You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA

JALAN PERSIARAN CENDANA


TAMAN CENDANA No. Telefon/No. Fax : 07-2521016
81700 PASIR GUDANG JOHOR. Email : jba1107@moe.edu.my
_________________________________________________________________________

Ruj. Kami : SKTC.600-3/5/(2)


Tarikh : 31 Oktober 2023
YB Datuk Sr. Hj. Kamarulzaman bin Mat Salleh,
Datuk Bandar Kuala Lumpur,
Pejabat Datuk Bandar,
Tingkat 28 Menara DBKL 1,
Jln Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur,
Malaysia

Tuan,

MEMOHON TAJAAN MAKANAN DAN TIKET BAGI PROGRAM LAWATAN PENDIDIKAN


KE KUALA LUMPUR

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan STEM, Persatuan Sejarah dengan


kerjasama Unit Disiplin dan Kaunseling SK Taman Cendana akan mengadakan Lawatan
Pendidikan ke Kuala Lumpur. Butiran lanjut adalah seperti berikut;

Tarikh : 30 November 2023


Tempat : Petrosains Kuala Lumpur
Tiket : RM7/ Orang
Bil Peserta : 80 Murid & 8 Guru SK Taman Cendana

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, murid-murid SK Taman Cendana terdiri daripada


murid yang berlatar belakang keluarga B40. Justeru, peluang melawat ke Petrosains Kuala
Lumpur ini memberi impak dan pengalaman yang luas kepada mereka. Oleh demikian,
pihak kami ingin memohon kerjasama dan sumbangan tajaan makan dan tiket masuk ke
tempat lawatan tersebut bagi meringankan beban murid.

4. Semoga permohonan ini akan mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak


tuan . Segala sumbangan yang dihulurkan amatlah kami hargai dan didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih. Sebarang pertanyaan sila hubungi : Cikgu Hanis Syairah bt
Mohd Sharif (0133988096) atau Cikgu Normah binti Yassin (01125816225).

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD HASZAM BIN MOHD HUSIN)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Cendana
81700 Pasir Gudang
Johor

You might also like