSYEN 10, WANGSA MAJU
53300 KUALA LUMPUR Telefon : +603 – 41420953
Emel : wba0066@moe.edu.my

Ruj. Kami : SKWMZR10.100-1/5/3 (


)
Tarikh : Oktober 2023
Kepada
Ibu bapa/penjaga murid-murid
SK Wangsa Maju Zon R10
Kuala Lumpur
Tuan/Puan,
PROGRAM RIANG RIA PRASEKOLAH DI SK POLIS DEPOT

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pedidikan Keramat akan menganjurkan Program Riang
Ria Prasekolah Berdasarkan surat yang dikeluarkan PPDK. 700-8/7/1 (62) 27 September 2023, pihak
sekolah akan mengahantar 3 orang murid, ke Program Riang Ria Prasekolah tersebut seperti ketetapan
berikut:
Tempat : SK Polis Depot
Hari/ Tarikh : Selasa (3 Oktober 2023)
Masa : 7.45 pagi – 1.30 Ptg

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat membenarkan
anak-anak yang terpilih untuk mengikuti progam ini bagi memberi pendedahan kepada mereka dalam
melihat amalan terbaik serta perkongsian ilmu yang akan dikongsikan pada hari tersebut.
4. Oleh yang demikian, tuan/puan diminta untuk melengkapkan borang kebenaran yang disertakan
bersama-sama surat ini sebagai dokumen rasmi sebelum membawa anak-anak keluar semasa waktu
persekolahan.
5. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan, kami sangat hargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah


..........................................................................
(HAJI AZMAN BIN HAJI MOHAMAD RAZALI)
Guru Besar
SK Wangsa Maju Zon R10,
Kuala Lumpur.
SURAT AKUAN DAN KEBENARAN IBUBAPA/PENJAGA

Kepada :

Guru Besar
SK Wangsa Maju Zon R10
Jalan 4/27E, Seksyen 10
Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Adalah saya : ................................................................................................No. K/P………………

…………………………………… ibu/bapa/penjaga kepada murid yang bernama……………….

………………………………………………………No KP………………………………………….

dengan ini memberi pengakuan bahawa saya *(membenarkan/ tidak membenarkan) anak saya/anak
jagaan saya seperti di atas untuk menyertai Program Riang Ria Prasekolah yang akan berlangsung
pada 3 Oktober 2023 (Selasa) bertempat di SK Polis Depot, Kuala Lumpur.

Saya faham dan berkeyakinan bahawa pihak sekolah akan dan telah mengambil langkah-langkah
keselamatan yang sewajarnya untuk menjamin keselamatan anak/anak jagaan saya dengan mematuhi
segala peraturan yang telah ditetapkan. Dengan ini saya memberi pengakuan bahawa saya tidak akan
membuat atau mengambil apa-apa tindakan undang-undang/makhamah terhadap pihak sekolah atau pun
sesiapa yang ada kaitan dengan program/aktiviti jika seandainya berlaku sebarang kemalangan dan
kecederaan terhadap anak jagaan saya semasa dan sepanjang pameran ini berlangsung.

Saya dengan ini * (memberi kebenaran/ tidak memberi kebenaran) kepada pihak sekolah atau wakilnya
memberi apa-apa rawatan atau pertolongan cemas kepada anak jagaan jika didapati perlu.

Tandatangan ibu /bapa / penjaga :


Bil Nama Guru Pengiring No. Telefon

1 Cikgu Azlin 013-3416835


_____________________________________
2 Ustazah Noraini 011-5810 1460
Nama :………………………………………….

Tarikh : ………………………………………..

I/C :…………………………………………….

*Sila garis/ Potong mana-mana bahagian yang berkenaan


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MAJU ZON R10
SEKSYEN 10, WANGSA MAJU
53300 KUALA LUMPUR Telefon : +603 – 41420953
Emel : wba0066@moe.edu.my

Ruj. Kami : SKWMZR10.100-1/5/3 (


)
Tarikh : September 2023
Kepada
Ibu bapa/penjaga murid-murid
SK Wangsa Maju Zon R10
Kuala Lumpur
Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENGADAKAN PAMERAN TS25 SEMPENA HARI TERBUKA PEJABAT PENDIDIKAN
WILAYAH KERAMAT KUALA LUMPUR TAHUN 2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Wilayah Keramat Kuala Lumpur (PPDK)
akan menganjurkan Pameran Pendidikan TS25 sempena Hari Terbuka PPDK. Berdasarkan surat yang
dikeluarkan PPDK.100-12/2/6(63) bertarikh 15 September 2023, pihak sekolah dijemput sebagai
pempamer Pameran TS25 seperti ketetapan berikut:
Tempat : DATUM, Jelatek Mall
Jalan Jelatek, Datuk Keramat
Kuala Lumpur
Hari/ Tarikh :Sabtu (23 September 2023)
Masa :7.00 pagi – 5.00 Ptg

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat membenarkan
murid-murid yang terpilih sebagai pempamer untuk mengikuti pameran ini bagi memberi pendedahan
serta pengalaman dalam berkongsi ilmu berkaitan amalan baik yang ada disekolah serta perkongsian
ilmu daripada sekolah-sekolah lain yang turut dikongsikan pada hari tersebut.
4. Oleh yang demikian, tuan/puan diminta untuk melengkapkan borang kebenaran yang disertakan
bersama-sama surat ini sebagai dokumen rasmi sebelum membawa murid-murid ke tempat pameran.
5. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan, kami sangat hargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah

..........................................................................
(NOOR KHAIRIN BINTI JOHAR)
Penolong Kanan Pentadbiran
b.p Guru Besar
SK Wangsa Maju Zon R10, Kuala Lumpur.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MAJU ZON R10
SEKSYEN 10, WANGSA MAJU
Telefon : +603 – 41420953
53300 KUALA LUMPUR
Emel : wba0066@moe.edu.my

Ruj. Kami : SKWMZR10.100-2/1/2 (


)
Tarikh : JUN 2023
Kepada
Ibu bapa/penjaga murid-murid
SK Wangsa Maju Zon R10
Kuala Lumpur
Tuan/Puan,

MAKLUMAN CUTI SEKOLAH SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA BAGI TAHUN 2023
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Adalah dimaklumkan bahawa cuti sempena Hari Raya Aidiladha dan Cuti Perayaan Peruntukan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2023 adalah seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh dan Hari Bercuti Catatan


28.6.2023 ( Rabu) Cuti Perayaan Peruntukan KPM
29.6.2023 (Khamis) Cuti Hari Raya Aidiladha
30.6.2023 (Jumaat) Cuti Perayaan Peruntukan KPM
03.7.2023 (Isnin) Sekolah dibuka semula
3. Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua dan Selamat Menyambut
Perayaan Aidiladha.
4. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan, kami sangat hargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah

..........................................................................
(NOOR KHAIRIN BINTI JOHAR)
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Wangsa Maju Zon R10
Kuala Lumpur.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MAJU ZON R10
SEKSYEN 10, WANGSA MAJU
Telefon : +603 – 41420953
53300 KUALA LUMPUR
Emel : wba0066@moe.edu.my

Ruj. Kami : SKWMZR10.100-1/5/3


(21)
Tarikh : Jun 2023
Kepada
Ibu bapa/penjaga murid-murid
SK Wangsa Maju Zon R10
Kuala Lumpur

Ybhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,

MAKLUMAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT (KBS) BIL 1 2023/2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa SK Wangsa Maju Zon R10 akan mengadakan Kem Bestari Solat kali
pertama 2023 untuk semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 seperti ketetapan berikut :
TARIKH : 10.6.2023
HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI – 12.30 PETANG
3. Aktiviti- aktiviti yang akan diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan murid-murid yang
beragama Islam tentang pengetahuan asas ibadah solat seperti cara-cara berwudhu’, amali solat (perlakuan
dan bacaan) mengikut tahap masing-masing.

4. Untuk makluman pihak sekolah akan menyediakan makanan kepada murid-murid yang terlibat dalam
aktiviti Kem Bestari Solat pada waktu rehat sahaja. Murid perlu bersarapan terlebih dahulu di rumah. Pihak
sekolah memohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk memastikan anak-anak membawa bekalan air
secukupnya pada hari tersebut.

5. Sehubungan itu, pihak sekolah mengharapkan kerjasama tuan/puan untuk membenarkan anak-anak di
bawah jagaan tuan/puan dapat menghadiri program tersebut kerana kehadiran adalah WAJIB.

6. Kerjasama dan keperihatinan tuan/puan dalam menyokong program ini di dahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian,

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah

..........................................................................
(AZMAN BIN HJ MOHAMAD RAZALI)
Guru Besar
SK Wangsa Maju Zon R10
Kuala Lumpur.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MAJU ZON R10
SEKSYEN 10, WANGSA MAJU
Telefon : +603 – 41420953
53300 KUALA LUMPUR
Emel : wba0066@moe.edu.my

Ruj. Kami : SKWMZR10.100-2/1/2 (


)
Tarikh : OGOS 2023
Kepada
Ibu bapa/penjaga murid-murid
SK Wangsa Maju Zon R10
Kuala Lumpur
Tuan/Puan,

MAKLUMAN CUTI PENGGAL KEDUA SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024


Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Adalah dimaklumkan bahawa Cuti Penggal Kedua Sesi Persekolahan 2023/2024 berdasarkan
Kalendar Akademik adalah seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh dan Hari Bercuti Catatan


26 Ogos 2023 – 03 September 2023
Cuti Pesekolahan Penggal Kedua ( 9 hari)
(Sabtu – Ahad)
04 September 2023
Sesi persekolahan disambung semula
(Isnin)
3. Pihak sekolah ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua.Diharapkan tuan/puan dapat
memastikan anak-anak membuat ulangkaji serta kerja rumah yang diberikan oleh guru.
4. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan, kami sangat hargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah

..........................................................................
(HJ AZMAN BIN HJ MOHAMAD RAZALI)
Guru Besar
SK Wangsa Maju Zon R10
Kuala Lumpur.

You might also like